Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru!

Assalamualaikum, selamat tahun baru! haha.. seronok celeberate thn baru? seronok2 gak.. tp lepas aku baca status ni, aku baru sedar, apa gunanya sambut dgn makan barbecue la.. pergi konsert kat KL, or tengok bunga api sahaja?  Seriously, kalau nak katakan memang tak salah pun, kowt? 

Yang konsert tu ada salah la jugak..sebab maksiat kan? tapi benda nak di HIGHLIGHT la.. x kan tu je? maksud aku bukan kena lagi meriah, XD tapi, x kan tak nak sedar yang kita seinchi lagi nak dekat kematian kita, atau lagi dasyat KIAMAT.. Kenapa perlu sambut detik2 nak dekat kematian kita?  Ya, seriously tak salah kalau nak sambut, sebab nak happykan? nak berseronok bersama family, bersama kawan lama, agar hubungan kita dengan mereka akan lebih tererat..memang tak salah, TUHAN pun suka yang kita teguhkan lagi hubungan, supaya tidak terputus..


Tapi SENTIASA remind ourself that, our death is near, jangan hanya nak enjoy sahaja, tak lama lagi kita nak mati, dah cukup sangat ke pahala kita? dah boleh pas masuk syurga ke? So, tanam la azam baru, nak buat something yang lebih baru, yang lebih elok, dan perubahan yang lebih baik, anjakan paradigma, hehe.. suka dowh ayat ni ;P supaya esok lusa, tak la rasa menyesal.. 


maksud ESOK, LUSA tu.. mana la tahu, masa tu korang kena timpa BALA dari ALLAH ke? alaa.. macam dalam drama melayu.. mesti ada kena accident kereta la.. Penyakit2 la.. bernanah kat muka, kat seluruh badan tambahan dengan ulat2 lagi.. >.< x pon yang tak boleh nak mati, mati, masa tengah nazak? PERGH.. terseksa kowt.. seronok ke time tu nak rasa menyesal? Ya Allah, entahlah nak kata apa lagi.. 


Ok, tu je nak cerita petang ni.. ingat nak cerita pengalaman aku pergi Perak cuti ni.. tercerita benda lain lak.. hehe.. :) tak pe la, lepas ni cerita kat Perak lak.. nanti azan asar nak berkumandang, jangan lewat2 kan yer? 


Rasa nak solat kat Masjid, tapi, entah la.. bukan malas, cuma ada something ada rasa diganggu, SYAITAN kowt.. Astagfirullah.. takut gak sebenarnya.. lagipun aku duduk sorang2 kat rumah sekarang ni.. solat je la kat rumah.. bukan ada bunyi bising pon.. tak ada rasa terganggu :) Next time la ya.. Insyaaallah.. 

Friday, December 30, 2011

Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 2)

Ok.. sambung balik.. sampai tu je la.. aku rasa last time aku rapat dengan luqman.. memang time tu aku tak kesah sgt pon.. jumpa kawan baru, buang kawan lama.. tu la aku.. sejak aku start lepak kat dorm third intake, aku BETUL, BETUL, buang kawan lama.. budak dorm aku dah start pulau aku sebab suka tidur dorm c6.. dorm third intake.. ya allah.. ingat lagi diorang kunci pintu dorm aku, dorm c3, sebab x nak kasi aku masuk.. x tau la kenapa, then lama2 tu dah oklah.. x ingt la macam mana.. tp aku dah tak lepak sangat kat c6, just kadang2 je..

Then, just teruskan je sampai akhir f4, memang dah lupa langsung luqman.. jumpa kadang2 kat bilik prep, kat kawasan sekolah, kat surau, tu je la.. yang aku tau luqman jadi naib pengurusi surau, dan amin pengurusinya pada akhir tahun f4.. aku cuma ajk surau je..

Lepas lembaran baru tahun 2011, yeah! dah jadi senior! -__-" huh.. apalah best jadi senior.. lagi ramai pelajar kat sekolah ni, wat sakit kepala je.. aku lagi suka masa junior x de lagi.. Dewan Makan luas je.. time tu nak jalan senang tak de tersekat langsung sebab x ramai orang..haha.. tu pada awalnya la.. ckp je lebih.. hihi.. masa f5, jr. jugaklah paling kau rapat.. XD

Tapi masuk sahaja dunia baru, aku rasa, aku memang seorang yang tamak, tak kenang budi, kuat mengumpat, selalu ckp kesat, apa lagi? panjang lagi ni.. oh! yg satu lagi x nak cerita.. memang betul, betul, betul berDOSA..walaupun aku AJK SURAU dan tambahan pula, Amin naikkan pangkat aku jadi SIAK...

you get what i meant right, luqman, amin, faiez and naeem? korang je tau benda ni..

tu la aku.. walaupun aku rajin belajar (ceh!) kat sekolah je la.. kat rumah x.. MALAS.. tapi apa gunanya kalau tak ingat tuhan? astaghfirullahala'zim..memang tu la aku.. nk cerita family? derhaka? x payah la.. perkataan derhaka pun dah fahamkan? .. tapi yang benarnya.. tuhan memang x lupakan umatNYA.. disinilah bermulanya perubahan hidup..

16 Sept 2011, bermulanya pendedahan kehidupan baru aku, ingat tak luqman? buat pertama kalinya insan yang dipanggil sahabat baik tidur di rumah aku.. memang belum pernah lagi ada kawan aku tidur di rumah aku.. ni la first time.. sebenarnya x terlintas pun dia nak tidur rumah aku,

macam mana nak cerita ya? flashback! :)

Masa tu dekat bilik prep kat sekolah, aku just singgah je tempat luqman belajar, x tau la.. x ingat sangat, sama ada terlintas dalam hati ke.. atau nak kasi barang.. then kita orang ada terbual tentang cikgu rooslina, guru seni dia, terlintas lak dalam fikiran aku nak tanya tempat tinggal cikgu tu, kebetulan! rumah cikgu tu x sangka dekat sangat dengan rumah aku..dulu dia ada cakap, masa tahun lepas, yg cikgu tu ngajar kat sekolah dekat kawasan rumah aku, kenapalah nak tunggu setahun, fikiran tu baru nak terlintas? hhmmm..

 ok, so, luqman ada cakap yang dia nak pergi rumah cikgu tu nak jawab kertas peperiksaan percubaan SPM, P.seni.. so, aku ajak la luqman dtg rumah aq sekali, lgpon time tu hari raya belum habis lagi.. apa salahnya kan?

Jadi, bermulalah 16 Sept 2011, titik mulanya sejarah persahabatan yang lebih erat, aku dah mula risau yang dia masih x dtg lagi igtkan dia pergi rumah cikgu tu..rupanya tak, tgok2 lps isyak baru sampai .. hhhmm.. so, nasib baik, laksa johor dan nasi goreng yang paling top! yang dimasak oleh ibuku.. x abes lagi.. nasib baik!

Ok, jam pun dah pukul 9 lebih.. dia ckp nak balik.. hah? balik? Stay la luqman.. lepak2 jap dalam bilik aku.. sekejap sangat kau datang, lepas tu nak balik.. x sampai 1 jam.. So, aku yang jahat sangat, sembang2 kosong dengan kau.. supaya kau leka jap.. kau pun orang warak kan? pakai kopiah sana, sini, jadi aku tau kau suka buku2 agama lama aku kat sekolah menengah agama aku dulu.. so, aku tunjuk la buku2 tu.. then bercerita pasal ehem, ehem tu.. dan cerita ehem, ehem aku pulak, tik tok, tik tok.. pukul 10.45! YES! Kau ckp kat sekolah yang LRT tutup pukul 11 kan?.. hihi.. Sori bebanyak ;P

17 Sept 2011, pagi2 lagi kita orang pergi jogging, gambar2 yg ada ni la..  dan tu jugaklah first time tempat aku jogging kawasan perumahan cikgu tu.. n rumah orang kaya tu sekali..then habis je jogging, kita pergi buat lawatan sekitar BBS.. dengan peluh2 nya, bau-bauan yang harum tu.. boleh lagi pergi rumah cikgu tu lps tu!.. just nak jawab paper! hahaha.. x tau la sama ada cikgu tu tahan ke tak.. XD

Lebih kurang pukul 11.00 pg, kita balik rumah aku, time tu jugak la baru nak breakfast.. haha.. then lepak2 jap kat ruang tamu, tgk DVD Harry Potter, x silap aku la.. lepas tu family aku  ajak pergi 1 restoran ni kat sekitar kl, nak makan kari kepala ikan.. hhhmm.. tapi.. tak bukak la restoran tu.. sedih, sedih.. So, pergi la, kat kawasan Sogo tu.. cari tempat makan.. aku time tu dah lapar gila! Kau pulak, mcm mane?

Tempat mana ya kita makan? Oh! A&W! Baru teringat.. ingat lagi tak ada orang mintak derma? then dia kasi 1 kertas kecik laminated dengan doa? ingat x? dah hilang rasanya.. hahaha.. then kau cakap kau nak balik rumah atuk kau kan?.. ada majlis apa ya time tu? x ingat lak.. ya allah,time tu punya la ramai orang.. aku pun dah rimas sebenarnya.. Then, dah lama2 tu.. aku pun balik kampung kat cheras ni.. time tu x rasa pape lagi.. tapi sampai je kat rumah..relaks2 kan badan, then, aku masuk je bilik aku...Ooo.. luqman x de rupanya.. itulah first time rasa rindu, dan sedih kat kawan baik.. tiba2 je ada.. aku x de mood nk keluar bilik, so aku terus masuk tidur, dan sekarang ini baru aku sedar yang aku tgh rasa benda sama sekarang ni..

aku cuma nak ucap terima kasih, kerana kau la dah banyak ubah hidup aku..anjakan paradigma.. terima kasih kerana bagi pengalaman yang manis ni, terima kasih kerana kerana jadi kawan baik aku.. thanks for everything.. aku memang terhutang budi dekat kau, kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi.. insyaallah..



Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 1)

Ada part pula ya? pelik nya.. -__-"
Sempena Luqman nak pergi PLKN, nak kongsi sikit cerita, How I met him and how we become best friend.. 
Luqman ingat tak awal f4 dulu? masa kau baru masuk? haha.. kau kena pulau en dgn budak dorm sendiri.. kelakar, kelakar.. lebih kurang beberapa hari lepas tu, kau datang dorm aku bersama Zaki, time tu aku x de la kesah sgt, aku ingatkan kau geng diorang, tak nak la aku layan.. 

tu la yang aku fikir.. tapi pada malam tu, rakan2 dorm aku ajak tidur kat lantai dengan letak semua tilam kita orang kat bawah dalam satu barisan, dorm aku kecik, nak buat macam mana :) 

Allah.. kenapa la aku dapat hujung sekali, hhmmm.. biarlah.. then, kau pulak x de tempat nak tidur.. nak tidur dorm sendiri, kena pulau, nak tidur dorm aku x de tilam dah.. So, kesian la tengok kau x de tmpat nak tidur, member2 dorm aku ajak tidur sama2 kat bawah, ingatkan kau nak tidur sebelah kanan aku, yang paling hujung sekali, kau pergi la menyempit kat kiri aku, hhmm.. tidur lantai la maknanya.. MEMANG BETUL PON! hahaha..

Masa kau dah turun tu, dorm aku sumpah bising gila! bercerita je memanjang, nak tidur pun x boleh.. rugi lak turunkan tilam tidur sama2 dgn diorang.. haha..So x dpt nk tidur, aku bukak la cerita dgn kau.. first2 x de la rasa nk cerita rahsia ke apa ke.. tiba2 dah khusyuk sgt bersembang, kau pun open cerita ehem, ehem, tu XD

Time tu, barulah aku tahu pasal hidup kau yang pelik.. (haha..sori, sori..) ;P sebab tak pernah lagi aku dengar ada budak f4 sebaya aku ada cerita macam tu... disitu la aku start kenal kau.. dan selepas tu, aku rajin gak la dtg dorm kau, lepak2 sekejap dengar lagi cerita ehem, ehem tu.. XD 

PROGRAM AYUH JADI CEMERLANG!!


Ingat lagi program ni? x kan dah lupa kowt..yang buat orang nangis2 tu.. haha.. yang pakai baju kurung merah tu.. ingat lagi? Fe-C kita Kak Nur Asyikin, dan nama kumpulan ni group 13-teen.. memang best gila program ni bersama kakak ni.. 

Aktiviti isi air dalam botol, jgn bagi tumpah! ye la tu.. memang hasil dapat sikit je.. teamwork konon, hahaha..








Ni la hasil dia! haha..

Aktiviti ini ingat lagi x? kena teka apa entah? x silap aku kena bgtau, then kau yang lukis.. ye kowt? x pasti.. yg pasti pendeknya kau! haha.. cepat betul kau nak hampir sama tinggi dengan aku.. terkejut gak aku tengok gambar ni.. haha.. sori sekali lagi.. ;P asal aku muncung bibir aku? haha.. maybe kakak tu ambik gambar kowt? hahaha.. kelakar, kelakar..




Then, yang ni ingat lagi? kena potong kertas, tapi x boleh terputus, supaya semua orang dalam team muat masuk dalam potongan bulatan kertas tu.. aku dah pelik dah, boleh ke?dah la sehelai A4, macam x betul je..


tapi dah buat, tak sangke boleh.. hahaha.. kau bajet posing konon.. eh, aku peace lagi smart la! XD


yang ni aku x pasti, aku pon x igt sangat aktiviti apa ni, letak je la..  :)

Yang sedihnya, habis program ni, kena berpisah dengan kakak pada malam tu, lepas slot yg diorang nak buat nangis2 tu.. kena tutup mata la.. aku tertidur kowt? ngantuk.. hahaha.. then, semua f4 yang ada time tu.. buat bulatan dekat ruai, dan bersalam-salaman, tu je aku ingat.. 


yang other part yang aku ingat, yang aku rasa bersalah sangat, lepas program ni, aku dah stop datang dorm kau.. entah.. aku x pasti kenapa? lps third intake baru masuk..aku terus start lepak kat dorm diorang, tu rasanya aku ingat.. 

Thursday, December 29, 2011

Rindu, kecewa, sedih..

Kenapa ni? Aku tak tau .. Asal ada perasaan macam ni? Sensitif betul aku ni.. aku pening kepala nak fikir.. tadi kau ok je.. asal bila tengah on9 mesti rasa pelik.. kenapa dowh kau ni.. kat blog je la, kau luahkan.. kat blog je la, kau mampu cakap apa kau suka, makan x selera, n selebih nya, ayat pelik2 tu.. rasa gak kowt.. nak mengadu, mesti face to face, tapi tak tau siapa, Sabar je la.. 


Sabar? Sabar? Mampu ke bertahan? waallahualam..


Rasanya, dengan Allah, tempat aku boleh mengadu.. dengan Allah aku mampu bercerita apa yang pedih yang terasa sekarang ni, nak nangis? nangis je puas2! tak de siapa nak tengok pun.. Aku nak bertahan? berapa lama tu? bila agaknya boleh terhenti? Macam mana tiba2 aku akan terbuat kerja gila? ya allah, tolong la jgn terjadi.. memang rasa risau pon ada sekarang ni.. memang betul2 aku menagih fikiran yg tenang, x nak sakit kepala, tapi dengan kudrat jiwa yang kau ada, mampu ke bertahan? boleh ke bertahan!


Mintak simpati ke sekarang ni? tak! tolong r.. buat apa aku nak mintak? mengharap orang lain yang x beberapa kenal or rapat, tolong kita?diorang faham ke? perlu ke mintak orang macam tu? ya allah, serabutnya..


Rasanya sampai sini sahaja nak bercerita, or senang cakap nak luah perasaan.. azan asar sudah berkumandang, jgn lambat2 solat, setiap saat kalau dilambatkan, makruh ke dapat dosa? tak pasti.. yang pastinya x elok kalau dilambatkan.. kan bagus dia baca..

Diari Sufi


Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.

“Aku akan mencipta gunung-ganang,” Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?”

“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat selain air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa padaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] 

by Siti Munazakiah

Lepas baca benda ni, x sangka rupanya doa lebih kuat dari segalanya, kalau kita mohon, insyaallah dimakbulkan, kalau ada usaha dan banyak bertawakkal kepada NYA untuk mendapat hasil yang kita mahukan.. Allah akan mendengar dan sekelip mata permintaan hambaNYA dimakbulkan, insyaallah.. Sesungguhnya, janji2 Allah akan DIA tunaikan.. 

Kenapa kita perlu berdoa? Dalam kandungan buku ni, banyak menerangi kenapa doa tu penting.. 
So? Belilah! haha.. gurau2 je.. kalau ada masa nanti update..

Again, aku jugak la jadi promoter yg tidak dibayar, haha.. X kesah la, bukan rugi pon, kalau ikhlas dapat pahala, kalau nak bongkak, x dapat apa2.. dapat dosa ada la... rugi, rugi, tu je la nak cerita sekarang ni.. memang bagus la buku ni, 
seriously.. :)

Wednesday, December 28, 2011

Pagi Rabu :)

Assalamualaikum..


Aku kat Cheras sekarang nie.. x tau nak wat pe.. rasa bosan sgt2..


Wat pe kat Cheras? Jauhnya Cheras dari Selayang? (siapalah nak tau..) XD Ni la kampung aku.. tak main la kampung jauh2 ni.. ni dunia moden la.. wat pe la nak jauh2 ;P


Pagi2 lagi dah rasa pening, kawan ajak kerja tapi hati x nak, MALAS.. dan ada kawan lain ajak main bowling besok kat Selayang Mall, nak pergi ke x nak ya? Eeemm.. pergi je la.. besok pagi lagi aku balik Selayang, alaa.. cutikan lama.. syukur alhamdulillah tak dapat PLKN tu.. abes memang tersekat semua plan untuk cuti ni..


Dan hati ada rasa rindu gak.. sedih pon ada..rasa makan tak selera, mandi tak basah, tidur tak lena XD tapi tak nak cerita la.. pelik je rasa nak cerita.. bila masalah datang kat kita, apa patut kita buat ya? selesaikan atau biarkan? kalau selesaikan, hati rasa tenang w'pun masa nak selesaikan tu ada rasa perit sikit..


tapi kalau biarkan? hhmm.. yes.. maybe tenang untuk diri kita je la.. tapi orang lain tu.. apa dia rasa ya? marah? boleh jugak.. rasanyalah.. even cikgu aku mesti marah kalau x siapkan keje sekolah sebab BIARKAN kerja sekolah tu dalam beg, tak sentuh2... standard la tu.. cikgu siapa x marah kalau x siap keje sekolah, kan marah tu tanda SAYANG, XD kalau tak marah tu?


rasa tu kowt nak cerita pagi ni.. just nak luang masa, typing, bagus jugak untuk mental.. tapi sekejap je la, kadang2 kena selesaikan jugak kalau nak tenang tu.. insyaallah boleh.. :)

Tuesday, December 27, 2011

Andai itu takdirnya..

YES! akhirnya! habis gak aku baca novel ni! 


Pergh.. lama gak aku baca novel ni.. igtkan nak habis 3 hari je.. rasanya berapa lama ye aku baca?


Bapaklah! 2 minggu kowt! lama betul tu.. ye la nak buat macam mana.. mmg serious busy pergi sana la, situ la.. x de masa nak baca sangat.. hhhhmmm... tapi seriously novel kali ni aku baca, sedih yg teramat! Setiap bab dalam novel ni mmg rasa sebak nak nangis.. hehe.. maybe aku je kot yg sensitif.. x tau la.. XD


dulu, dalam novel biarlah ia pergi aku memang tabik betul watak alissa n kali ni lak aleeya! (mesti ada orang terasa..) hihi...

Perempuan ni, masyaallah, hati dia sangat kental w'pun difitnah, dianiaaya, dan dicemuh oleh orang sekeliling dia even suami dan keluarga menantu pun sama sekali! dia masih kuat dgn pertolongan sahabat baik dia umairah, kalau umairah x de disisi dia, x tau la apa jd kat dia.. umairah selalu bagi sokongan pada dia untuk kuatkan diri dia tanpa rasa sikit nak putus asa, 


tp umairah hanyalah penyokong, dan realitinya, aleeya, w'pun seteruk mana derita dia alami, dia mampu bertahan.. dan the best part, dia sanggup kasi peluang ketiga pada suami dia! w'pun seteruk mana suami dia pada dia, dia bagi jugak peluang tu utk dia bertaubat..


benda aleeya x suka adalah minta simpati kat orang lain.. dia lebih suka berusaha sendiri, mencari duit sendiri w'pun dia ada suami yg kaya..cuma umairah dan suaminya ikram yg banyak menolong dia sbb berasa simpati dekat aleeya, aleeya xmintak pon, tapi sebab umairah merasa kehidupan aleeya sudah sebati dalam kehidupan dia, umairah sanggup berkorban apa sahaja utk melihat kawan dia bahagia.. 


ya allah, masa part ni la yang aku rasa terharu sangat tindakan umairah sbg sahabat baik..dah la time tu aku baca sorang2 sambil baring kat katil berselimut kesejukkan, ye la waktu subuh la kan..dgn nyaman wktu pagi lg tu, pergh.. mmg feeling betul baca novel tu, haha..  aku rasa la kan aku dah alami tapi cuma tak sedar je.. alhamdulillah kalau ada.. 


Macam2 suami dia dah buat.. seorang yg bongkak, mentang2 la anak orang kaya.. igt smua ke boleh dapat? tolong la.. bongkak ni kan x bawak ke mana2.. sape la kita nk bangga2 kan diri.. bukankah Allah yg mencipta kita? DIA lah yg menurunkan nikmat pada kita.. nikmat tu.. jgn la fikir nikmat tu dalam aspek makanan dan minuman sahaja.. nikmat tu amat LUAS! mcm bumi ni DIA yg cipta, segala tubuh badan kita, DIA yang cipta, ok, kalau DIA yang mencipta tubuh badan kita, layak ke kita nk bangga2 yg kita ni kaya ? ye la betul jugak, sbb tu usaha kita.. tapi kalau Allah tarik nikmat kesihatan dari kita.. mampu lagi kita nk teruskan kekayaan tu.. mampu lagi kita nk usahakan? mampu ke? 


So, based yg aku dgr ceramah ustaz kat surau malam semalam, yg layak untuk ada perasaan bongkak hanya 1 sahaja.. Siapa rasanya? ALLAH.. tuhan kita.. memang x de lain la.. manusia mmg x layak sikit pon nk ada perasaan bongkak.. macam ustaz tu cakap, ibadah kita tidak diterima w'pun ada sekecil bijih sawi? (x tau la besar mana bijih sawi tu) ;P perasaan bongkak tu, mmg x diterima.. jd kene byk berusaha la.. kalau ada usaha dan doa serta tawakkal.. insyaallah..ibadah itu diterima..yakin, iman perlu mantap..


OK.. back to the topic.. mcm suami dia plak, si aizril ni, ya memang dia mmg bongkak.. tapi manusia boleh berubah kan? pada part ni la.. byk betul watak dia, kadang2 dia elok, kadang2 tak.. sampai isteri dia aleeya dah kasi peluang kat dia sampai tiga kali! Macam2 dia dah buat kat aleeya, mmg pedih.. mmg sayu sungguh apa yang telah terjadi pada aleeya.. nk tau cerita dia? bacalah! 


ceh.. promoter ni.. biarlah x dpt duit pon.. mmg kena baca novel ni.. best gila! kalau sedih, sedih sangat.. kalau part happy2 tu.. rasa terharu betul la!


tu jela nak diceritakan.. yg bnda baik dijadikan iktibar, yg benda buruk dibuangkan..


hihi.. tazkirah2 :)