Sunday, December 18, 2011

Kelebihan azan..


For display only :)


Masyaallah, memang betul la sebuah hadis yang mengatakan bahawa azan merupakan pelengkap bagi solat kita..

Benda ni terjadi sewaktu family aku nk pulang ke rumah dari kampung.. tergerak hati aku nk solat isyak, sebab aku tau kat rumah nanti mesti lewat malam terhegeh-hegeh baru nk solat ..

haish.. teruk, teruk ;P

So, tunggu la azan isyak berkumandang, time tu aku rasa kat kampung aku tu kalau nak dgr seruan ilahi tu mesti kurang jelas kat luar, then tv je la jwpnnya.. time tu adik aku lak tgok spiderman kat HBO.. hhhmm..

Time tu pulak aku memang tnggu2 sgt nak solat isyak.. entahlah..

masa diorang tgh tengok spideman, aku terus mencelah bukak astro oasis, nk pasti dah azan ke belum.. so what? apa aku kesah bkan bnde jahat pon aku buat.. betul tak?

w'pun seruan tu hanya dalam tv.. time tu, tiba2 aku memang nk focus habis kat azan tu, tak tahu knape? Maybe mawi yang azan atau ni mungkin klau nk difikirkan balik, salah satu petunjuk yg allah berikan? Wallahualam..

Then, the thing that surprised me that I'm able to focus on my prayer! Aku rasa sangat, sangat, sangat tenang dalam menunaikan solat isyak.. Aku tak henti2 rasa bersyukur sgt masa tgh solat tu.. ada la sikit tak boleh nk khusyuk time tu.. tapi ya allah! memang rasa sgt tenang! seolah-olah x de masalah langsung kat dunia ni.. syukur alhamdulillah... :)

then, habis je solat, aku rasa.. ya allah seronoknya.. kdg2 nk..entahlah.. tapi ya allah seronok sgt2.. terlintas fikiran aku mengenai hadis yang menerangkan pasal azan, aku x ingat hadis tu, cuba la tgok kat tv3.. x silap aku klau nk start azan, tv3 msti keluarkan hadis tapi azan x de la.. hhhmm..

pada masa tu jugak aku nk aje luahkan benda ni dgn best friend aku yang telah banyak mengubah hidupku, w'pun dia x nampak.. tapi bila aje aku tgok wajah dia apabila dalam keadaan dia yang kemas memakai baju melayu atau something yg kemas la! serta kadang2 dgn kopiah.. masyaallah.. sucinya insan ni.. lebih2 lagi dia pakai jubah berwarna putih, masyaallah.. memang nawaitu nak jadi mcm dia msti ada la! aku rasa terhutang budi sgt dgn dia sampai sekarang xde sikit pon rasa nak hilangkan.. kalau dia xde, aku x pasti aku mampu harungi dunia ni.. kdg2 takut aku kembali kehidupan lama aku yang sumpah teruk! Allah sje yg tahu dari awal sampai akhir..

tu je la nk diceritakan untuk hari ni.. memang satu pengalaman yang cukup manis bagi aku.. mmg ni la salah satu kelebihan azan kalau nak difikirkan balik.. alhamdulillah :)

owh! for the last.. ya allah, novel kali ni aku baca sgt2 sedih.. tersentuh jugak hati ni nak nangis ;P

hahaha.. jiwang ya .. tu la kesan baca novel feeling sangat.. :)