Friday, March 16, 2012

Lamanyer..

ASSLAMMUALAIKUM, hehe.. dah lama rasanyer tak update blog..

Memang busy betul kali ni.. nak on9 fb pon jarang2.. tapi alhamdulillah.. seronok jugak.. kalau kat office dah 12jam menghadap komputer, tak kan balik rumah nak buat benda sama, betul tak? Walaupun kat office fb dah kena block, tak kesah la..

Bagi aq, on9 fb seronok tu memang seronok tapi sampai ketagih sehari tak nak off, itu melampaulah.. hehe, itu aq dulu sebenarnya ;P tapi sejak kerja stayback sampai malam ni, alhamdulillah dapat jugak kawal .. Jujurlah, kadang2 aq ketagih tak nak off9 tu sebab kadang2 mengharap orang2 SPECIAL tu on9.. rindu la katakan haha.. kadang2 waktu malam memang aq rasa lemah semangat yang teramat, rasanya bukan penat daripada kerja tapi itulah, memang biasa kalau rasa keseorangan, kalau duduk dalam bilik sorang2 je, nampak katil, mesti confirm baring, tak tidur, tapi termenung memanjang, sampai tak ingat nak mandi ke, makan malam ke, dan termasuk nak solat isyak. Orang cakap tu sebenarnya naluri remaja nak kan perhatian, betul ke? tak kisah la..

Selain tu kan, aq sedar aq bukan sahaja diperhati, malah dapat bantuan. Serious dapat rasa.. syukur alhamdulillah, tau tak siapa yang bagi? ALLAH S.W.T. betul, banyak sangat nikmat DIA bagi, aq nak list memang panjang sangat, dan aq sedar aq perlu sentiasa pupuk rasa cinta padaNYA sebab banyak sangat, betul2 rasa terhutang budi, walaupun aq tau mmg x terbalas, ikut perintah DIA, jgn langgar laranganNYA. itu je yang DIA mahukan. susah tu susah,, mcm kawan saya kata nak seribu daya jangan ada seribu dalih.
Insyaallah mampu.. ameen.. Kalau orang cakap tu betul bahawa naluri remaja mahukan perhatian, jangan risau ALLAH sentiasa mengawasi penggerakkan kita, tidak pernah terlepas. Kalau kita sentiasa ingat kan DIA dan rajin berdoa padaNYA, memang kita tidak akan sesat selamanya. Bertambah sayang DIA pada kita kalau kita sentiasa amalkan..

tu je nak cerita.. kalau ada orang sayang saya, tolong doakan kesemua doa2 saya dimakbulkan olehNYA, TOLONG, hehe..  ameen.. :)

No comments:

Post a Comment