Friday, December 30, 2011

Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 1)

Ada part pula ya? pelik nya.. -__-"
Sempena Luqman nak pergi PLKN, nak kongsi sikit cerita, How I met him and how we become best friend.. 
Luqman ingat tak awal f4 dulu? masa kau baru masuk? haha.. kau kena pulau en dgn budak dorm sendiri.. kelakar, kelakar.. lebih kurang beberapa hari lepas tu, kau datang dorm aku bersama Zaki, time tu aku x de la kesah sgt, aku ingatkan kau geng diorang, tak nak la aku layan.. 

tu la yang aku fikir.. tapi pada malam tu, rakan2 dorm aku ajak tidur kat lantai dengan letak semua tilam kita orang kat bawah dalam satu barisan, dorm aku kecik, nak buat macam mana :) 

Allah.. kenapa la aku dapat hujung sekali, hhmmm.. biarlah.. then, kau pulak x de tempat nak tidur.. nak tidur dorm sendiri, kena pulau, nak tidur dorm aku x de tilam dah.. So, kesian la tengok kau x de tmpat nak tidur, member2 dorm aku ajak tidur sama2 kat bawah, ingatkan kau nak tidur sebelah kanan aku, yang paling hujung sekali, kau pergi la menyempit kat kiri aku, hhmm.. tidur lantai la maknanya.. MEMANG BETUL PON! hahaha..

Masa kau dah turun tu, dorm aku sumpah bising gila! bercerita je memanjang, nak tidur pun x boleh.. rugi lak turunkan tilam tidur sama2 dgn diorang.. haha..So x dpt nk tidur, aku bukak la cerita dgn kau.. first2 x de la rasa nk cerita rahsia ke apa ke.. tiba2 dah khusyuk sgt bersembang, kau pun open cerita ehem, ehem, tu XD

Time tu, barulah aku tahu pasal hidup kau yang pelik.. (haha..sori, sori..) ;P sebab tak pernah lagi aku dengar ada budak f4 sebaya aku ada cerita macam tu... disitu la aku start kenal kau.. dan selepas tu, aku rajin gak la dtg dorm kau, lepak2 sekejap dengar lagi cerita ehem, ehem tu.. XD 

PROGRAM AYUH JADI CEMERLANG!!


Ingat lagi program ni? x kan dah lupa kowt..yang buat orang nangis2 tu.. haha.. yang pakai baju kurung merah tu.. ingat lagi? Fe-C kita Kak Nur Asyikin, dan nama kumpulan ni group 13-teen.. memang best gila program ni bersama kakak ni.. 

Aktiviti isi air dalam botol, jgn bagi tumpah! ye la tu.. memang hasil dapat sikit je.. teamwork konon, hahaha..








Ni la hasil dia! haha..

Aktiviti ini ingat lagi x? kena teka apa entah? x silap aku kena bgtau, then kau yang lukis.. ye kowt? x pasti.. yg pasti pendeknya kau! haha.. cepat betul kau nak hampir sama tinggi dengan aku.. terkejut gak aku tengok gambar ni.. haha.. sori sekali lagi.. ;P asal aku muncung bibir aku? haha.. maybe kakak tu ambik gambar kowt? hahaha.. kelakar, kelakar..




Then, yang ni ingat lagi? kena potong kertas, tapi x boleh terputus, supaya semua orang dalam team muat masuk dalam potongan bulatan kertas tu.. aku dah pelik dah, boleh ke?dah la sehelai A4, macam x betul je..


tapi dah buat, tak sangke boleh.. hahaha.. kau bajet posing konon.. eh, aku peace lagi smart la! XD


yang ni aku x pasti, aku pon x igt sangat aktiviti apa ni, letak je la..  :)

Yang sedihnya, habis program ni, kena berpisah dengan kakak pada malam tu, lepas slot yg diorang nak buat nangis2 tu.. kena tutup mata la.. aku tertidur kowt? ngantuk.. hahaha.. then, semua f4 yang ada time tu.. buat bulatan dekat ruai, dan bersalam-salaman, tu je aku ingat.. 


yang other part yang aku ingat, yang aku rasa bersalah sangat, lepas program ni, aku dah stop datang dorm kau.. entah.. aku x pasti kenapa? lps third intake baru masuk..aku terus start lepak kat dorm diorang, tu rasanya aku ingat.. 

Thursday, December 29, 2011

Rindu, kecewa, sedih..

Kenapa ni? Aku tak tau .. Asal ada perasaan macam ni? Sensitif betul aku ni.. aku pening kepala nak fikir.. tadi kau ok je.. asal bila tengah on9 mesti rasa pelik.. kenapa dowh kau ni.. kat blog je la, kau luahkan.. kat blog je la, kau mampu cakap apa kau suka, makan x selera, n selebih nya, ayat pelik2 tu.. rasa gak kowt.. nak mengadu, mesti face to face, tapi tak tau siapa, Sabar je la.. 


Sabar? Sabar? Mampu ke bertahan? waallahualam..


Rasanya, dengan Allah, tempat aku boleh mengadu.. dengan Allah aku mampu bercerita apa yang pedih yang terasa sekarang ni, nak nangis? nangis je puas2! tak de siapa nak tengok pun.. Aku nak bertahan? berapa lama tu? bila agaknya boleh terhenti? Macam mana tiba2 aku akan terbuat kerja gila? ya allah, tolong la jgn terjadi.. memang rasa risau pon ada sekarang ni.. memang betul2 aku menagih fikiran yg tenang, x nak sakit kepala, tapi dengan kudrat jiwa yang kau ada, mampu ke bertahan? boleh ke bertahan!


Mintak simpati ke sekarang ni? tak! tolong r.. buat apa aku nak mintak? mengharap orang lain yang x beberapa kenal or rapat, tolong kita?diorang faham ke? perlu ke mintak orang macam tu? ya allah, serabutnya..


Rasanya sampai sini sahaja nak bercerita, or senang cakap nak luah perasaan.. azan asar sudah berkumandang, jgn lambat2 solat, setiap saat kalau dilambatkan, makruh ke dapat dosa? tak pasti.. yang pastinya x elok kalau dilambatkan.. kan bagus dia baca..

Diari Sufi


Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.

“Aku akan mencipta gunung-ganang,” Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?”

“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat selain air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa padaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] 

by Siti Munazakiah

Lepas baca benda ni, x sangka rupanya doa lebih kuat dari segalanya, kalau kita mohon, insyaallah dimakbulkan, kalau ada usaha dan banyak bertawakkal kepada NYA untuk mendapat hasil yang kita mahukan.. Allah akan mendengar dan sekelip mata permintaan hambaNYA dimakbulkan, insyaallah.. Sesungguhnya, janji2 Allah akan DIA tunaikan.. 

Kenapa kita perlu berdoa? Dalam kandungan buku ni, banyak menerangi kenapa doa tu penting.. 
So? Belilah! haha.. gurau2 je.. kalau ada masa nanti update..

Again, aku jugak la jadi promoter yg tidak dibayar, haha.. X kesah la, bukan rugi pon, kalau ikhlas dapat pahala, kalau nak bongkak, x dapat apa2.. dapat dosa ada la... rugi, rugi, tu je la nak cerita sekarang ni.. memang bagus la buku ni, 
seriously.. :)

Wednesday, December 28, 2011

Pagi Rabu :)

Assalamualaikum..


Aku kat Cheras sekarang nie.. x tau nak wat pe.. rasa bosan sgt2..


Wat pe kat Cheras? Jauhnya Cheras dari Selayang? (siapalah nak tau..) XD Ni la kampung aku.. tak main la kampung jauh2 ni.. ni dunia moden la.. wat pe la nak jauh2 ;P


Pagi2 lagi dah rasa pening, kawan ajak kerja tapi hati x nak, MALAS.. dan ada kawan lain ajak main bowling besok kat Selayang Mall, nak pergi ke x nak ya? Eeemm.. pergi je la.. besok pagi lagi aku balik Selayang, alaa.. cutikan lama.. syukur alhamdulillah tak dapat PLKN tu.. abes memang tersekat semua plan untuk cuti ni..


Dan hati ada rasa rindu gak.. sedih pon ada..rasa makan tak selera, mandi tak basah, tidur tak lena XD tapi tak nak cerita la.. pelik je rasa nak cerita.. bila masalah datang kat kita, apa patut kita buat ya? selesaikan atau biarkan? kalau selesaikan, hati rasa tenang w'pun masa nak selesaikan tu ada rasa perit sikit..


tapi kalau biarkan? hhmm.. yes.. maybe tenang untuk diri kita je la.. tapi orang lain tu.. apa dia rasa ya? marah? boleh jugak.. rasanyalah.. even cikgu aku mesti marah kalau x siapkan keje sekolah sebab BIARKAN kerja sekolah tu dalam beg, tak sentuh2... standard la tu.. cikgu siapa x marah kalau x siap keje sekolah, kan marah tu tanda SAYANG, XD kalau tak marah tu?


rasa tu kowt nak cerita pagi ni.. just nak luang masa, typing, bagus jugak untuk mental.. tapi sekejap je la, kadang2 kena selesaikan jugak kalau nak tenang tu.. insyaallah boleh.. :)

Tuesday, December 27, 2011

Andai itu takdirnya..

YES! akhirnya! habis gak aku baca novel ni! 


Pergh.. lama gak aku baca novel ni.. igtkan nak habis 3 hari je.. rasanya berapa lama ye aku baca?


Bapaklah! 2 minggu kowt! lama betul tu.. ye la nak buat macam mana.. mmg serious busy pergi sana la, situ la.. x de masa nak baca sangat.. hhhhmmm... tapi seriously novel kali ni aku baca, sedih yg teramat! Setiap bab dalam novel ni mmg rasa sebak nak nangis.. hehe.. maybe aku je kot yg sensitif.. x tau la.. XD


dulu, dalam novel biarlah ia pergi aku memang tabik betul watak alissa n kali ni lak aleeya! (mesti ada orang terasa..) hihi...

Perempuan ni, masyaallah, hati dia sangat kental w'pun difitnah, dianiaaya, dan dicemuh oleh orang sekeliling dia even suami dan keluarga menantu pun sama sekali! dia masih kuat dgn pertolongan sahabat baik dia umairah, kalau umairah x de disisi dia, x tau la apa jd kat dia.. umairah selalu bagi sokongan pada dia untuk kuatkan diri dia tanpa rasa sikit nak putus asa, 


tp umairah hanyalah penyokong, dan realitinya, aleeya, w'pun seteruk mana derita dia alami, dia mampu bertahan.. dan the best part, dia sanggup kasi peluang ketiga pada suami dia! w'pun seteruk mana suami dia pada dia, dia bagi jugak peluang tu utk dia bertaubat..


benda aleeya x suka adalah minta simpati kat orang lain.. dia lebih suka berusaha sendiri, mencari duit sendiri w'pun dia ada suami yg kaya..cuma umairah dan suaminya ikram yg banyak menolong dia sbb berasa simpati dekat aleeya, aleeya xmintak pon, tapi sebab umairah merasa kehidupan aleeya sudah sebati dalam kehidupan dia, umairah sanggup berkorban apa sahaja utk melihat kawan dia bahagia.. 


ya allah, masa part ni la yang aku rasa terharu sangat tindakan umairah sbg sahabat baik..dah la time tu aku baca sorang2 sambil baring kat katil berselimut kesejukkan, ye la waktu subuh la kan..dgn nyaman wktu pagi lg tu, pergh.. mmg feeling betul baca novel tu, haha..  aku rasa la kan aku dah alami tapi cuma tak sedar je.. alhamdulillah kalau ada.. 


Macam2 suami dia dah buat.. seorang yg bongkak, mentang2 la anak orang kaya.. igt smua ke boleh dapat? tolong la.. bongkak ni kan x bawak ke mana2.. sape la kita nk bangga2 kan diri.. bukankah Allah yg mencipta kita? DIA lah yg menurunkan nikmat pada kita.. nikmat tu.. jgn la fikir nikmat tu dalam aspek makanan dan minuman sahaja.. nikmat tu amat LUAS! mcm bumi ni DIA yg cipta, segala tubuh badan kita, DIA yang cipta, ok, kalau DIA yang mencipta tubuh badan kita, layak ke kita nk bangga2 yg kita ni kaya ? ye la betul jugak, sbb tu usaha kita.. tapi kalau Allah tarik nikmat kesihatan dari kita.. mampu lagi kita nk teruskan kekayaan tu.. mampu lagi kita nk usahakan? mampu ke? 


So, based yg aku dgr ceramah ustaz kat surau malam semalam, yg layak untuk ada perasaan bongkak hanya 1 sahaja.. Siapa rasanya? ALLAH.. tuhan kita.. memang x de lain la.. manusia mmg x layak sikit pon nk ada perasaan bongkak.. macam ustaz tu cakap, ibadah kita tidak diterima w'pun ada sekecil bijih sawi? (x tau la besar mana bijih sawi tu) ;P perasaan bongkak tu, mmg x diterima.. jd kene byk berusaha la.. kalau ada usaha dan doa serta tawakkal.. insyaallah..ibadah itu diterima..yakin, iman perlu mantap..


OK.. back to the topic.. mcm suami dia plak, si aizril ni, ya memang dia mmg bongkak.. tapi manusia boleh berubah kan? pada part ni la.. byk betul watak dia, kadang2 dia elok, kadang2 tak.. sampai isteri dia aleeya dah kasi peluang kat dia sampai tiga kali! Macam2 dia dah buat kat aleeya, mmg pedih.. mmg sayu sungguh apa yang telah terjadi pada aleeya.. nk tau cerita dia? bacalah! 


ceh.. promoter ni.. biarlah x dpt duit pon.. mmg kena baca novel ni.. best gila! kalau sedih, sedih sangat.. kalau part happy2 tu.. rasa terharu betul la!


tu jela nak diceritakan.. yg bnda baik dijadikan iktibar, yg benda buruk dibuangkan..


hihi.. tazkirah2 :)

Monday, December 26, 2011

Bayang-bayang

Mood: sedih :(


Rasanya ni kot permulaan cerita aku pada masa cuti ni..


Macam mana nak mula ya?


Seronok ke jadi bayang2?.. aku rasa x.. tamsilannya.. kalau kita bersama tiga orang kawan dalam satu group berjalan sama-sama.. then kita cuba nak cakap atau nak bersosial.. time tu memang semua orang mendengar.. lepas tu, makin kurang dan mengurang kawan-kawan kita tu.. sehingga tinggal seorang sahaja..bila kita nak sembang2 kosong, hanya sepatah ayat je dia jawab, "ye kowt" or "rasanya tak" n yang paling sakit hati "entah" .. sepatah sahaja dia jawab then diam n buat hal sendiri dgn mimik muka x nak layan..


secara kebetulan lak.. dia tu.. tak tau la sama ada dia masih tak selesa dengan kita atau memang ada dendam dengan kita, xpon dia anggap memang x de hubungan BEST FRIEND dekat diri kita.. padahal.. dalam group tu.. sama2 dah cakap "KITA SEMUA KAN KAWAN BAIK" then semua orang sokong termasuk kita sekali.. patut ke DIA tu layan macam tu? Kalau pun dia x tau nak balas.. perlu ada mimik muka x nak layan tu?


Yang paling sakit hati, kalau dia hanya berdua antara kawan dalam group tu, n kita pulak jadi orang yg ketiga.. pergh! punya la rancak diorang sembang.. macam kita hanya jadi BAYANG-BAYANG, xpon hanya roh kita melayang-layang je diorang perasan, jasad?


Yang membuat aku kecil hati, kwn tu sembang2 kosong kadang2 hampir sama cerita yg apa kita sembang dgn DIA berdua, semua dia jawab dgn penuh BANGGA n GELAK KETAWA, tak kecil hati ke? memang tipulah kalau tak..


then sekali lagi, kalau kita berdua dgn dia maybe dekat satu tempat macam main komputer sama2 ke? , dia kalau boleh nak focus je kat pc tu, apa yg kita soal.. dia jwb? mcm taditu.. HANYA SEPATAH.. sikit pon x nak kongsi cerita sikit pon apa yg dia tgok..




lgpon dengan DIA tu dah lama berkawan tapi hasilnya bertambah pelik, banyak sgt watak yg dia main kat kita, kalau dekat sana lain, dekat situ lain pulak? Kalau aku memang pening.. aku tak paham, Kenapa DIA tu x nk berterus terang sahaja? Macam mana kita nak tahu kesalahan kita kalau x nak bgtau? Kenapa DIA tu x tak bgtau apa yg dia tak puas hati sebenarnya? 



Sebenarnya kalau sekali-sekala, boleh la.. x kisah sgt, tp kerap sgt berlaku, kita sendiri seolah-olah kena jaga batas pergaulan yg sikit pon x tersenarai dalam Islam sebab TAKUT kalau tindakan kita salah.. Kalau benda ni dibiarkan melarat, mksud aku dia still wat perangai dia, pada satu masa kalau masalah ni nak dibicangkan berdua, kalau aku, aku mmg betul2 takut nak lpskan BATAS PERGAULAN yg dia sendiri terbuat kita mencipta benda BODOH ni w'pun dia dah bertrus-terang..


Kalau dia berubah betul2 dan x kembali diri dia yg dulu, mcm dah senang dengan kita, maybe benda bodoh tu x dipikirkan lagi sikit demi sedikit, rasanya kalau aku cakap dia berubah sekejap je then kembali balik pada dia dulu, rasanya benda bodoh boleh lepaskan ke atau tak?


Macam aku, serious aku x boleh nk lepaskan, w'pun aku x mampu nak pegang, tapi benda ni terpaksa, aku x nak buat kesalahan sama mcm kawan-kawan baik aku yg dulu.. aku mmg terpaksa, hanya ALLAH saja yg faham.. tapi sejak aku terikut sgt batas pergaulan ni.. dia pon pikir yg aku dah ok dgn dia, dan dah tak ada masalah langsung tapi tak! Aku tak pernah rasa ok! W'pun sesaat memang x de langsung,


Cuma ubat yg mampu merawat utk hilang sekejap je adalah SOLAT, mmg betul2 tenang.. mmg x de rasa masalah langsung.. tp sekejap je merasa.. Kenapalah nabi x trima 50 waktu solat? ya allah, aku x nak pikir langsung masalah ni! memang sakit kepala.. tapi aku tak nak lepaskan dia, sebab dia salah seorang insan yang boleh buat aku khusyuk dalam solat.. salah seorang insan yg aku sedar yg aku ni hamba yg lemah , hamba yg sgt lemah dan sentiasa leka dengan duniawi... tp kalau masalah ni bergelut bersama aku x tau nk buat apa.. lemah sgt.. 


Aku seolah-olah berperang dengan psychology aku sendiri, kalau mampu bertahan, alhamdulillah.. kalau tak, tak tahu la.. aku x nak sia-siakan nikmat kawan ni.. sbb kan dia aku banyak berubah.. aku x salahkan dia langsung pun sebab salah aku terbawak-bawak dgn masalah ni, memang bukan salah dia, aku faham dia memang sibuk, dan memang semua ni salah aku, memang salah aku.. aku redha diri aku siapa, aku x kisah, kalau aku sentiasa luahkan, insyaallah aku mampu bertahan.. lgpon ni mesti adalah balasan dari ALLAH atas segala dosa2 aku buat kat orang lain.. aku kena terima.. apa yang dia dah buat kat aku yg membuat aku kecil hati atau rasa x tahan nak kawan dengan dia, aku x kisah, ni memang salah satu balasan dari Allah..dia memang x berdosa apa2.. 


Kalau kau ada baca, tolong jangan sesekali rasa serba salah or marah, aku minta kau jangan lupakan aku dan banyakkan lah doakan aku.. tu je aku mintak.. minta maaf kalau orang lain baca dan diorang mngumpat kau atau nak wat fitnah.. harap2 tak.. amin..

Bestnya cuti ni! :)

on9 @ rumah luqman :)
 
Hihi.. saja je nk promote diri kat mana.. ;P

Pergh.. masa2 mcm ni aku ingatkan aku buntu tak tau nak wat apa.. tp thanks kpd smua kawan2 n my families.. masa lapang aku banyak dipenuhi dengan aktiviti2 menarik dan banyak pengalaman baru aku dapat.. banyak sangat nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana.. buat masa sekarang ni, nanti la dahulu.. yela, ni pun laptop cousin dia, syafiq.. tak boleh nak berjam-jam main.. hehe..

Lepas ni nak buat apa ya? Balik kampung! Haha.. rindu kat Maktok yg tinggal kat Cheras.. seminggu rasanya tidur kat situ.. rasanyalah.. time tu la boleh on9 lame2! YAHOO!!

Oklah.. tu la cerita utk pagi ni.. nanti aku update blog ni .. insyaallah :)