Assalamualaikum.. sedangkan aku mahu anjakan paradigma pasti perasaan ini hadir ke atas jiwaku.. Mengapa?
Salah satu alasan adalah aku mempunyai pendorong yang ingin aku buktikan pada mereka ataupun mahu mendapat perhatian. Salah seorangnya sahabat dan seorang lagi merupakan orang yang aku mendamba cintaku. Kenapa aku mengatakan mereka ini pendorong? Pendorong maksudku adalah mereka ini mampu buang sifat malasku untuk beribadah kepada Allah SWT. Tambahan pula, maniskan imanku.
Bukan itu sahaja, sifatku yang suka menangguh masa dan memberi alasan untuk buat nanti sebab ada hal lain yang perlu dilaksanakan (tidak penting pun) dapat diketepikan dan fokus terhadap ibadah kepadaNYA yang jauh lebih penting daripada kerja lain. Kalau sesaat aku fikirkan malas, pasti dalam kepalaku menanya, apa kata mereka kalau mereka tengok aku? Sesaat seterusnya pasti hatiku terus mahu beribadah kepadaNYA.
Mungkin ada perasaan seketika mengatakan tidak ikhlas sewaktu menjalankan ibadah itu, tetapi apakah daya? Aku manusia yang lemah dan juga dikatakan PALING malas. Sedangkan LIPAS dibilikku aku tidak peduli. Mungkin kalau sekiranya tindakan itu betul, aku bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan mereka pada diriku. Mungkin itu tanda-tanda untuk aku terima hidayah padaNYA suatu hari nanti dan mereka merupakan tangga untuk kecapinya. Tetapi apakah yang membuat aku timbul dilemma itu?
Aku sedih kerana aku RINDU. Aku mula merindui mereka sekiranya mereka jauh dari pemerhatianku. "JAUH DIMATA DEKAT DIHATI". Senanglah cakap, nak dekat dihati ada juga impaknya. Kalau dah rindu pasti ada perasaan sedih. Kalau hatiku lebih kotor daripada hati sekarang. TERMENUNG je la.. tambahan lagi malas ingin beribadah. Walaupun begitu, bukannya aku tiada jalan penyelesaian, seperti mana yang aku coret bahagian atas, sekali lagi aku mengatakan aku mahu anjakan paradigma.. Mungkin sahabatku telah aku milki namun tidak bermakna dia tidakakan tinggalkan aku. Suatu hari nanti pasti jua. Apa yang aku buat? Aku berdoa. Walaupun tidak kerap aku tetap berdoa yang sama iaitu kesihatannya, kejayaannya, dan menerima kelemahan aku. Insan kedua, walaupun dia tahu aku cintainya namun tidak bermakna dia akan tunggu aku melamarnya suatu hari nanti. Pastinya dia akan meminati seseorang. CEMBURU! JANGANLAH BERLAKU! Apa yang aku buat? Berdoa, berdoa, dan berdoa.
Bukanlah aku mengatakan diriku pengecut, aku merasa belum layak lagi untuknya.Tambahan pula, malu dan segan untuk bertegur. Apa yang aku mohon tiada lelaki lain cuba melamarnya dan ketemukan jodohku itu ke alam suami-isteri. INSYAALLAH! AMIN!
Itulah yang mendorong aku untuk sentiasa beribadah dan insyaallah suatu hari nanti aku mampu berdikari untuk menegakkan agama Allah dengan hati yang tulus dan ikhlas. Semoga hidayah yang aku bakal terima umpama jaraknya lagi kurang daripada seinchi. AMIN! AMIN! AMIN! ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment