Assalamualaikum :D
Cepat betul masa berlalu sampai diri sendiri pun tidak sedar makin lama dimamah usia. Detik-detik yang berlalu sememangnya indah namun mengaburi matlamat sebenar yang ingin dicapai. Mana angan-angan yang mahukan kejayaan di arena baharu? Semakin lama menghilang dalam diri akibat daripada jatuh dengan godaan dunia. Aku tidak mahu perkara itu jatuh pada diriku sedangkan aku sedar itu adalah ujian daripadaNYA yang perlu aku perjuangkan. Harap dapatlah aku mengilapkan kembali agar kejayaan dapatku rasai. Semoga permintaanku diperkenan olehNYA dan takdirku ditentukanNYA.
Ameen ya Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang...
No comments:
Post a Comment