Wednesday, August 12, 2015

Sebulan hanya sekali

Assalamualaikum..



Post kali ni, aku cuma mahu katakan aku ada rutin sendiri. Tak sangka aku ada sebab aku ni pemalas dan suka tangguh kerja haha. Tak sangka pula yang aku ada rutin sendiri.

Rutin tu adalah potong rambut dan sebenarnya waktu dulu, aku memang tak minat nak potong. Bukan apa cuma malas aje. Tapi, sejak akhir-akhir ni aku potong sebab aku rimas rambut panjang, lagi2 asyik tengok cermin. Nak buat style tu, style ni. Kesannya, aku akan buang masa aku dengan melihat cermin. Lagipun, aku dah sedar yang aku xmampu simpan sebab sememangnya rambut aku tak sesuai panjang kerana ia akan jadi kerinting haha

Aku dah la gelap. Lagi2. kalau rambut dah kerinting pastinya nampak macam negro haha. Sebab tu lah aku lebih selesa jika rambut aku pendek. Handsome pun handsome. Pastinya mesti ada orang suka aku :P

Entahlaaa.. haha. Jadi, ini lah rutin aku. Aku harap selain dapat buat sebulan sekali mampu dijadikan seminggu sekali atau sekali sehari. Bukan potong rambut! haha.. Perkara lain yang baik yang boleh dibuat setiap masa tanpa bosan atau terfikir mahu mengeluh.