Wednesday, January 4, 2012

Diskriminasi atau penghormatan?

PADA ERA GLOBALISASI INI, KEBANYAKKAN KAUM WANITA MULA MENGANGGAP  BAHAWA LELAKI SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH SATU DISKRIMINASI.
^___^

Assalamualaikum, hari nak cerita sikit tentang martabat wanita dalam aspek sosial macam kedudukan dalam pekerjaan, dalam kepimpinan, dan terutama sekali dalam rumah tangga, hihi.. serious ni, tadi aku seronok sangat dengar tazkirah kat masjid kawasan rumah aku, ustaz penyampai tu, Dr. Azhar Yaakob, khusyuk gak la dengar, best lak tu! ada la seberapa aku ingat tazkirah ustaz tu..


Ok, biasanya sebarang pangkat ketua mesti diberi oleh kaum lelaki kan? tapi kenapa? sebab dia lelaki? tu je? Secara detailnya, macam dalam perkahwinan, siapa ketua keluarga? suamikan? apa tanggungjawab suami? beri nafkah secara zahir ataupun batin, beri pendidikan kepada keluarga, apa lagi ya? x ingat la, ;P dan banyak sebenarnya, tak kira lagi tanggungjawab sebagai mukminin, paling utama, kena berdakwah, cuma pada era yang semakin mencapai kemuncak pada pengakhiran, ramai kaum lelaki mula leka akibat daripada bisikan2 syaitan yang acap kali menjadi panduan pada kaum ini untuh jatuh ke dunia kegelapan, tu la akhir zaman.. 


Ok, sambung, sambung, ;P untuk tanggungjawab isteri pulak, yang aku ingat la, mendidik anak2, dan yang paling utama mengikut perintah suami, kalau nak dibandingkan, tanggungjawab isteri memang sedikit tapi berat, tak kira lagi kerja kat office, dan secara realitinya, memang kebanyakkan perempuan mesti pegang pangkat tinggi2 kan? yang pastinya setiausaha yang paling tinggi dalam pegangan pangkat, ada jugak yang jadi boss tapi tak ramai sebenarnya.


Tak elok kalau perempuan jadi boss, tak pun senang cakap sebagai pemimpin, lelaki yang lebih layak, kecuali dalam keadaan darurat je, perempuan layak dilantik jadi pemimpin ni kalau kesemua lelaki yang ada kurang bagus, kurang dedikasi daripada perempuan tu, perempuan tu la yang gempak buat kerja, berdedikasi, dan dia lah yang mampu menaikkan nama syarikat, masa tu baru boleh, kecuali pada suatu masa kalau ada lelaki yang lebih gempak daripada perempuan tu, dia kena lepaskan jawatan, macam tu la konsep yang dipakai dalam Islam, tak ingat apa hukum dia tapi kenapa mesti ada diskriminasi?


Ok, ok, biasanya, kalau kat rumah, keluhan yang pasti dikeluarkan oleh isteri mesti mcm ni "ingat senang jaga rumah? dengan anak2 lagi, dah la penat lepas balik kerja, apa yang abang tau? abang tau balik rumah goyang kaki je.. " XD aku main cakap je, kalau betul, betul la.. 


Sebab tu la, ada diskriminasi! Sebenarnya bukan diskriminasi tapi satu penghormatan kepada isteri, walaupun isteri ada kerja bagus2, tak guna jugak kalau melepaskan tanggungjawab, walaupun sedikit tapi berat, bukan tu je, walaupun wanita yang tak berkahwin tu, ini adalah satu penghormatan untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai anak di rumah, memberi peluang pada mereka, sebab perempuan banyak buat kerja rumah kan? dan bukan diskriminasi, melainkan ada bibik, tu aku tak tau nak terang macam mana, tak salah sebenarnya nak pentingkan pekerjaan tu cuma kena berpada-pada ler..


Jadi, disebabkan dengan perkara ni, korang pun perasan kan, kat sekolah pun lebih utama lelaki menjadi ketua, sebab nak beri penghormatan pada kaum perempuan, supaya diorang ada peluang untuk belajar, memang bukan satu diskriminasi, biasanya kita dengar yg lelaki ada 9 akal, 1 nafsu, perempuan lak, 1 akal, 9 nafsu, cuma perkara yang mengecewakan, hal ni tidak langsung dititikberat oleh warga pelajar.. ramai yang tidak sedar dengan hal ini..


Wanita memang kaum yang untung, sebab kaum wanita yang mudah masuk syurga, kalau lepas 3 syarat ni je, memang confirm masuk syurga.. first, patuh pada suami, second, solat lima waktu atau benda wajib tak pernah tinggal kecuali kalau terpaksa, third, jaga maruah diri sebagai wanita, macam nak keluar rumah tu, mesti tutup aurat, jaga tutur kata, macam tu la, so, buat apalah nak penting dengan duniawi? Buat apa pentingkan kat kerja sahaja? Apa faedah kerja tu? Nanti lama2 tu pencen gak.. time tu la baru nak sedar, "apa yang aku dapat masa kerja tu? Diorang dah lupa aku ke? penat2 aku kerja, ni je aku dapat?" XD rasanya la.. ungkapan jer.. 


Yang aku dengar ustaz tu kata, sebenarnya, daripada banyak2 pekerjaan yang ada kat dunia ni, tak ada satu pun mampu mengalahkan kehebatan satu pekerjaan ni, nak tau tak apa? mendidik anak-anak, pekerjaan ni yang paling susah sebab sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa, dan banyak memberi maslahat kepada mereka berdua, kalau mereka mampu mendidik anak-anak, aspirasi untuk mereka berjaya dalam kehidupan mereka memang mudah untuk dikecapi, dan dah pandai tu mestilah dapat menjawat jawatan tinggi2,kaya la kan, masa tu la diorang akan membalas semua jasa kedua-dua ibu bapa mereka yang sememangnya susah nak dihintung dengan jari-jemari yang ada, itupun kalau ibu bapa bijak dalam membentuk sahsiah anak-anak dari awal lagi, sudah tentu mereka akan sentiasa patuh pada mereka berdua, dan tidak akan lupa jasa2 mereka, insyaallah.. susahkan tanggungjawab ni? dan benda ni akan sentiasa berputar mengikut peredaran masa, anak dah besar, dapat kerja bagus2, tolong ibu bapa, dah kahwin, didik anak-anak, dan selanjutnya..


Pasal kaum wanita mudah masuk syurga tu, ustaz tu kata, kaum wanitalah yang akan masuk syurga dahulu sebelum lelaki, mengikut pendapat ulama, siapa yang pertama memeluk Islam? Lelaki ke wanita? Wanitakan.. isteri nabi Muhammad S.A.W, Khatijah, dan ingat tak cerita Sumayyah? Wanita ni la yang pertama dalam Islam yang gugur mati syahid, So, ustaz tu kata, secara konklusinya, kaum wanita yang akan menjadi penghuni syurga sebelum lelaki, So, adakah wanita layak untuk mempersoalkan perlantikan ketua ni disandang oleh lelaki? Dah macam2 Allah janji kepada kaum ni, supaya diri mereka adalah istimewa walaupun kat dunia ni, banyak nodaan ditimpa, dia lah yang lemah, dia lah yang dipanggil pembawa fitnah, dia lah menjadi bahan maksiat, dia lah kena banyak bersabar segala liku-liku hidup, tu bukan ke satu ujian Allah? Lebih banyak ujian Allah berikan, itulah rasa cintaNYA pada kita..kan lebih bagus kalum perempuan lebih utamakan agama daripada kerja, bukan x boleh jawat jawatan tinggi2 tapi hal kerja biar stabil, kalau kerja start pukul 8, habis pukul 5.30, so, ikutlah, jangan terlalu over, sampai sanggup balik lambat, sebab nak tunjuk diorang power la, hal keluarga pun kena diutamakan jugak, even kaum lelaki pun sama kena patuh dengan perkara ni, lelaki susah tau nak masuk syurga kalau nak dibandingkan dengan perempuan..


Jadi, adakah ini diskriminasi atau penghormatan? 


Ok tu je la nak cerita, excited sebenarnya dapat dengar tadi, Rasa best gila! haha.. dan dengan penuh rasa keseronokkan pun, aku sedih sebenarnya, orang pertama yang aku nak kongsi, tak ada lagi disisi buat sementara waktu ni, ya allah, memang cepat sangat rasa rindu, tapi nak buat macam mana, ni mungkin satu ujian, aku perlu mengharungi dengan penuh tabah.. insyaallah, aku mampu..