Sunday, March 25, 2012

Nabi Nuh

Assalamualaikum, alhamdulillah, rasa seronok sangat dpt dengar tazkirah kat masjid lepas maghrib tadi, bila je ustaz tu sentuh sirah agama, OWH, kena focus ni.. rasa macam bedtime story lak.. aq pun berangan la sepanjang jalan cerita tu, ^__^

Imam Ahmad bin Hambal pernah berkata bahawasanya ilmu lebih diperlukan daripada makan dan minum. Walaupun makan dan minum itu penting untuk dapatkan tenaga, ilmu lebih penting kerana tanpa ilmu memang susah untuk kita mengharungi kehidupan kita ni, zaman sekarang mesti nak budak2 pandai, nak naikkan nama negara. Kalau kita asyik makan, minum, tidur. berulang2.. bila la nak berjaya. Xkesah la, ilmu itu luas, macam2 kita boleh belajar. Kalau doa dan usaha ada, berjayalah kita.

Ustaz tu cerita sirah Nabi Nuh, bermulanya manusia mensyirikkan Allah sebagai tuhan yang maha esa. Mereka dah mula menyembah berhala dan setiap berhala ada nama tersendiri. Sebagai nabi, sudah menjadi tanggungjawab untuk baginda berdakwah. Namun, tidak ramai yang mengikutinya malah boleh dikira dengan jari. Pengikut Nabi Nuh kebanyakkannya adalah golongan miskin dan papa kedana. Selain itu, memang dicemuh oleh golongan bangsawan. Akibat diorang ni riak dengan ilmu, harta kekayaan. Mereka anggap ajaran nabi hanya untuk orang yang bodoh dan miskin macam pengikut baginda. Mereka tidak hirau lansung dakwah nabi dan menuduh Nabi Nuh sebagai PENDUSTA termasuk anak-anak dan isterinya.

Nabi Nuh tidak cepat putus asa. Malah 950 tahun nabi Nuh berdakwah kepada kaum2 nya. Walaupun mereka dah lali dengan dakwah nabi nuh, baginda tetap berusaha. Namun akibat daripada kaum2nya masih ingkar untuk bertaubat, seraya Nabi Nuh menadah tangan dan berdoa kepada Allah untuk jatuhkan bala kepada kaum2 nya pada saat itu juga. Sebelum dimakbulkan doa Nabi Nuh, turunlah malaikat kepada nabi nuh untuk menabah hatinya dalam berdakwah.

Allah buka lagi peluang kepada kaum2 Nabi Nuh dengan mengarah nabi Nuh untuk membina sebuah kapal yang besar sebelum Allah menimpa banjir yang dasyat di halamannya. Mereka yang naik merupakan golongan yang beriman kepada Allah. Allah masih buka lagi peluang untuk kaum ini untuk bertaubat walaupun sudah masuk 950 tahun usaha nabi nuh berdakwah kepada kaum2 ni. Allah bila2 masa boleh jatuhkan bala, malah tak perlu untuk nabi nuh membina kapal besar yang memakan masa yang lama untuk siap. SayangNYA kepada hamba2NYA membuka lagi peluang untuk kaum ini bertaubat.

Orang musyrikin hanya memperli, mengejek perbuatan Nabi Nuh macam orang gila bina kapal besar ditengah2 daratan malah membuang najis di atas kapalnya. Nabi Nuh dan pengikutnya hanya tabah dan sabar menghadapi tentangan besar daripada mereka. Mereka bertawakkal dan yakin Allah sentiasa membantu mereka dalam kesusahan. Apabila berlaku sahaja banjir, segala ada dibawah kapal tenggelam, hancur berai dimamah dengan air setinggi laut.

Hati Nabi Nuh terusik apabila terlihat anak sulungnya tercapai2 untuk selamatkan dirinya. Nabi Nuh ingin selamatkannya dan mengajak anaknya untuk bertaubat. Namun akibat riak dan ego, anaknya lebih rela mencari jalan keluar sendirian daripada menaiki kapal Nabi Nuh. Hati pilu seorang ayah yang masih sayangkan anaknya walaupun mengingkari perintah allah, baginda mahu selamatkannya.

Lalu Allah menegurnya, ."Kepadanya Allah berfirman:"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, karena ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir drp kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku dpt engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya danterjamin keselamatan jiwanya.Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."


Tu je nak cerita, pergi kerja dulu, nanti lambat plak, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment