Friday, January 13, 2012

Debt collector! :)

me@office as debt colector>


Assalamualaikum, ok aku dah start kerja sekarang! haha.. bukan hari ni tapi selasa lepas ;P


Pelik la rasanya bila dah start kerja, seakan semua dah berubah, A NEW LIFE! haha.. sebab aku rasa macam baru jejak kaki ke alam dewasa, macam2 ragam walaupun baru aje nak pijak..


Benda yang x kesah, yang asyik dengar dari mulut parents ke, x pon orang dewasa lain, sekarang baru nak mula nampak dan belajar secara lebih detail, .. haish, apalah aku buat selama 17 thn ni.. memang betul aku macam katak bawah tempurung! haha..


Seronok ke? sikit je la, pikir ada tanggungjawab, mesti kena laksana, sekarang ni, aku bukan kerja sangat pun, cuma belajar je camne nak buat kerja ni, risau gak kalau asyik kena marah je masa tengah bekerja.. baik sekarang training betul2 kan?


Haha, kerja aku SUMPAH tak kena langsung bidang aku sekarang, dari engineer jadi collector hutang! 
 =_=


Tapi sebenarnya bagus gak dapat belajar benda baru kan? dapat pengalaman gak.. n ckp pasal pengalaman, adalah customer staff lain yg aku cuba call, cuba training la jap sebelum aku ada customer aku sendiri, SEDIH je aku dengar dia ckp, macam seolah dah putus asa nak hidup! tapi kesian la gak.. So, cmni la cerita dia..


AKU: Hello, selamat petang, boleh saya cakap dengan Puan Halimah? (bukan nama sebenar ^__^)
DIA: Ya, saya.. (suara orang sedih)
AKU: Bila Puan nak buat payment ya? Hutang Puan masih ada lagi ni..
DIA: Maaf, saya bukan tak nak bayar, saya tak ada duit, berapa hutang tu?
AKU: 54,000 lebih Puan, (perasaan simpati sikit.. ;P) Boleh saya tau Puan masih bekerja ke?
DIA: Ya, saya masih kerja
AKU: Jadi kenapa tak buat payment? xkan xde duit langsung. Nak ke masuk court?
DIA: Tak nak encik, tapi saya betul2 tak de duit
AKU: Oklah, camni, apa kata Puan bayar 30% dulu?
DIA: Tak boleh gak encik, saya tak ada duit
AKU: (what da?? eer.. dah berhutang bkn nk byr!) tak boleh gak? Puan nak nama puan msk court ke? Puan jugak yg susah (suara TEGAS sikit, tapi masih hormat jugaklah..)
DIA: Saya tak de duit
AKU: Puan pikir la dulu nak bayar ke tak nak.. nama puan jugak yang akan naik court, nanti saya call back next week ok?
DIA: Ya
AKU:Pastikan angkat tau puan, Assalamualaikum
DIA:Ya, ya, Waalaikumusalam


Tak tau la sedih ke tak.. tapi tu la kerja aku, call orang mintak hutang. Seteruk mana masalah diorang, kalau tak bayar, mesti kena blacklist dari bank dan boleh jadi bankrupt-c, maknanya rumah kena tarik, loan dari bank tak boleh buat dah, yang ada cuma bantal dgn selimut je boleh ambil. Boss ckp aku dah cpt faham dgn kerja ni, alhamdulillah, harap aku dapat la jadi expert lepas ni macam staff2 lain, amin..

Thursday, January 12, 2012

"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "


SENYUM! XD

Anyway, thanks Ain! haha.. thanks for tagging me on fb! 
ni ha!
asal aku sorang je lelaki? 

??

dan  HAFIZ ZAINAL! thanks for making this CONTEST!
caya bang! 
Haha.. Aku pelik gak ada peraduan mcm ni, 
dlm BLOG lak tu..

hhmm.. 

Senyuman MAHAL?
Banyak sebenarnya.. tp yg kat bawah ni yang terbaik! 


XD

haha, ok, main posing2 lak ;P

For me, MAHAL is not about the post nor my SWEET smile ;P 
sweet laa sangat!

Afdlin lg sweet la! XD
ok, firstly, MAHAL sbb aq menang game BOWLING!


YEAH! menang! utk 2nd game la.. yg nama JUN tu.. 
hihi..

Thanks Amin! sbb last minute ajar main! Klau bukan sbbkan dia, SUMPAH! aku teruk GILA!
Ok,  second sbb aq rasa mahal sebab tu senyuman terakhir bersama my besties!
Last picture taken by them. Haha, time tu la aku paling emotional dgn kwn2 aq, ye la kan apa tak sedihnya semua dah ada hala tuju masing2 lps SPM,

From DORMates to mates only :'(

hmm..  

but BFF n EVER for me, never CHANGE!
haha, thanks for all the SWEET memories my friends!

Kenapa berminat nk msk contest nie? 
HAHA.. thats is why! thanks to you, Hafiz, aku dapat kongsi cerita sikit mengenai 1 senyuman yang membawa banyak, banyak, banyak makna! Haha.. sebab tu la senyuman ni mahal :)

KENANGAN TERindah..

About the braces, sweet gak.. tp yg bestnya bwh cahaya matahari..
haha.. first time kowt! silau mata aq! XD 

Haha.. mana ada r, x prnah nmpk lak ada cmtu.. tp biasanya comel la kalau tgk dia senyum. :)

Wednesday, January 4, 2012

Diskriminasi atau penghormatan?

PADA ERA GLOBALISASI INI, KEBANYAKKAN KAUM WANITA MULA MENGANGGAP  BAHAWA LELAKI SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH SATU DISKRIMINASI.
^___^

Assalamualaikum, hari nak cerita sikit tentang martabat wanita dalam aspek sosial macam kedudukan dalam pekerjaan, dalam kepimpinan, dan terutama sekali dalam rumah tangga, hihi.. serious ni, tadi aku seronok sangat dengar tazkirah kat masjid kawasan rumah aku, ustaz penyampai tu, Dr. Azhar Yaakob, khusyuk gak la dengar, best lak tu! ada la seberapa aku ingat tazkirah ustaz tu..


Ok, biasanya sebarang pangkat ketua mesti diberi oleh kaum lelaki kan? tapi kenapa? sebab dia lelaki? tu je? Secara detailnya, macam dalam perkahwinan, siapa ketua keluarga? suamikan? apa tanggungjawab suami? beri nafkah secara zahir ataupun batin, beri pendidikan kepada keluarga, apa lagi ya? x ingat la, ;P dan banyak sebenarnya, tak kira lagi tanggungjawab sebagai mukminin, paling utama, kena berdakwah, cuma pada era yang semakin mencapai kemuncak pada pengakhiran, ramai kaum lelaki mula leka akibat daripada bisikan2 syaitan yang acap kali menjadi panduan pada kaum ini untuh jatuh ke dunia kegelapan, tu la akhir zaman.. 


Ok, sambung, sambung, ;P untuk tanggungjawab isteri pulak, yang aku ingat la, mendidik anak2, dan yang paling utama mengikut perintah suami, kalau nak dibandingkan, tanggungjawab isteri memang sedikit tapi berat, tak kira lagi kerja kat office, dan secara realitinya, memang kebanyakkan perempuan mesti pegang pangkat tinggi2 kan? yang pastinya setiausaha yang paling tinggi dalam pegangan pangkat, ada jugak yang jadi boss tapi tak ramai sebenarnya.


Tak elok kalau perempuan jadi boss, tak pun senang cakap sebagai pemimpin, lelaki yang lebih layak, kecuali dalam keadaan darurat je, perempuan layak dilantik jadi pemimpin ni kalau kesemua lelaki yang ada kurang bagus, kurang dedikasi daripada perempuan tu, perempuan tu la yang gempak buat kerja, berdedikasi, dan dia lah yang mampu menaikkan nama syarikat, masa tu baru boleh, kecuali pada suatu masa kalau ada lelaki yang lebih gempak daripada perempuan tu, dia kena lepaskan jawatan, macam tu la konsep yang dipakai dalam Islam, tak ingat apa hukum dia tapi kenapa mesti ada diskriminasi?


Ok, ok, biasanya, kalau kat rumah, keluhan yang pasti dikeluarkan oleh isteri mesti mcm ni "ingat senang jaga rumah? dengan anak2 lagi, dah la penat lepas balik kerja, apa yang abang tau? abang tau balik rumah goyang kaki je.. " XD aku main cakap je, kalau betul, betul la.. 


Sebab tu la, ada diskriminasi! Sebenarnya bukan diskriminasi tapi satu penghormatan kepada isteri, walaupun isteri ada kerja bagus2, tak guna jugak kalau melepaskan tanggungjawab, walaupun sedikit tapi berat, bukan tu je, walaupun wanita yang tak berkahwin tu, ini adalah satu penghormatan untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai anak di rumah, memberi peluang pada mereka, sebab perempuan banyak buat kerja rumah kan? dan bukan diskriminasi, melainkan ada bibik, tu aku tak tau nak terang macam mana, tak salah sebenarnya nak pentingkan pekerjaan tu cuma kena berpada-pada ler..


Jadi, disebabkan dengan perkara ni, korang pun perasan kan, kat sekolah pun lebih utama lelaki menjadi ketua, sebab nak beri penghormatan pada kaum perempuan, supaya diorang ada peluang untuk belajar, memang bukan satu diskriminasi, biasanya kita dengar yg lelaki ada 9 akal, 1 nafsu, perempuan lak, 1 akal, 9 nafsu, cuma perkara yang mengecewakan, hal ni tidak langsung dititikberat oleh warga pelajar.. ramai yang tidak sedar dengan hal ini..


Wanita memang kaum yang untung, sebab kaum wanita yang mudah masuk syurga, kalau lepas 3 syarat ni je, memang confirm masuk syurga.. first, patuh pada suami, second, solat lima waktu atau benda wajib tak pernah tinggal kecuali kalau terpaksa, third, jaga maruah diri sebagai wanita, macam nak keluar rumah tu, mesti tutup aurat, jaga tutur kata, macam tu la, so, buat apalah nak penting dengan duniawi? Buat apa pentingkan kat kerja sahaja? Apa faedah kerja tu? Nanti lama2 tu pencen gak.. time tu la baru nak sedar, "apa yang aku dapat masa kerja tu? Diorang dah lupa aku ke? penat2 aku kerja, ni je aku dapat?" XD rasanya la.. ungkapan jer.. 


Yang aku dengar ustaz tu kata, sebenarnya, daripada banyak2 pekerjaan yang ada kat dunia ni, tak ada satu pun mampu mengalahkan kehebatan satu pekerjaan ni, nak tau tak apa? mendidik anak-anak, pekerjaan ni yang paling susah sebab sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa, dan banyak memberi maslahat kepada mereka berdua, kalau mereka mampu mendidik anak-anak, aspirasi untuk mereka berjaya dalam kehidupan mereka memang mudah untuk dikecapi, dan dah pandai tu mestilah dapat menjawat jawatan tinggi2,kaya la kan, masa tu la diorang akan membalas semua jasa kedua-dua ibu bapa mereka yang sememangnya susah nak dihintung dengan jari-jemari yang ada, itupun kalau ibu bapa bijak dalam membentuk sahsiah anak-anak dari awal lagi, sudah tentu mereka akan sentiasa patuh pada mereka berdua, dan tidak akan lupa jasa2 mereka, insyaallah.. susahkan tanggungjawab ni? dan benda ni akan sentiasa berputar mengikut peredaran masa, anak dah besar, dapat kerja bagus2, tolong ibu bapa, dah kahwin, didik anak-anak, dan selanjutnya..


Pasal kaum wanita mudah masuk syurga tu, ustaz tu kata, kaum wanitalah yang akan masuk syurga dahulu sebelum lelaki, mengikut pendapat ulama, siapa yang pertama memeluk Islam? Lelaki ke wanita? Wanitakan.. isteri nabi Muhammad S.A.W, Khatijah, dan ingat tak cerita Sumayyah? Wanita ni la yang pertama dalam Islam yang gugur mati syahid, So, ustaz tu kata, secara konklusinya, kaum wanita yang akan menjadi penghuni syurga sebelum lelaki, So, adakah wanita layak untuk mempersoalkan perlantikan ketua ni disandang oleh lelaki? Dah macam2 Allah janji kepada kaum ni, supaya diri mereka adalah istimewa walaupun kat dunia ni, banyak nodaan ditimpa, dia lah yang lemah, dia lah yang dipanggil pembawa fitnah, dia lah menjadi bahan maksiat, dia lah kena banyak bersabar segala liku-liku hidup, tu bukan ke satu ujian Allah? Lebih banyak ujian Allah berikan, itulah rasa cintaNYA pada kita..kan lebih bagus kalum perempuan lebih utamakan agama daripada kerja, bukan x boleh jawat jawatan tinggi2 tapi hal kerja biar stabil, kalau kerja start pukul 8, habis pukul 5.30, so, ikutlah, jangan terlalu over, sampai sanggup balik lambat, sebab nak tunjuk diorang power la, hal keluarga pun kena diutamakan jugak, even kaum lelaki pun sama kena patuh dengan perkara ni, lelaki susah tau nak masuk syurga kalau nak dibandingkan dengan perempuan..


Jadi, adakah ini diskriminasi atau penghormatan? 


Ok tu je la nak cerita, excited sebenarnya dapat dengar tadi, Rasa best gila! haha.. dan dengan penuh rasa keseronokkan pun, aku sedih sebenarnya, orang pertama yang aku nak kongsi, tak ada lagi disisi buat sementara waktu ni, ya allah, memang cepat sangat rasa rindu, tapi nak buat macam mana, ni mungkin satu ujian, aku perlu mengharungi dengan penuh tabah.. insyaallah, aku mampu..

Tuesday, January 3, 2012

Suatu hari di Perak :)

< Gambar atuk dgn kawannya, bekas tentera kat Kampar

Assalamualaikum, hari nak cerita aku di Perak! haha..  
Masa bdk2 PMR'11 ambik keputusan, hari tu jugak la, aku pergi Kampar kat Perak, sebenarnya, pergi sana bukan balik kampung, lagipun kampung aku kat kawasan KL je.. tapi atuk aku ada urusan dia untuk mengesahkan diri yang dia pernah menjadi tentera, tentera? ha'ah.. atuk aku seorang bekas tentera..

Pergh.. sepanjang perjalanan dari Selayang, atuk aku lah yang paling seronok sangat pergi Kampar, mungkin sebab nak jumpa rakan sejawat dia, macam mana aku tau? kalau atuk aku seronok, dia mesti tak putus2 bersembang, masa tu pulak, pak ngah yang bawak aku dgn mak ngah dan cousin aku, syamim..memang masa  tu, atuk dgn pak ngah je kuat bersembang, aku just dengar je.. dengar? XD sekejap je.. bosan! nasib baik aku bawak mp4 adik aku.. haha..
sori, sori.. ;P

Ok, so kita orang start tolak, tau tak pukul berapa? awal pagi.. pukul 7 lebih betolak, dgn x breakfast nya lagi, pergi macam tu je.. tapi mandi la.. ;P kita orang pergi breakfast dekat tempat istirehat dekat lebuhraya, pukul berapa ya? rasanya, pukul 9 kot? pergh.. aku dah lapar gila time tu.. nasib baik mak ngah belanja.. :)

Lepas tu, macam biasa.. dalam kereta, berapa lama ya? tapi yg aku tau, kita orang berhenti lg kat tempat istirehat, pak ngah nak isi minyak.. syamim, cousin aku,time tu belanja air apple juice! seedaap! :)

So, sampai je kat Kampar, kita orang cari kawan atuk tu, then pergi bandar kat situ, atuk buat surat akuan kot? x igt la nama surat tu, ;P then pergi pesuruhjaya sumpah, kat makhamah.. pergh.. lama gak la kat Kampar ni, nak mengesahkan diri atuk dan kawannya seorang bekas tentera, lepas siap je, kita orang makan tengah hari kat situ, kat suatu restoran, ingatkan kalau kawasan kampung macam ni dapat murah, tapi tak! sama harga macam KL, hhmmm..

Lepas tu, hantar kwn atuk ni balik, atuk tu kasi 10 ringgit! yeah seronoknya! haha.. balik dari rumah atuk tu, ingat plan masa tu nak jumpa cousin aku, aiz kat kolej matrikulasi, tapi nak wat mcm mana la kan, dia pun ada kelas masa tu, dia kata dia habis pukul 4.30, hhmm..


Aku bersama atuk dgn aiz @ kolej matrikulasi perak>
Kita orang pergi la! XD Siapa kata tak pergi, walaupun nak tunggu 4 jam lagi, kita orang pergi gak, so, dalam tempoh masa yang ada, secara tak rancang awal, pak ngah ajak pergi dusun, tanah ayah, tanah pak ngah, kalau, mak su, dan mak yong, x tau la ada kat situ.. atuk tak cakap pun pasal tu.. tapi sampai je kat dusun, bapaklah! lebat gila pokok rambutan! merah, merah semua! geram! ya la.. apa tak geram, buah tu pulak kat puncak pokok tinggi2, time tu x bawah galah, nak panjat x pandai, tingga gila! just tengok je la, hhmm.. tapi yang bestnya aku panjat pokok langsat! haha, pokok langsat la, yang rendah sikit, so, aku panjat la.. alhamdulillah, banyak jugaklah dapat, :)


Kemudian, balik la.. dah pukul 4 dah, off to the college, aiz! haha.. tapi tersangkut jap, ternampak la ada orang jual buah durian, tak kan nak lepas kan kot.. hehe.. Banyak juga atuk dgn pak ngah beli.. So, sambung perjalanan ke Gopeng! Tempat kolej aiz! Aku lah yang paling seronok rasanya, dah lama sangat tak jumpa dia, dia pulak busy, x de masa nak balik kampung, hhmm.. so, ni la masa nak jumpa dia, pergh.. serious dia makin kurus, maybe asyik nak belajar je, betul2 berubah, dia ada kata gak yang dia belanja sehari 5 ringgit je.. utk breakfast, lunch dgn dinner, 5 ringgit je! wow! hebat betul nak berjimat tu..

Lepas tu, yang nak balik tu rasa sedih sikit tu, muka aiz nampak masam je.. aku tengok pun, tak sanggup nak balik, XD tapi nak buat macam mana la kan, segala permulaan mesti ada akhirnya, mesti kena terima jua.. BYE aiz! nanti ada masa jumpa lagi ya? belajar elok2! tengoklah nanti aboy kejar! haha.. aiz lagi pandai daripada aboy lah.. saya ni siapa je.. ^__^

< Syamim and my little sister, Aisyah
Akhir tu, kita orang balik, ada gak singgah tempat istirehat kat kawasan lebuhraya tu, aku sempat jugak beli cenderahati sikit, keychain dan barang kemas, bukan untuk aku! haha.. untuk DIORANG, ada yang dah dapat, dan ada yang belum lagi.. bila la nak kasi kat dia? tak tau la bila, tengah simpan je sekarang ni :) Tapi, mak ngah dgn syamim yg busy sikit, macam2 diorang beli, syamim lak beli lagi air apple tu lagi untuk aku, yang botol syamim beli untuk aboy, tak abes lagi syamim! haha.. thanks syamim! atuk macam biasa kalau balik je dari Perak atau luar negeri lain, selalunya mesti beli pau.. haha..

Kalau tak silap aku, kita orang sampai pukul 7.30 malam, sehari kat Perak, ronda sana, sini.. best la jugak.. dapat tolong atuk, panjat pokok, jumpa aiz, dan dapat beli cenderahati,  :)

Tu je la nak cerita hari ni, I had so much FUN! haha.. 

Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru!

Assalamualaikum, selamat tahun baru! haha.. seronok celeberate thn baru? seronok2 gak.. tp lepas aku baca status ni, aku baru sedar, apa gunanya sambut dgn makan barbecue la.. pergi konsert kat KL, or tengok bunga api sahaja?  Seriously, kalau nak katakan memang tak salah pun, kowt? 

Yang konsert tu ada salah la jugak..sebab maksiat kan? tapi benda nak di HIGHLIGHT la.. x kan tu je? maksud aku bukan kena lagi meriah, XD tapi, x kan tak nak sedar yang kita seinchi lagi nak dekat kematian kita, atau lagi dasyat KIAMAT.. Kenapa perlu sambut detik2 nak dekat kematian kita?  Ya, seriously tak salah kalau nak sambut, sebab nak happykan? nak berseronok bersama family, bersama kawan lama, agar hubungan kita dengan mereka akan lebih tererat..memang tak salah, TUHAN pun suka yang kita teguhkan lagi hubungan, supaya tidak terputus..


Tapi SENTIASA remind ourself that, our death is near, jangan hanya nak enjoy sahaja, tak lama lagi kita nak mati, dah cukup sangat ke pahala kita? dah boleh pas masuk syurga ke? So, tanam la azam baru, nak buat something yang lebih baru, yang lebih elok, dan perubahan yang lebih baik, anjakan paradigma, hehe.. suka dowh ayat ni ;P supaya esok lusa, tak la rasa menyesal.. 


maksud ESOK, LUSA tu.. mana la tahu, masa tu korang kena timpa BALA dari ALLAH ke? alaa.. macam dalam drama melayu.. mesti ada kena accident kereta la.. Penyakit2 la.. bernanah kat muka, kat seluruh badan tambahan dengan ulat2 lagi.. >.< x pon yang tak boleh nak mati, mati, masa tengah nazak? PERGH.. terseksa kowt.. seronok ke time tu nak rasa menyesal? Ya Allah, entahlah nak kata apa lagi.. 


Ok, tu je nak cerita petang ni.. ingat nak cerita pengalaman aku pergi Perak cuti ni.. tercerita benda lain lak.. hehe.. :) tak pe la, lepas ni cerita kat Perak lak.. nanti azan asar nak berkumandang, jangan lewat2 kan yer? 


Rasa nak solat kat Masjid, tapi, entah la.. bukan malas, cuma ada something ada rasa diganggu, SYAITAN kowt.. Astagfirullah.. takut gak sebenarnya.. lagipun aku duduk sorang2 kat rumah sekarang ni.. solat je la kat rumah.. bukan ada bunyi bising pon.. tak ada rasa terganggu :) Next time la ya.. Insyaaallah.. 

Friday, December 30, 2011

Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 2)

Ok.. sambung balik.. sampai tu je la.. aku rasa last time aku rapat dengan luqman.. memang time tu aku tak kesah sgt pon.. jumpa kawan baru, buang kawan lama.. tu la aku.. sejak aku start lepak kat dorm third intake, aku BETUL, BETUL, buang kawan lama.. budak dorm aku dah start pulau aku sebab suka tidur dorm c6.. dorm third intake.. ya allah.. ingat lagi diorang kunci pintu dorm aku, dorm c3, sebab x nak kasi aku masuk.. x tau la kenapa, then lama2 tu dah oklah.. x ingt la macam mana.. tp aku dah tak lepak sangat kat c6, just kadang2 je..

Then, just teruskan je sampai akhir f4, memang dah lupa langsung luqman.. jumpa kadang2 kat bilik prep, kat kawasan sekolah, kat surau, tu je la.. yang aku tau luqman jadi naib pengurusi surau, dan amin pengurusinya pada akhir tahun f4.. aku cuma ajk surau je..

Lepas lembaran baru tahun 2011, yeah! dah jadi senior! -__-" huh.. apalah best jadi senior.. lagi ramai pelajar kat sekolah ni, wat sakit kepala je.. aku lagi suka masa junior x de lagi.. Dewan Makan luas je.. time tu nak jalan senang tak de tersekat langsung sebab x ramai orang..haha.. tu pada awalnya la.. ckp je lebih.. hihi.. masa f5, jr. jugaklah paling kau rapat.. XD

Tapi masuk sahaja dunia baru, aku rasa, aku memang seorang yang tamak, tak kenang budi, kuat mengumpat, selalu ckp kesat, apa lagi? panjang lagi ni.. oh! yg satu lagi x nak cerita.. memang betul, betul, betul berDOSA..walaupun aku AJK SURAU dan tambahan pula, Amin naikkan pangkat aku jadi SIAK...

you get what i meant right, luqman, amin, faiez and naeem? korang je tau benda ni..

tu la aku.. walaupun aku rajin belajar (ceh!) kat sekolah je la.. kat rumah x.. MALAS.. tapi apa gunanya kalau tak ingat tuhan? astaghfirullahala'zim..memang tu la aku.. nk cerita family? derhaka? x payah la.. perkataan derhaka pun dah fahamkan? .. tapi yang benarnya.. tuhan memang x lupakan umatNYA.. disinilah bermulanya perubahan hidup..

16 Sept 2011, bermulanya pendedahan kehidupan baru aku, ingat tak luqman? buat pertama kalinya insan yang dipanggil sahabat baik tidur di rumah aku.. memang belum pernah lagi ada kawan aku tidur di rumah aku.. ni la first time.. sebenarnya x terlintas pun dia nak tidur rumah aku,

macam mana nak cerita ya? flashback! :)

Masa tu dekat bilik prep kat sekolah, aku just singgah je tempat luqman belajar, x tau la.. x ingat sangat, sama ada terlintas dalam hati ke.. atau nak kasi barang.. then kita orang ada terbual tentang cikgu rooslina, guru seni dia, terlintas lak dalam fikiran aku nak tanya tempat tinggal cikgu tu, kebetulan! rumah cikgu tu x sangka dekat sangat dengan rumah aku..dulu dia ada cakap, masa tahun lepas, yg cikgu tu ngajar kat sekolah dekat kawasan rumah aku, kenapalah nak tunggu setahun, fikiran tu baru nak terlintas? hhmmm..

 ok, so, luqman ada cakap yang dia nak pergi rumah cikgu tu nak jawab kertas peperiksaan percubaan SPM, P.seni.. so, aku ajak la luqman dtg rumah aq sekali, lgpon time tu hari raya belum habis lagi.. apa salahnya kan?

Jadi, bermulalah 16 Sept 2011, titik mulanya sejarah persahabatan yang lebih erat, aku dah mula risau yang dia masih x dtg lagi igtkan dia pergi rumah cikgu tu..rupanya tak, tgok2 lps isyak baru sampai .. hhhmm.. so, nasib baik, laksa johor dan nasi goreng yang paling top! yang dimasak oleh ibuku.. x abes lagi.. nasib baik!

Ok, jam pun dah pukul 9 lebih.. dia ckp nak balik.. hah? balik? Stay la luqman.. lepak2 jap dalam bilik aku.. sekejap sangat kau datang, lepas tu nak balik.. x sampai 1 jam.. So, aku yang jahat sangat, sembang2 kosong dengan kau.. supaya kau leka jap.. kau pun orang warak kan? pakai kopiah sana, sini, jadi aku tau kau suka buku2 agama lama aku kat sekolah menengah agama aku dulu.. so, aku tunjuk la buku2 tu.. then bercerita pasal ehem, ehem tu.. dan cerita ehem, ehem aku pulak, tik tok, tik tok.. pukul 10.45! YES! Kau ckp kat sekolah yang LRT tutup pukul 11 kan?.. hihi.. Sori bebanyak ;P

17 Sept 2011, pagi2 lagi kita orang pergi jogging, gambar2 yg ada ni la..  dan tu jugaklah first time tempat aku jogging kawasan perumahan cikgu tu.. n rumah orang kaya tu sekali..then habis je jogging, kita pergi buat lawatan sekitar BBS.. dengan peluh2 nya, bau-bauan yang harum tu.. boleh lagi pergi rumah cikgu tu lps tu!.. just nak jawab paper! hahaha.. x tau la sama ada cikgu tu tahan ke tak.. XD

Lebih kurang pukul 11.00 pg, kita balik rumah aku, time tu jugak la baru nak breakfast.. haha.. then lepak2 jap kat ruang tamu, tgk DVD Harry Potter, x silap aku la.. lepas tu family aku  ajak pergi 1 restoran ni kat sekitar kl, nak makan kari kepala ikan.. hhhmm.. tapi.. tak bukak la restoran tu.. sedih, sedih.. So, pergi la, kat kawasan Sogo tu.. cari tempat makan.. aku time tu dah lapar gila! Kau pulak, mcm mane?

Tempat mana ya kita makan? Oh! A&W! Baru teringat.. ingat lagi tak ada orang mintak derma? then dia kasi 1 kertas kecik laminated dengan doa? ingat x? dah hilang rasanya.. hahaha.. then kau cakap kau nak balik rumah atuk kau kan?.. ada majlis apa ya time tu? x ingat lak.. ya allah,time tu punya la ramai orang.. aku pun dah rimas sebenarnya.. Then, dah lama2 tu.. aku pun balik kampung kat cheras ni.. time tu x rasa pape lagi.. tapi sampai je kat rumah..relaks2 kan badan, then, aku masuk je bilik aku...Ooo.. luqman x de rupanya.. itulah first time rasa rindu, dan sedih kat kawan baik.. tiba2 je ada.. aku x de mood nk keluar bilik, so aku terus masuk tidur, dan sekarang ini baru aku sedar yang aku tgh rasa benda sama sekarang ni..

aku cuma nak ucap terima kasih, kerana kau la dah banyak ubah hidup aku..anjakan paradigma.. terima kasih kerana bagi pengalaman yang manis ni, terima kasih kerana kerana jadi kawan baik aku.. thanks for everything.. aku memang terhutang budi dekat kau, kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi.. insyaallah..