Tuesday, March 20, 2012

8-teen! (celebrated b-day part 2)

18/2/12- Kak Ieda's Birthday! ^ ^

Haha, lupa nak tekan butang publish.. patutlah x keluar, edit balik ;P


Monday, March 19, 2012

Monday night!

Assalamualaikum, Selamat malam! ^^

Esok kerja.. macam biasa ler.. kekadang nak aje ponteng! hehe.. tapi xboleh.. seriously.. habis potong komisen nnti! tak nak! tak nak! >.<

Yang lusa plak? aduh! keputusan! Tapi buat masa ni, kenapa aq macam tak kesah sgt pasal keputusan SPM tu? Cakap je macam takut tapi tak pun.. ceh... macam dah yakin jer 10A hehe.. Ameen!!

Aq harap keputusan aq dapat yang terbaik, sebab aq tak sabar nak sambung belajar! hehe.. betul la! Sebabnyer kat rumah fikiran asyik melayang jer.. kalau hidup kat hostel lain sikit..sepanjang masa busy jer nanti. Belajar sepanjang masa. Kalau nak katakan aq rasa bersyukur dapat kerja ni, at least buat aq rasa otak aq masih boleh bergerak, berpusing, mengguna ilmu yang ada masa awal2 masuk kerja.. xde la jiwa rasa nak berontak jer macam kat rumah. 

Aq rasa hidup aq terkongkong sangat kat dalam rumah, walaupun mak ayah kasi peluang buat macam2, cuma aq je buat diri rasa terkongkong, sebabkan dah selesa cara hidup sendiri kat rumah bagaimana. tak boleh nak ubah,

tapi lepas merasai gaya hidup orang lain kat rumah diorang, aq rasa nak mencontohi apa yang diorang buat supaya boleh ubah mindset aq terhadap aq sendiri hidup kat rumah. Insyaallah, boleh.. tengoklah.. nak seribu daya jangan ada seribu dalih, ^^ (always keep that in my mind!) 

tu je nak cerita, good night! nak tidur dulu.. mungkin boleh qiamullail nanti, insyaallah.. tapi niat jer, bagus boleh dapat pahala jugak, sekurang2 nyer  hati rasa nak buat amalan ibadah memang ada ganjarannya.. ok, assalamualaikum, :)  




Sunday, March 18, 2012

Bani Israel

Assalamualaikum, pagi tadi ceria sangat lepas balik daripada masjid, :D

Alhamdulillah, ada peringatan terbaru yang saya terima lepas solat subuh brjemaah, untuk pengetahuan sebenarnya ada hadis mengatakan bahawa kalau kita amalkan solat subuh berjemaah, umpama kita mendirikan ibadah tanpa henti pada waktu malam dan sekiranya solat isyak berjemaah pulak, umpama kita mendirikan ibadah tanpa henti separuh daripada waktu malam. :)

Biasanya kalau pagi hari ahad mesti ada tazkirah mengenai sirah2 islam.. hari ni kan penceramah pagi tadi sampaikan sirah Bani Israel.

Ustaz tu buat persoalan, kenapa Israel yang bermaksud hamba Allah, berkait rapat dengan kaum yahudi laknatullah? Sedangkan Bani Israel merupakan golongan hamba yang dikasihi Allah, pelbagai nikmat yang Allah turunkan pada mereka sebab sayangNYA pada kaum ini.

Akibat mereka tidak bersyukurlah, orang yahudi laknatullah jauh terpesong dari agama Islam dan mengamal agama sendiri. “ Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segalanikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dansempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengankamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu Yang lain). 
( Al Baqarah : 40 )

Bani israel asalnya daripada keturunan Nabi Yaakob dan yahudi laknatullah pula daripada nama anaknya yahudza, Nabi yaakob ada 11 orang anak daripada isteri pertamanya, dan 2 orang anak (Yusuf dan Bunyamin) daripada isteri keduanya. Malangnya, isteri nabi yaakob, ibu kepada nabi Yusuf meninggal dunia. Oleh itu, bapanya memberi perhatian yang lebih kepada nabi yusuf dan bunyamin, menyebabkan 11 abang nabi yusuf iri hati dan mencapai keinginan untuk  membunuh nabi yusuf walaupun mereka dalam usia kanak-kanak. 

Ayat ke-8 Surah Yusuf: Tatkala abang-abang Nabi Yusuf berkata sendiri, "Sesungguhnya Yusuf dan Bunyamin lebiih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu keturunan. Sesungguhnya bapa kita sangat tidak adil. Bunuhlah Yusuf ataupun buanglah dia ke satu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa tertumpu kepada kita semata-mata, dan supaya kita sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna kepadanya."

Nabi Yaakob tahu keinginan abang2 nabi Yusuf. Nabi Yaakob sentiasa menasihati nabi Yusuf supaya berhati-hati dengan abang-abangnya.

Ayat ke-4 Surah Yusuf: Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakanda bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari  serta bulan, tunduk memberi hormat kepada anakanda."

Ayat ke-5 Surah Yusuf: Bapanya berkata, "Wahai anakanda, jangan engkau ceritakan mimpumu kepada abang-abangmu, kerana ayahanda khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."

Kejahatan abang-abang Nabi Yusuf, terlaksana dengan mencampak Nabi Yusuf  dalam sebuah perigi. Mereka tidak hirau kebimbangan ayahnya kerana mereka ada bukti palsu iaitu baju nabi yusuf dengan lumuran darah binatang, menunjukkan nabi yusuf dibunuh oleh serigala tetapi Nabi Yaakob sedar rancangan jahat anak-anaknya sebab tiada kesan koyakkan daripada serigala. Nabi Yaakob tidak pernah putus berdoa kepada Allah, keselamatan anaknya, nabi yusuf.

Kisah Nabi Yusuf memang panjang, kisah baginda dengan zulaikha. tapi akhirnya abang-abang nabi yusuf bertaubat. Namun, sifat peribadi abang2 nabi yusuf diwarisi oleh orang yahudi laknatullah yang merupakan darah daging dengan abang2 nabi yusuf. Dan orang palestin merupakan cucu daripada nabi yusuf dan nabi bunyamin. Sampai sekarang mereka masih berpegang sifat hasad dengki yang melampau.
Kalau nak dikatakan mereka semua satu keturunan bani israel, kaum ni kuat bersengketa walaupun bersaudara. Nabi Musa juga bersabar dengan karenah Bani Israel. Dalam satu artikel saya baca diorang amalkan "kami dengar dan kami ingkari"

Itu je, nak cerita, assalamalaikum :)


Link jadi pautan :)


John Carter @ Brem Mall ;P


Assalamualaikum, haha nampakkan? best gila cerita ni, puas tengok dengan gambaran 3D! :) Semalam la, balik je dari office, terus rancang nak tengok wayang kat Mid Valley, tapi xjadi sebab hari sabtu en.. mesti ramai, tak pe la, pergi la yang dekat2 dekat Brem Mall, :) Tapi seriously best, part2 perang la.. suasana punya la besar,  kapal pun besar, orang yang berperang nampak cam semut je.. haha..

Jalan cerita pun best! Merepek.. tapi best! haha.. ada ke orang dari bumi boleh bernafas kat planet marikh.. yela.. yang john carter banyak lompat2 tu logik, boleh la.. logik la jugak. graviti lain2 en.. part cinta tu.. err.. best gak la, hero sanggup korban macam2.. standard cerita.. ;P ok, tu je.. asslamualaikum, :)  



hihi.. having fun with "mesin pengurut" with siblings ;P

Friday, March 16, 2012

Lamanyer..

ASSLAMMUALAIKUM, hehe.. dah lama rasanyer tak update blog..

Memang busy betul kali ni.. nak on9 fb pon jarang2.. tapi alhamdulillah.. seronok jugak.. kalau kat office dah 12jam menghadap komputer, tak kan balik rumah nak buat benda sama, betul tak? Walaupun kat office fb dah kena block, tak kesah la..

Bagi aq, on9 fb seronok tu memang seronok tapi sampai ketagih sehari tak nak off, itu melampaulah.. hehe, itu aq dulu sebenarnya ;P tapi sejak kerja stayback sampai malam ni, alhamdulillah dapat jugak kawal .. Jujurlah, kadang2 aq ketagih tak nak off9 tu sebab kadang2 mengharap orang2 SPECIAL tu on9.. rindu la katakan haha.. kadang2 waktu malam memang aq rasa lemah semangat yang teramat, rasanya bukan penat daripada kerja tapi itulah, memang biasa kalau rasa keseorangan, kalau duduk dalam bilik sorang2 je, nampak katil, mesti confirm baring, tak tidur, tapi termenung memanjang, sampai tak ingat nak mandi ke, makan malam ke, dan termasuk nak solat isyak. Orang cakap tu sebenarnya naluri remaja nak kan perhatian, betul ke? tak kisah la..

Selain tu kan, aq sedar aq bukan sahaja diperhati, malah dapat bantuan. Serious dapat rasa.. syukur alhamdulillah, tau tak siapa yang bagi? ALLAH S.W.T. betul, banyak sangat nikmat DIA bagi, aq nak list memang panjang sangat, dan aq sedar aq perlu sentiasa pupuk rasa cinta padaNYA sebab banyak sangat, betul2 rasa terhutang budi, walaupun aq tau mmg x terbalas, ikut perintah DIA, jgn langgar laranganNYA. itu je yang DIA mahukan. susah tu susah,, mcm kawan saya kata nak seribu daya jangan ada seribu dalih.
Insyaallah mampu.. ameen.. Kalau orang cakap tu betul bahawa naluri remaja mahukan perhatian, jangan risau ALLAH sentiasa mengawasi penggerakkan kita, tidak pernah terlepas. Kalau kita sentiasa ingat kan DIA dan rajin berdoa padaNYA, memang kita tidak akan sesat selamanya. Bertambah sayang DIA pada kita kalau kita sentiasa amalkan..

tu je nak cerita.. kalau ada orang sayang saya, tolong doakan kesemua doa2 saya dimakbulkan olehNYA, TOLONG, hehe..  ameen.. :)

Sunday, February 19, 2012

Love the lyric but hate the song (Runaway)

Runaway 


Got up on the wrong side of life today yeah
Crashed the car and I'm gonna be really late
My phone doesn't work cause it's out of range
Looks like it's just one of those kind of days
You can't kick me down I'm already on the ground
No you can't cause you couldn't catch me anyhow
Blue skies but the sun isn't coming out no
Today it's like I'm under a heavy cloud
And I feel so alive
I can't help myself, don't you realize
I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway yeah
I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway yeah
So So is how I'm doing if you're wondering
I'm in a fight with the world but I'm winning
Stay there come closer it's at your own risk
Yeah you know how it is life can be a bitch
But I feel so alive
I can't help myself, don't you realize
I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway yeah
I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway yeah
Runaway Runaway
I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway yeah
I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway yeah 

8-teen! (celebrated b-day part 1)

Alhamdulilllah, tuhan panjangkan umurku sehingga saat ini, kadang-kadang aq tertanya-tanya macam mne klau aq dah meninggal dunia? ada ke orang nak bersedih? Pelikkan fikir benda2 ni... ^ ^

Bukan apa, aq rasa kalau orang yang sedih aq xde ni, dia mesti SAYANG kat aku. Mesti dia banyak doakkan aq menjadi insan yang mulia kat dunia ni, anak yang soleh, tau mana baik mana buruk. Ya Allah, bersyukur sangat2 kalau dapat jumpa orang2 ni.. :) X kesah la sesiapa pun ibu bapa, adik-beradik, kenalan-kenalan dekat ke, jauh, sesiapa pun yang kenal aq.. semoga hidup dia pun bahagia jauh daripada kesusahan. amin..

Kali ni hari jadi ke-18! Seronoknya sambutan kali ni.. sampai sambut kat office ;P haha.. itu pun kebetulan ada orang sama hari jadi, kalau tak memang tak sambut pun..


Kak Nurul! Happy belated birthday! ^ ^

Seronok dapat sambut hari jadi tahun ni, memang lain daripada yang lain la! Ni first time ada jamuan ari jadi ni khas utk aq n kak nurul. Alhamdulillah.. sekali sekala je dapat merasa, lps ni mungkin xde dah.. macam-macam ada masa tu, banyak sangat tak habis pun.. ;P kek pun sama.. hhmmm.. yang best ada kfc! nasib baik ada member kerja kat sana, sanggup dia bawak makanan yang terlebih untuk hari tu.. memang meriah la.. yang aq rasa seronok bukan sebab banyak makanan tp diorang sanggup bawak dari rumah utk meriahkan majlis ..~Tq~