Thursday, December 29, 2011

Diari Sufi


Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.

“Aku akan mencipta gunung-ganang,” Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?”

“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat selain air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa padaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] 

by Siti Munazakiah

Lepas baca benda ni, x sangka rupanya doa lebih kuat dari segalanya, kalau kita mohon, insyaallah dimakbulkan, kalau ada usaha dan banyak bertawakkal kepada NYA untuk mendapat hasil yang kita mahukan.. Allah akan mendengar dan sekelip mata permintaan hambaNYA dimakbulkan, insyaallah.. Sesungguhnya, janji2 Allah akan DIA tunaikan.. 

Kenapa kita perlu berdoa? Dalam kandungan buku ni, banyak menerangi kenapa doa tu penting.. 
So? Belilah! haha.. gurau2 je.. kalau ada masa nanti update..

Again, aku jugak la jadi promoter yg tidak dibayar, haha.. X kesah la, bukan rugi pon, kalau ikhlas dapat pahala, kalau nak bongkak, x dapat apa2.. dapat dosa ada la... rugi, rugi, tu je la nak cerita sekarang ni.. memang bagus la buku ni, 
seriously.. :)

No comments:

Post a Comment