Saturday, September 14, 2013
A whole new world!
Assalamualaikum, alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA aku dianugerahkan rezeki daripada Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran di UTMKL. Tambahan pula, aku mendapat roommate yang awesome! xD
Aku teringat lagi masa pertama kali lawat masjid kat utm, aku sujud syukur sebab baru sedar sebab hampir segala peribadi roommate aku adalah apa aku inginkan dalam doaku.. Ya ALLAH sungguh KAU amat menyanyangi hambaMU walaupun iman tidak teguh mana tapi kau tetap makbulkan doa aku (nangis ni...haha). IT'S LIKE A MIRACLE... jarang aku dapat. haha.. Tambahan pula, KAU mudahkan dia menerima aku sebagai teman bual dan studymate yang baik.. haha.. terima kasih ya Allah sebab KAU perkenankan doa aku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk berubah dan lebih mendekatiMU.
Waktu aku kat masjid tu, aku nangis sebab terlampau gembira dapat nikmat macam ni. Bukan sebab roommate je, ada dorm yang selesa, kawan2 yang tidak putus asa dengan aku, kelas dan macam2 la! Lebih2 lagi dapat masuk utm! Masa tu memang aku yakin Allah sentiasa melihat perbuatan aku. Segala baik buruk aku semua DIA tengok. Aku harap apa yang aku buat lepas ni akan menuruti perintahNYA dan tidak langgar laranganNYA.
Selain itu, apa yang aku harap jugak aku tak akan jadi diri aku dulu kat matrik, aku cuba sedikit demi sedikit untuk berubah dan bergaul dengan sahabat2 aku, cukuplah lari daripada masalah lagi and being selfish. Aku akan lebihkan usaha untuk membaiki diri dan belajar bersungguh-sungguh. Semoga 4 tahun kat UTM ni, segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat support daripada kawan2 aku kat sini.
ok tu je la kot, (usap air mata..) haha..
hari ini aku kat rumah, cuti 3 hari sempena hari malaysia isnin ni, dan ya BOSAN. Lepas ber-fb, main scrollling je, lps tu tiba2 tersedar aku ada kerja perlu disiap.. bukan la assignment penting pon tapi banyak bagi manfaat iaitu belajar bi! Aku try buat jurnal menepati grammar yang betul, tapi entah la betul ke tidak ?? macam kat bwh ni
Dear me, i have my own ambition that to renovate my room into better one but i do always forgotten it because of my current lifestyle. I have nice place in KSJ and awesome roommate that made my old ambition is only a dream. I hope that the dream never fade so i can work it out to become reality although it's not that important but i'm dying to see changes in my room.
Mesti ada salah kan? haha.. semestinya ada.. TETIBA.. idea secara tidak sengaja nak muncul untuk cari sentence checker kat internet. Ada rupanya! ni link dia: http://www.reverso.net/spell-checker/english-spelling-grammar/
Dan hasilnya : Dear me, I have my own ambition that to renovate my room into better one but I do always forget it because of my current lifestyle. I have a nice place in KSJ and awesome roommate that made my old ambition is only a dream. I hope that the dream never fades so I can work it out to become reality although it's not that important but I'm dying to see changes in my room.
Canggih betul internet sampai app macam ni pon ada gak, harap2 lepas ni, aku ada kemajuan dalam bahasa inggeris ni, nanti kena belajar bahasa jepun plak...harap dua2 bahasa ni aku dapat kuasai.. INSYAALLAH, ameeeennn.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment