Then, just teruskan je sampai akhir f4, memang dah lupa langsung luqman.. jumpa kadang2 kat bilik prep, kat kawasan sekolah, kat surau, tu je la.. yang aku tau luqman jadi naib pengurusi surau, dan amin pengurusinya pada akhir tahun f4.. aku cuma ajk surau je..
Lepas lembaran baru tahun 2011, yeah! dah jadi senior! -__-" huh.. apalah best jadi senior.. lagi ramai pelajar kat sekolah ni, wat sakit kepala je.. aku lagi suka masa junior x de lagi.. Dewan Makan luas je.. time tu nak jalan senang tak de tersekat langsung sebab x ramai orang..haha.. tu pada awalnya la.. ckp je lebih.. hihi.. masa f5, jr. jugaklah paling kau rapat.. XD
Tapi masuk sahaja dunia baru, aku rasa, aku memang seorang yang tamak, tak kenang budi, kuat mengumpat, selalu ckp kesat, apa lagi? panjang lagi ni.. oh! yg satu lagi x nak cerita.. memang betul, betul, betul berDOSA..walaupun aku AJK SURAU dan tambahan pula, Amin naikkan pangkat aku jadi SIAK...
you get what i meant right, luqman, amin, faiez and naeem? korang je tau benda ni..
tu la aku.. walaupun aku rajin belajar (ceh!) kat sekolah je la.. kat rumah x.. MALAS.. tapi apa gunanya kalau tak ingat tuhan? astaghfirullahala'zim..memang tu la aku.. nk cerita family? derhaka? x payah la.. perkataan derhaka pun dah fahamkan? .. tapi yang benarnya.. tuhan memang x lupakan umatNYA.. disinilah bermulanya perubahan hidup..
16 Sept 2011, bermulanya pendedahan kehidupan baru aku, ingat tak luqman? buat pertama kalinya insan yang dipanggil sahabat baik tidur di rumah aku.. memang belum pernah lagi ada kawan aku tidur di rumah aku.. ni la first time.. sebenarnya x terlintas pun dia nak tidur rumah aku,
macam mana nak cerita ya? flashback! :)
Masa tu dekat bilik prep kat sekolah, aku just singgah je tempat luqman belajar, x tau la.. x ingat sangat, sama ada terlintas dalam hati ke.. atau nak kasi barang.. then kita orang ada terbual tentang cikgu rooslina, guru seni dia, terlintas lak dalam fikiran aku nak tanya tempat tinggal cikgu tu, kebetulan! rumah cikgu tu x sangka dekat sangat dengan rumah aku..dulu dia ada cakap, masa tahun lepas, yg cikgu tu ngajar kat sekolah dekat kawasan rumah aku, kenapalah nak tunggu setahun, fikiran tu baru nak terlintas? hhmmm..
ok, so, luqman ada cakap yang dia nak pergi rumah cikgu tu nak jawab kertas peperiksaan percubaan SPM, P.seni.. so, aku ajak la luqman dtg rumah aq sekali, lgpon time tu hari raya belum habis lagi.. apa salahnya kan?
Jadi, bermulalah 16 Sept 2011, titik mulanya sejarah persahabatan yang lebih erat, aku dah mula risau yang dia masih x dtg lagi igtkan dia pergi rumah cikgu tu..rupanya tak, tgok2 lps isyak baru sampai .. hhhmm.. so, nasib baik, laksa johor dan nasi goreng yang paling top! yang dimasak oleh ibuku.. x abes lagi.. nasib baik!
Ok, jam pun dah pukul 9 lebih.. dia ckp nak balik.. hah? balik? Stay la luqman.. lepak2 jap dalam bilik aku.. sekejap sangat kau datang, lepas tu nak balik.. x sampai 1 jam.. So, aku yang jahat sangat, sembang2 kosong dengan kau.. supaya kau leka jap.. kau pun orang warak kan? pakai kopiah sana, sini, jadi aku tau kau suka buku2 agama lama aku kat sekolah menengah agama aku dulu.. so, aku tunjuk la buku2 tu.. then bercerita pasal ehem, ehem tu.. dan cerita ehem, ehem aku pulak, tik tok, tik tok.. pukul 10.45! YES! Kau ckp kat sekolah yang LRT tutup pukul 11 kan?.. hihi.. Sori bebanyak ;P
17 Sept 2011, pagi2 lagi kita orang pergi jogging, gambar2 yg ada ni la.. dan tu jugaklah first time tempat aku jogging kawasan perumahan cikgu tu.. n rumah orang kaya tu sekali..then habis je jogging, kita pergi buat lawatan sekitar BBS.. dengan peluh2 nya, bau-bauan yang harum tu.. boleh lagi pergi rumah cikgu tu lps tu!.. just nak jawab paper! hahaha.. x tau la sama ada cikgu tu tahan ke tak.. XD
Lebih kurang pukul 11.00 pg, kita balik rumah aku, time tu jugak la baru nak breakfast.. haha.. then lepak2 jap kat ruang tamu, tgk DVD Harry Potter, x silap aku la.. lepas tu family aku ajak pergi 1 restoran ni kat sekitar kl, nak makan kari kepala ikan.. hhhmm.. tapi.. tak bukak la restoran tu.. sedih, sedih.. So, pergi la, kat kawasan Sogo tu.. cari tempat makan.. aku time tu dah lapar gila! Kau pulak, mcm mane?
Tempat mana ya kita makan? Oh! A&W! Baru teringat.. ingat lagi tak ada orang mintak derma? then dia kasi 1 kertas kecik laminated dengan doa? ingat x? dah hilang rasanya.. hahaha.. then kau cakap kau nak balik rumah atuk kau kan?.. ada majlis apa ya time tu? x ingat lak.. ya allah,time tu punya la ramai orang.. aku pun dah rimas sebenarnya.. Then, dah lama2 tu.. aku pun balik kampung kat cheras ni.. time tu x rasa pape lagi.. tapi sampai je kat rumah..relaks2 kan badan, then, aku masuk je bilik aku...Ooo.. luqman x de rupanya.. itulah first time rasa rindu, dan sedih kat kawan baik.. tiba2 je ada.. aku x de mood nk keluar bilik, so aku terus masuk tidur, dan sekarang ini baru aku sedar yang aku tgh rasa benda sama sekarang ni..
aku cuma nak ucap terima kasih, kerana kau la dah banyak ubah hidup aku..anjakan paradigma.. terima kasih kerana bagi pengalaman yang manis ni, terima kasih kerana kerana jadi kawan baik aku.. thanks for everything.. aku memang terhutang budi dekat kau, kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi.. insyaallah..
No comments:
Post a Comment