Tuesday, February 7, 2012

Family outing at Suria KLCC


Latest profile picture from fb ;P >

Assalamualaikum.. best la smalam! dapat fon baru.. hehe.. 

Tak mintak pun.. masa tu, memang mak nak belikan fon untuk aku.. ok, syoknya! 


< Selimut busuk sbg background ;P

Mak belikan pun sebab fon mak hilang. Jadi, apa salahnya ek? Lagipun fon lama aq yg dah berabad, xtau la ada org masih guna lagi, x bleh nak call.. tension la.. so, belilah baru! Ingatkan dapat fon baru ni kalau dapat CEMERLANG la dalam SPM nnti.. hehe.. tp tak sangka dapat sekarang ^___^


Apa kaitan pergi Suria KLCC?

Haha.. kita kat situ nak dapat balik semua list contact fon lama mak kat Maxis Center.. punya la lama nak tunggu giliran, ramai jugak customer yang datang dengan fon CANGGIH2 diorang tu, tapi malangnya tak dapat apa yang dihajat walaupun tunggu lama2.. hhmm.. redha je la..

Jadi memang tak dapat.. tak kan nak balik kot? haha..

Aq dengan adik aq, nani pegi kedai buku kinokuniya masa diorang semua tengah tunggu giliran kat sana. Hari tu memang betul2 ramai daripada biasa. Ada promotion ke? haha, tak kesah la daripada tunggu tak buat pape, at least buat something.. Lepas diorang semua siap kat sana, ayah nak makan roti auntie anne's.. sedap la.. memang favourite aq, adik beradik  sejak kecil.. jarang makan roti tu.. masa kat situ je la dapat merasa..

Habis je makan kat tasik tu, adik2 aq nak pergi taman mainan pulak dah.. hhmm.. malas nak asyik duduk je tak buat pape, tunggu diorang habis main. Jadi, aku ikut je la diorang sambil ambik gambar.. oklah.. seronok gak! ;P Aku tak suka lama2.. lagipun dah pukul 6 lebih dah, Asar x solat lagi, jadi paksa la diorang stop main lagi.. nak balik dah nie..nasib baik diorang dengar..

Aku rasa seronok sangat dapat meluang masa dengan keluarga sendiri, keluar jalan2, walaupun x jauh x kesah la.. kalau boleh, mesti kena ambik gambar, nanti aiz kat sana boleh tengok cousin2 dia kat sini. Diorang duduk kat kedah, aiz pulak matriks kat perak. Dah 2 ke 3 tahun xjumpe family aiz? Aiz ye la jumpa, hari tu, singgah kolej dia. Sedih je tengok dia bila aq, atok dengan cousin aq syamim bersama parents nak balik, sabar je la ya aiz? Tak pe aboy cuba la letak gambar aktiviti keluarga kita kat KL ni... :)

Ok, tu je nak cerita, assalamualaikum..














Saturday, February 4, 2012

Saturday Morning..

Assalamualaikum,

Macam biasa la.. lps ni kena pergi kerja tp sempat pulak nak "blogging" ni.... hehe.. Dulukan aq asyik mengeluh kalau hari cuti je mesti xtau nak buat apa.. kadang2 boleh jadi gila agaknya duduk kat rumah, terperap dalam bilik. MACAM MACAM aq fikir, bukan nak jadi gila je tp nak buat kerja GILA kat rumah ni semata-semata nak hilang rasa bosan. TAPI bila dah dapat kerja, ok..mengadu rasa penat la.. tension x dpt nak buat benda lain.. macam tu la..

TAPI aq risau sebenarnya sebab sebelum dapat kerja, masa bulan 12, aq rajin la jugak pergi masjid zuhur dengan asar, pergi surau maghrib dengan isyak. Ya la, kalau duduk rumah xde buat apa2, baik buat amalan ibadah, betul tak? TAPI kalau SUBUH tu, kat rumah je.. tak mampu nak bangun awal setiap hari.

TAPI bila dah start je kerja, x de peluang lagi dah nak buat benda sama, cuma SUBUH je free, tp kelemahan aq nak bangun awal selalunya pukul lima, memang susah.. nak pergi surau yang paling dekat jarang bukak waktu Subuh, bukan diorang malas, lagipun yang mengurus surau tu pun semua status bekerja. Mesti diorang nak prepare pergi kerja betul tak? Kalau nak pergi masjid, memang kena bangun seawalnya pukul lima. Perjalanan 15 minit, lagi2 aq nak mandi lagi.. xkan nak tolak mandi kot >.<

Yang aq RISAU bukan sebab xdapat pergi masjid xpon surau lagi, aq risau aq dah start jadi normal macam dulu.. maksudnya aq dulu mmg x pernah nak pentingkan solat XPERNAH.. mesti disuruh baru nak buat.. mesti last minute baru nak terhegeh-hegeh nak sembahyang.. JADI macam mana nak selesaikan?

Wednesday, January 25, 2012

Bertahan

Kenapa sekarang ni aku rasa lemah sangat, malas nk gerak, fikiran melayang entah ke mana? Aku betul, betul risau.. Benda ni perkara kecil je.. tapi kenapa aku rasa beban tu susah nak tanggung? Ya Allah.. bagilah aku kekuatan, hambaMU ni sangat lemah, tak berdaya untuk aku selesaikan sendiri..amin


Tuesday, January 24, 2012

Saidina Saad Bin Abi Waqas

Alhamdulillah, balik sahaja dari masjid awal pagi tadi, perasaan rindu telah diluahkan dan dibalas pula dengan nikmat ilmu sirah Saad Bin Abi Waqas yang telah disampaikan oleh ustaz Nazri. Bukan semua aku dengar, tapi setelah menyelak beberapa helaian daripada internet, aku dapat mengenali sedikit sebanyak Sahabat Rasulullah S.AW ini dan sememangnya menusuk hati ini untuk merasakan kagum, pilu serta sedih mengenang kisah sahabat ini.

Mengenangkan kisah adiknya Umair bin Abi Waqas. Seorang pemuda yang menginginkan dirinya diterima sebagai tentera Islam dalam peperangan Badar walaupun tidak mencapai lagi usianya dan masil kecil lagi.Rasa risaunya kepada Rasulullah S.A.W, Sahabat ini sanggup menyorok dalam baju abangnya, Saad bin Abi Waqas demi untuk memperjuang agama Islam. Namun, Baginda sedar dan menegahnya untuk menyertai peperangan ini.Beliau lalu menangis akibat rasa kecewa. Perihal tersebut membuat Baginda mengubah fikirannya kepada pemuda ini. Walaupun pedangnya yang besar membuatkan abangnya terpaksa mengikat beberapa simpulan dipingangnya, tidak menghalang pemuda ini untuk gentar dengan tentera-tentera kafir Quraisy. Aspirasi Umair Bin Abi Waqas tercapai jua akhirnya untuk gugur syahid menentang musuh-musuh Islam.

Kisah Saad Bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud pula, Beliau merupakan penyelamat Baginda setelah Baginda jatuh daripada kudanya akibat daripada serangan musuh. Pada awalnya, tentera kafir Quraisy menyangkakan Rasulullah telah wafat dibunuh oleh mereka, dan ramai pejuang Islam telah meninggal posisinya. Namun, beliau sanggup melindungi nabi Muhammad S.A.W dengan memanah sebanyak yang mungkin pada musuh-musuhnya tambahan dengan bekalan sokongan daripada Baginda. Setiap panahan sememangnya tepat bersesuaianlah dengan statusnya sebagai pemanah terbaik Islam dalam pasukannya.    

Saad bin Abi Waqas wasiat kepada anaknya untuk mengkafankan dirinya dengan jubah yang dipakai olehnya dalam peperangan Badar. Pekara ini memang dibenarkan dalam Islam, seperti kita juga boleh melakukan sedemikian melambangkan ibadah yang pernah dilakukan oleh diri kita sendiri, yang membuat diri kita rasa sangat kagum dengan diri sendiri dapat melaksanakan ibadah itu kerana Allah S.W.T.

Kalau nak cakap pasal warna, tak tahu sangat, lagipun apa yang aku dengar, semuanya berkaitan dengan putih. 

Saidatina Fatimah Az Zahra, sirah hidupnya lebih kepada dugaan membuat sesiapa sahaja menitis air mata sekiranya menghayati kisah hidupnya dari awal sehingga akhirnya, seorang yang tabah dan berani menempuh segala cabaran yang tidak pernah terputus dalam hidupnya. Sejujurnya, aku menangis membaca artikel kisah hidupnya, lebih-lebih lagi kisah bagamaina beliau menutup mata buat kali terakhir. Bagaimana wanita yang suci ini meninggal dunia sinonim dengan Saad Bin Abi Waqas menghembus nafasnya yang terakhir iaitu memberi wasiat bagaimana diri mereka sesudah meninggal dunia.

Lepas baca helaian-helain yang ada, kalau nak dibandingkan dengan masalah aku, sangat, sangat kecil. Kalau masalah aku sendiri susah nak selesaikan, apatah mereka Saidina Saad bin Abi Waqas dan Saiditina Fatimah Az Zaharah yang melalui dugaan hidup mampu pula. Memang betul aku lebih lemah daripada mereka dan aku mampu panjatkan doa agar ujian Allah ini mampu aku tanggung. Insyaallah..

Link artikel-artikel yang menjadi kajian:

Friday, January 20, 2012

From the beginning until now by Ryu

Asslamualaikum, tiba2 lak teringin nak cari lirik lagu winter sonata ni.. haha.. akhirya! :)


nae-ga olsu-opsul-korago / i-jen kurolsu op-tago 
chebal kuman-harago narul tarrae-ji.. 
chong-mal i-joborigo shipo / tashin-bolsu-optdamyon 
narul chapgo-in-nun noye modun-gol 

naega utgo-shipul-ttaemada non / narul / uroborige mandunikka.. 
o-neu-got hanado naye ttaet-daero nonhalsu optke mandunun-gol 
niga bogoshipul-ttaemada nan / irohke muno-jyo-borigo manikka 
amuri ijulyogo ae-rulssodo ijulsu optke hanikka 

chongmal ichoborigo shipo / tashin bol su opt-damyon 
narul chapgo-in-nun noye modun-gol 

naega utgo-shipul-ttaemada non / narul / uroborige mandunikka.. 
o-neu-got hanado naye ttaet-daero nonhalsu optke mandunun-gol 
niga bogoshipul-ttaemada nan / irohke muno-jyo-borigo manikka 
amuri ijulyogo ae-rulssodo ijulsu optke hanikka 

tan hansaramul saranghanun-ge itorok himdunil-injul nan chongmal mollasso 

naega utgo-shipul-ttaemada non / narul / uroborige mandunikka.. 
o-neu-got hanado naye ttaet-daero nonhalsu optke mandunun-gol 
niga bogoshipul-ttaemada nan / irohke muno-jyo-borigo manikka 
amuri ijulyogo ae-rulssodo ijulsu optke hanikka


Tuesday, January 17, 2012

Kerja?

Assalamualaikum,

Ok sekarang ni aku dah start handle file aku sendiri! YEAH!

yeah? haha, apa benda nak yeah nya banyak betul file boss kasi, sampai 200 lebih -__-" serious sangat, sangat penat.. tak larat aku nak habiskan, semalam dapat buat 36 file, hari ni 39 file... pergh.. maybe ahad ni baru habis! (Ahad pun kerja ke?)

Haha, minggu ni je.. 2 jam je kerja, lepas tu balik.. :) 

Aku pun tak sangka call orang pun dah penat dah, hmm.. berapa ramai aku rasa aku dah call? sumpah banyak! "hello, selamat pagi, boleh saya cakap ni, ni, ni, saya dari syarikat peguaman ambank. Bila nak buat payment ya?" XD ok, kalau cakap benda sama berulang-ulang kali naik muak aku.. dari pagi sampailah petang duduk kat dalam office, kejanya CALL, CALL, CALL 

Haha, kalaulah semua customer yang aku call cakap sopan santun, tak de nak marah, marah, ALLAH.. sejuknya hati mendengarnya.. hilang sikit rasa bosan tu.. :) OKlah, aku bersyukur gak diorang masih lagi mahu angkat telefon, yang tak angkat tu n yang dah angkat tapi tak nak cakap (bajet macam tak dengar la fon tu dah angkat..) PERGH.. betul2 naik darah!

Ok Ikmal Danial.. SABAR, SABAR.. dah ini kerja kau.. :)

Tapi tak kesan pun.. asalkan dapat menimba pengalaman baru.. sekarang ni dah macam2 aku belajar hal-hal ekonomi ni.. macam belajar akaun lak, kenapalah tak ambik subjek akaun dulu time SPM.. haha..ok, nak prepare diri pergi surau, penat2 gak.. tapi tuhan tak boleh lupa.. masa2 macam ni la peluang kita nak dekatkan diri kepada Allah, bila lagi nak buat?

Ok, tu je nak cerita.. siapa lagi lah nak aku  luahkan kalau bukan blog ni.. aku sebenarnya macam2 lagi nak cerita, susah kalau nak pendam je.. lagi2 hal sedih.. semakin tak bermaya aku kalau sedetik je terfikir..   

Friday, January 13, 2012

Debt collector! :)

me@office as debt colector>


Assalamualaikum, ok aku dah start kerja sekarang! haha.. bukan hari ni tapi selasa lepas ;P


Pelik la rasanya bila dah start kerja, seakan semua dah berubah, A NEW LIFE! haha.. sebab aku rasa macam baru jejak kaki ke alam dewasa, macam2 ragam walaupun baru aje nak pijak..


Benda yang x kesah, yang asyik dengar dari mulut parents ke, x pon orang dewasa lain, sekarang baru nak mula nampak dan belajar secara lebih detail, .. haish, apalah aku buat selama 17 thn ni.. memang betul aku macam katak bawah tempurung! haha..


Seronok ke? sikit je la, pikir ada tanggungjawab, mesti kena laksana, sekarang ni, aku bukan kerja sangat pun, cuma belajar je camne nak buat kerja ni, risau gak kalau asyik kena marah je masa tengah bekerja.. baik sekarang training betul2 kan?


Haha, kerja aku SUMPAH tak kena langsung bidang aku sekarang, dari engineer jadi collector hutang! 
 =_=


Tapi sebenarnya bagus gak dapat belajar benda baru kan? dapat pengalaman gak.. n ckp pasal pengalaman, adalah customer staff lain yg aku cuba call, cuba training la jap sebelum aku ada customer aku sendiri, SEDIH je aku dengar dia ckp, macam seolah dah putus asa nak hidup! tapi kesian la gak.. So, cmni la cerita dia..


AKU: Hello, selamat petang, boleh saya cakap dengan Puan Halimah? (bukan nama sebenar ^__^)
DIA: Ya, saya.. (suara orang sedih)
AKU: Bila Puan nak buat payment ya? Hutang Puan masih ada lagi ni..
DIA: Maaf, saya bukan tak nak bayar, saya tak ada duit, berapa hutang tu?
AKU: 54,000 lebih Puan, (perasaan simpati sikit.. ;P) Boleh saya tau Puan masih bekerja ke?
DIA: Ya, saya masih kerja
AKU: Jadi kenapa tak buat payment? xkan xde duit langsung. Nak ke masuk court?
DIA: Tak nak encik, tapi saya betul2 tak de duit
AKU: Oklah, camni, apa kata Puan bayar 30% dulu?
DIA: Tak boleh gak encik, saya tak ada duit
AKU: (what da?? eer.. dah berhutang bkn nk byr!) tak boleh gak? Puan nak nama puan msk court ke? Puan jugak yg susah (suara TEGAS sikit, tapi masih hormat jugaklah..)
DIA: Saya tak de duit
AKU: Puan pikir la dulu nak bayar ke tak nak.. nama puan jugak yang akan naik court, nanti saya call back next week ok?
DIA: Ya
AKU:Pastikan angkat tau puan, Assalamualaikum
DIA:Ya, ya, Waalaikumusalam


Tak tau la sedih ke tak.. tapi tu la kerja aku, call orang mintak hutang. Seteruk mana masalah diorang, kalau tak bayar, mesti kena blacklist dari bank dan boleh jadi bankrupt-c, maknanya rumah kena tarik, loan dari bank tak boleh buat dah, yang ada cuma bantal dgn selimut je boleh ambil. Boss ckp aku dah cpt faham dgn kerja ni, alhamdulillah, harap aku dapat la jadi expert lepas ni macam staff2 lain, amin..