Friday, December 16, 2011

Breakfast with Haifa and Rizki..

< Gambar Rizki kat Restoran Bidayah :)
Hahaha.. seronoknya apabila dah dpt jumpa insan yang dipanggil kawan :)


Pagi tadi aku seronok sangat dapat jumpa Rizki sahabat lamaku sejak sekolah rendah, Dah lama kowt.. rasanya.. dah 4 thn x jumpa dia.. Aku ingatkan just nak pergi rumah dia n sembang2 kat situ.. tapi dia dah ajak breakfast sama2.. ok! cantik!


Rancangan first igtkan nk gi pasar breakfast kat situ.. tp sejak Haifa text aku nak kasi barang pagi tu jugak.. so, apa salahnya join bersama..

Me and Haifa with her motorcycle.. >

Pergh.. lama dowh nak tunggu Haifa.. igtkan dia dah kluar.. rupa2nya masa aku call dia.. dia baru bangun tido! Ya Allah! Rasanya lah.. dengar suara dia dari fon nampak sangat baru bangun.. hhhmm... perempuan la katakan..
So, aku n Rizki terpaksa la tunggu dia kat restoran.. biarlah perut dah menggerutu kelaparan.. x kesah pon.. :)

Tapi bagus jugak dia datang lambat.. best giler aku dpt berbual dgn Rizki lama2.. seriously aku mmg rindu nak bersembang dgn dia.. ya la.. 4 thn la katakan.. So, bila Haifa sampai je.. tukar partner sembang lak hehe..



< Aku dan Rizki dalam bas

So, habis makan je.. kecuali Haifa x smpai separuh dia abes.. teruk2.. kita orang balik la.. Haifa naik motor.. aku naik bas bersama Rizki.. hhmm.. ye la.. sape lah aku nak naik motor mcm Haifa.. dah la x pandai.. jeles2.. ;P


X kesah pon.. at least dalam bas ada AIR-COND, motor ada? x de kan.. XD



Haifa at SMKDE>

Then, secara kebetulan terjumpa lak dia dkat dpn sekolah.. kebetulan? x de la! gurau je.. dia dah cakap dah nak pegi situ cuma tak sangke dia masih ada kat situ.. igtkan dia dah balik.. so this is the last picture I took at d.e..

Kita orang sembang2.. then aku n Rizki balik rumah dia, lepak jap.. lastly, aku balik la.. Rizki pulak pegi Shah Alam ada kenduri apa entah? Aku pon lupa.. So, tu je la nk cerita pagi tadi.. I had so much FUN! Seronok dapat sembang dgn Haifa n Rizki lama2 .. ha'ah.. baru aku sedar even dia pon aku jarang ckp walaupun satu sekolah.. hehe.. x sangka kan Allah kasi kita peluang untuk melakukan sesuatu yang jarang dilakukan setelah sekian lama asyik belajar, belajar, belajar.. ceh.. macam aku lak rajin sangat.. hehehe.. tapi seriously aku bersyukur sgt2 tuhan kasi aku peluang sebegini.. alhamdulillah.. :)

Thursday, December 15, 2011

For the first time!


< THE NOVEL THAT I BOUGHT! Andai itu takdirnya..

Aku beli novel cinta! hehehe.. bukan la apa.. novel macam ni, penggunaan kosa kata amat luas n aku memang minat gila baca novel2 macam ni sejak baca novel Biarlah ia pergi..Kalau pasal cinta tu.. (??) well, i don't know maybe ada kowt minat.. XD..

The best part yang membuat aku rasa semangat gila nak baca novel ni.. aku jumpa guru Bahasa Melayuku!, Cg. Aziah masa nak beli novel ni dekat MPH store, Selayang Mall.. Lagi membuat perasaanku membuak2 nak baca novel sebegini..hahaha..

Harap aku dapat habiskan baca novel ni dalam tempoh masa 2 or 3 hari ni!

WISH ME LUCK! :)

Wednesday, December 14, 2011

Setelah sekian lamanya..


I'm the ex-semteg :)

My ex-dorm C3!
huh.. tak boleh la nak tipu diri.. tetiba rasa rindu lak kat semteg.. x sangka lepas ni mesti jadi orang asing kat bekas sekolah lama sendiri..sedihnya.. nak masuk blok asrama just nak lepas rindu dah terbatas dah.. just duduk luar je la.. hhhmmm.. 

haish.. ni salah bdk2 fb la ni.. x abes2 nk lpskan rasa rindu kat status.. abes aku plak terhanyut sekali.. aduyai..tapi x pe la.. at least fb la jadi connection aku dgn kawan2 aku.. walaupun dah tak sebumbung lagi x semestinya boleh terputus..

tapi, seriously sempena cuti spm ni.. macam2 aku nk buat! first thing yg aku tahu aku akan sentiasa practice main bola sampailah aku jadi gempak!! Tiba2 lak masa spm baru nak main bola.. entahlah.. maybe sbb Malaysia menang lwn indon kot? WOHH!! GEMPAK dowh Malaysia! The best part penalty terakhir.. time tu dah yakin gila yg Malaysia x dpt nk gol tapi yg sebetulnya! hah! thanks indon! For your careless mistake! Memang seronok abes la!

Other best part masa nazmi buat sepakan gol dia time Malaysia lawan Bahrain.. wow! memang tak terjangka dari jauh dia mampu buat sepakan yang gempak la! memang tabik gila dengan Nazmi! Even though pada akhirnya perlawanan tu agak mengecewakan.. tapi still aku rasa Malaysia still gempak!! Maybe kelemahan terlampau yakin sgt dah menang tu je.. Aku rasa ramai wat mistake yang sama..

Haha.. tercerita pasal bola lak.. tu la maybe betul la kata luqman.. aku dah gila bol agaknya macam dia dulu..haha.. tu je la nak cerita.. maybe aku akan buat benda lain macam belajar memasak ke.. buat kek (kowt?) or maybe yes! ni confirm.. pergi kursus speaking n belajar bahasa arab sekali sendiri.. tengoklah.. x sabarnya.. :) hhmm.. belajar melukis maybe or painting? aahh.. banyak lagi la.. nasib baik aku x dpt plkn msti benda2 ni terbatas.. alhamdulillah.. :)


Monday, December 12, 2011

Bored..

What to do?

I don't know! Bosan yang teramat!! Sepatutnya aku kat sekolah sekarang ni.. Maybe kat surau sekarang ni, semua tengah mendengar cg. Zamri bagi ucapan.. best ke dengar? ;P

Bukan la apa.. aku tengah rasa bosan.. aku cuma nak terus type and type, typing until ada orang suruh stop.. huh...

tak tau la nak cerita apa.. hari ni just duduk rumah , breakfast makan roti canai and nasi goreng.. then belajar sikit2.. lps tu solat zuhur kat masjid.. then.. lunch makan nasi lauk ayam masak kicap? kowt tu namanya.. belajar balik.. lepas tu on9 fb.. lepas tu..solat asar kat masjid.. then bla, bla, bla.. huh.. dah start bosan typing.. tu je kowt nak cerita..

Sunday, December 11, 2011

Biarkan ia pergi...



Wah.. best gila baca novel ni! Hahaha..

Wow! Lepas habis baca novel ni.. aku rasa aku tabik betul tindakkan watak utamanya Alissa, Aku rasa memang susah nak cari perempuan macam dia.. yeah.. I know.. it just a story.. but I felt that a woman like that can be found anywhere although its hard.. (^_^)

And the best dalam novel ni adalah tindakan seorang lelaki yang rasa dirinya bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar terhadap kesucian seorang perempuan.. Rasa kesalahannya semakin menjadi-jadi kalau dia tidak dapat menjumpa gadis yang telah mengalami penganiayaan darinya yang berlaku secara kebetulan..

Memang betul2 aku tabik watak Zaquan yang sanggup berkorban segalanya demi masa hadapan seorang gadis yang telah melalui keperitan hidup selepas keluarganya menghalaunya dari rumah..

Kalau nak cerita pasal persahabatan pulak, macam2 pengajaran yang aku dapat melalui novel ni.. macam watak Fara Zaliqa yang Alissa damba2kan sebagai best friend yang tak akan menjatuhkannya tapi akhirnya menjadi gunting dalam lipatan akibat daripada iri hati terhadap Alissa menyelumbungi dalam dirinya.. Hmm.. yang aku faham.. janganlah meletakkan kepercayaan yang penuh seratus peratus pada kawan kita.. even best friend yang dianggap forever and ever tidak akan terputus..bukan x boleh.. cuma jangan penuh je.. kadang2 dia jugaklah yang menghampakan kita..hhmm..

and yang lain lak.. seorang kawan yang baik akan terus berusaha menolong kawannya dalam masalahnya.. Aku memang suka cara persahabatan Haris dan Zaq yang acap kali menolong sesama sendiri and salin nasihat menasihati.. diorang ikhlas dan tidak mengharap apa2 balasan.. cuma jangan terputus hubungan aje..

Kalau kita betul2 sayangkan kawan kita.. kita sanggup berkorban apa sahaja demi melihat best friend kita hidup senang tanpa masalah.. x kisah lah kita menjadi mangsa dengan sifat buruknya.. kalau dah betul2 sayang memang susah nak pisahkan.. macam bercouple lah.. sebenarnya sayang macam tu bukan lah dianggap gay or lesbian but sayang yang membuat kita sanggup buat apa sahaja untuk lihat kawan kita hidup bahagia.. (amboi..) ;P

Wow! I meant it! Walaupun cuma cerita.. tapi banyak memberikan kesedaran kepada pasangan yang telah terlanjur melakukan dosa yang sangat hina disisi Islam..Walaupun kat Malaysia ni tiada hukuman hudud.. Ya lah.. UMNO kan.. tapi mereka perlu bertindak rasional sebelum melakukan perkara bodoh macam buang anak.. Hmmm..

Cakap pasal anak.. Dalam cerita ni.. aku suka gila watak comel anak Alissa, Ameen Zaquan yang characteristic nya jauh lebih matang dari budak2 lain.. wataknya yang suka manja2kan dengan ibu dan ayahya serta dengan orang2 yang dia kenali, n juga dia pandai speaking.. seorang yang penghibur dalam hati setiap insan sesiapa yang jumpanya.. hahaha.. geramnya aku.. kalau jumpa la budak tu.. nahas dia! haha..

Macam2 lagi aku nak cerita tapi ya la kan.. tak best la.. memang kena bacalah buku ni.. hahaha macam promoter pulak ;P.. I think that's it for today story.. 14hb ni, my last paper iaitu mechanical engineer studies.. insyaallah kali aku yakin paper ni aku skor A sbb seblum ni memang susah gila nk skor mesti sipi2! ;P

Friday, December 9, 2011

Jamuan PSS da' BEST!!

Night of the most best steamboat!


Hahaha.. For the truth, jamuan ni bukan semalam tetapi bulan lepas, hehehe.. ye la.. "STOP FOR A YEAR ONLY" mesti ditunaikan jugak.. walaupun bukan la setahun pon tapi at least adalah sedikit daya inisiatif tu.. hehehe..



Monday, December 5, 2011

A friend in need is a friend indeed


Haha.. seriously aq mmg suka peribahasa bahasa inggeris ni.. n mmg btol sebenarnya.. sbb aq sendiri dah alami.. kalau kita ada masalah.. just cari sahabat baik n kongsi bersama dia.. kalau dia sudi mendengar n tmbhn, dia bagi pendapat dia! wow! I'm proud to call you as a best friend! sebab bukan semua yang sudi buat macam tu.. seriously aq mmg dah alami..

tapi aq tak salahkan dia cuma ego dia je yang aku tak terima, nk buat macam mana la kan (-__-')semua manusia ada ego n ada level tersendiri, cuma kena pandai kawal je n kita sebagai kawan pun, tak boleh paksa seseorang tu berubah mengikut kehendak kita (rimas dowh..), cuma kita mampu bagi nasihat n berdoa je sama ada dia mahu berubah atau tidak.. tawakkal je la..

for the last, kalau kita dah tolong dia, jgn sesekali mengharap something pada dia.. even balasan secebis biskut or maybe sekecil microorganism pon jangan.. (bio..bio..) ;P sebab kesan dia pergh! memang boleh jahanam hidup kita sendiri.. again aq ckp.. aq dah alaminya! So, nak tolong tu biarlah ikhlas n buat tu biar kerana Allah bukan nk dapat balasan daripada orang lain.. Kalau nk ikutkan ganjaran tuhan MAHA besar kalau nk dibandingkan dengan ganjaran manusia..

So, itulah tazkirah aq utk pagi yg mulia ni.. wow.. first time buat tazkirah dalam blog.. ;P

P.S. Sesiapa yang terasa tu.. jangan marah ;P xde niat pon nk malukan korang..