Monday, December 26, 2011

Bayang-bayang

Mood: sedih :(


Rasanya ni kot permulaan cerita aku pada masa cuti ni..


Macam mana nak mula ya?


Seronok ke jadi bayang2?.. aku rasa x.. tamsilannya.. kalau kita bersama tiga orang kawan dalam satu group berjalan sama-sama.. then kita cuba nak cakap atau nak bersosial.. time tu memang semua orang mendengar.. lepas tu, makin kurang dan mengurang kawan-kawan kita tu.. sehingga tinggal seorang sahaja..bila kita nak sembang2 kosong, hanya sepatah ayat je dia jawab, "ye kowt" or "rasanya tak" n yang paling sakit hati "entah" .. sepatah sahaja dia jawab then diam n buat hal sendiri dgn mimik muka x nak layan..


secara kebetulan lak.. dia tu.. tak tau la sama ada dia masih tak selesa dengan kita atau memang ada dendam dengan kita, xpon dia anggap memang x de hubungan BEST FRIEND dekat diri kita.. padahal.. dalam group tu.. sama2 dah cakap "KITA SEMUA KAN KAWAN BAIK" then semua orang sokong termasuk kita sekali.. patut ke DIA tu layan macam tu? Kalau pun dia x tau nak balas.. perlu ada mimik muka x nak layan tu?


Yang paling sakit hati, kalau dia hanya berdua antara kawan dalam group tu, n kita pulak jadi orang yg ketiga.. pergh! punya la rancak diorang sembang.. macam kita hanya jadi BAYANG-BAYANG, xpon hanya roh kita melayang-layang je diorang perasan, jasad?


Yang membuat aku kecil hati, kwn tu sembang2 kosong kadang2 hampir sama cerita yg apa kita sembang dgn DIA berdua, semua dia jawab dgn penuh BANGGA n GELAK KETAWA, tak kecil hati ke? memang tipulah kalau tak..


then sekali lagi, kalau kita berdua dgn dia maybe dekat satu tempat macam main komputer sama2 ke? , dia kalau boleh nak focus je kat pc tu, apa yg kita soal.. dia jwb? mcm taditu.. HANYA SEPATAH.. sikit pon x nak kongsi cerita sikit pon apa yg dia tgok..




lgpon dengan DIA tu dah lama berkawan tapi hasilnya bertambah pelik, banyak sgt watak yg dia main kat kita, kalau dekat sana lain, dekat situ lain pulak? Kalau aku memang pening.. aku tak paham, Kenapa DIA tu x nk berterus terang sahaja? Macam mana kita nak tahu kesalahan kita kalau x nak bgtau? Kenapa DIA tu x tak bgtau apa yg dia tak puas hati sebenarnya? 



Sebenarnya kalau sekali-sekala, boleh la.. x kisah sgt, tp kerap sgt berlaku, kita sendiri seolah-olah kena jaga batas pergaulan yg sikit pon x tersenarai dalam Islam sebab TAKUT kalau tindakan kita salah.. Kalau benda ni dibiarkan melarat, mksud aku dia still wat perangai dia, pada satu masa kalau masalah ni nak dibicangkan berdua, kalau aku, aku mmg betul2 takut nak lpskan BATAS PERGAULAN yg dia sendiri terbuat kita mencipta benda BODOH ni w'pun dia dah bertrus-terang..


Kalau dia berubah betul2 dan x kembali diri dia yg dulu, mcm dah senang dengan kita, maybe benda bodoh tu x dipikirkan lagi sikit demi sedikit, rasanya kalau aku cakap dia berubah sekejap je then kembali balik pada dia dulu, rasanya benda bodoh boleh lepaskan ke atau tak?


Macam aku, serious aku x boleh nk lepaskan, w'pun aku x mampu nak pegang, tapi benda ni terpaksa, aku x nak buat kesalahan sama mcm kawan-kawan baik aku yg dulu.. aku mmg terpaksa, hanya ALLAH saja yg faham.. tapi sejak aku terikut sgt batas pergaulan ni.. dia pon pikir yg aku dah ok dgn dia, dan dah tak ada masalah langsung tapi tak! Aku tak pernah rasa ok! W'pun sesaat memang x de langsung,


Cuma ubat yg mampu merawat utk hilang sekejap je adalah SOLAT, mmg betul2 tenang.. mmg x de rasa masalah langsung.. tp sekejap je merasa.. Kenapalah nabi x trima 50 waktu solat? ya allah, aku x nak pikir langsung masalah ni! memang sakit kepala.. tapi aku tak nak lepaskan dia, sebab dia salah seorang insan yang boleh buat aku khusyuk dalam solat.. salah seorang insan yg aku sedar yg aku ni hamba yg lemah , hamba yg sgt lemah dan sentiasa leka dengan duniawi... tp kalau masalah ni bergelut bersama aku x tau nk buat apa.. lemah sgt.. 


Aku seolah-olah berperang dengan psychology aku sendiri, kalau mampu bertahan, alhamdulillah.. kalau tak, tak tahu la.. aku x nak sia-siakan nikmat kawan ni.. sbb kan dia aku banyak berubah.. aku x salahkan dia langsung pun sebab salah aku terbawak-bawak dgn masalah ni, memang bukan salah dia, aku faham dia memang sibuk, dan memang semua ni salah aku, memang salah aku.. aku redha diri aku siapa, aku x kisah, kalau aku sentiasa luahkan, insyaallah aku mampu bertahan.. lgpon ni mesti adalah balasan dari ALLAH atas segala dosa2 aku buat kat orang lain.. aku kena terima.. apa yang dia dah buat kat aku yg membuat aku kecil hati atau rasa x tahan nak kawan dengan dia, aku x kisah, ni memang salah satu balasan dari Allah..dia memang x berdosa apa2.. 


Kalau kau ada baca, tolong jangan sesekali rasa serba salah or marah, aku minta kau jangan lupakan aku dan banyakkan lah doakan aku.. tu je aku mintak.. minta maaf kalau orang lain baca dan diorang mngumpat kau atau nak wat fitnah.. harap2 tak.. amin..

No comments:

Post a Comment