Tuesday, August 11, 2015

Masalah masalah masalah... Problemsss ses..sessssss sess,,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sebab sekarang ni aku banyak kongsi masalah aku yang besar kepada pihak lain. Pihak ni aku boleh katakan yang aku percaya pada mereka bila aku kongsi masalah aku. Selain tu, aku cuba jadi diriku dengan mereka, kata apa yang aku tak boleh kata dengan orang lain.

Orang kata, masalah sendiri kenalah selesaikan sendiri. Aku setuju dengan perkara tu. Tapi, masalahnya macam mana selesaikan? Dari dulu sampai sekarang, walaupun aku kongsi masalah aku tu dengan pihak lain , aku tak pasti itu jalan yang betul atau salah, Aku baru sahaja kenal mereka, dan mereka bukan berdekatan malah jauh dari padangan. Mereka boleh dikatakan sahabat aku, tapi sebahagian daripada diriku cakap, aku tak boleh percaya mereka mampu menyelesaikan masalah aku tu. 

Sebaliknya, disebabkan pihak lain itu ada yang masalah yang sama, aku lebih selesa dengan mereka kerana aku menyalurkan penyelesaian aku itu melalui mereka. Aku cuba lebih "open" dengan mereka supaya sedikit demi sedikit dapat ringankan beban masalah ni, Bukan kami tidak ada pengawasan, kami sebenarnya ada. Mereka ni juga main peranan besar kalau sekiranya aku mahu nasihat. Pada masa yang sama, sedikit demi sedikit dapat selesaikan. Kami bersosial, belajar dari kesilapan, mendidik diri dengan ilmu agama dan berazam mahu bantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama suatu hari nanti. Sangat membantu.

Munkin kadangkala, bila ada masalah dalaman yang timbul dalam kumpulan ini, tidak bermakna kita akan berpecah. Bukan semua boleh diceritakan. Tapi, kalau itu timbul pada diri aku, aku mengharap doa daripada mereka. Aku berharap mereka akan cuba doakan masalah dalaman tersebut dapat diselesaian. Diam tidak bermakna orang itu tidak buat apa-apa. Aku yakin, mereka akan doa kebaikan aku dan antara mereka semua. Sekiranya masalah serius ni tiada lagi yang mampu ditolong sesiapa, kepada Allah kita kembali. Bukan mudah nak terlintas kalau kita bermasalah. Sekiranya Allah di ingatan kita, penyelesaian akan bermula dari situ. Usaha kedua dan berpisah bukan penyelesaian.