Tuesday, January 24, 2012

Saidina Saad Bin Abi Waqas

Alhamdulillah, balik sahaja dari masjid awal pagi tadi, perasaan rindu telah diluahkan dan dibalas pula dengan nikmat ilmu sirah Saad Bin Abi Waqas yang telah disampaikan oleh ustaz Nazri. Bukan semua aku dengar, tapi setelah menyelak beberapa helaian daripada internet, aku dapat mengenali sedikit sebanyak Sahabat Rasulullah S.AW ini dan sememangnya menusuk hati ini untuk merasakan kagum, pilu serta sedih mengenang kisah sahabat ini.

Mengenangkan kisah adiknya Umair bin Abi Waqas. Seorang pemuda yang menginginkan dirinya diterima sebagai tentera Islam dalam peperangan Badar walaupun tidak mencapai lagi usianya dan masil kecil lagi.Rasa risaunya kepada Rasulullah S.A.W, Sahabat ini sanggup menyorok dalam baju abangnya, Saad bin Abi Waqas demi untuk memperjuang agama Islam. Namun, Baginda sedar dan menegahnya untuk menyertai peperangan ini.Beliau lalu menangis akibat rasa kecewa. Perihal tersebut membuat Baginda mengubah fikirannya kepada pemuda ini. Walaupun pedangnya yang besar membuatkan abangnya terpaksa mengikat beberapa simpulan dipingangnya, tidak menghalang pemuda ini untuk gentar dengan tentera-tentera kafir Quraisy. Aspirasi Umair Bin Abi Waqas tercapai jua akhirnya untuk gugur syahid menentang musuh-musuh Islam.

Kisah Saad Bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud pula, Beliau merupakan penyelamat Baginda setelah Baginda jatuh daripada kudanya akibat daripada serangan musuh. Pada awalnya, tentera kafir Quraisy menyangkakan Rasulullah telah wafat dibunuh oleh mereka, dan ramai pejuang Islam telah meninggal posisinya. Namun, beliau sanggup melindungi nabi Muhammad S.A.W dengan memanah sebanyak yang mungkin pada musuh-musuhnya tambahan dengan bekalan sokongan daripada Baginda. Setiap panahan sememangnya tepat bersesuaianlah dengan statusnya sebagai pemanah terbaik Islam dalam pasukannya.    

Saad bin Abi Waqas wasiat kepada anaknya untuk mengkafankan dirinya dengan jubah yang dipakai olehnya dalam peperangan Badar. Pekara ini memang dibenarkan dalam Islam, seperti kita juga boleh melakukan sedemikian melambangkan ibadah yang pernah dilakukan oleh diri kita sendiri, yang membuat diri kita rasa sangat kagum dengan diri sendiri dapat melaksanakan ibadah itu kerana Allah S.W.T.

Kalau nak cakap pasal warna, tak tahu sangat, lagipun apa yang aku dengar, semuanya berkaitan dengan putih. 

Saidatina Fatimah Az Zahra, sirah hidupnya lebih kepada dugaan membuat sesiapa sahaja menitis air mata sekiranya menghayati kisah hidupnya dari awal sehingga akhirnya, seorang yang tabah dan berani menempuh segala cabaran yang tidak pernah terputus dalam hidupnya. Sejujurnya, aku menangis membaca artikel kisah hidupnya, lebih-lebih lagi kisah bagamaina beliau menutup mata buat kali terakhir. Bagaimana wanita yang suci ini meninggal dunia sinonim dengan Saad Bin Abi Waqas menghembus nafasnya yang terakhir iaitu memberi wasiat bagaimana diri mereka sesudah meninggal dunia.

Lepas baca helaian-helain yang ada, kalau nak dibandingkan dengan masalah aku, sangat, sangat kecil. Kalau masalah aku sendiri susah nak selesaikan, apatah mereka Saidina Saad bin Abi Waqas dan Saiditina Fatimah Az Zaharah yang melalui dugaan hidup mampu pula. Memang betul aku lebih lemah daripada mereka dan aku mampu panjatkan doa agar ujian Allah ini mampu aku tanggung. Insyaallah..

Link artikel-artikel yang menjadi kajian: