Thursday, April 19, 2012

Sedih

Assalamualaikum :)

Dekat kampung cheras sekarang nie.. sekarang baru terasa nak update blog, hehe.. Dah ada dalam bilik, sorang2 tersedia dgn laptop, x kan nak diam jek..mngarut! haha

Aq juz nak kata yang aq under sesuatu perasaan sedih. Bila kau belajar nak lupakan, kau sengaja nak datangkan benda 2 balik. dah lepas biar lepas. tapi nak katakan 2 la masalahnya.. aq mungkin xsuka hilangkan memori tu, walaupun sepahit mana. memang xnak.. macamlah yang manis, benda 2 memang xnak lupa pun. siapa yang nak lupa? dah benda yang dah menghiburkan hati. lagi sekali mengarut!

Susah nak hilangkan. Bila otak kata "sikit je.. sikit je.. kau akan lupe bnda tu" hati x nak.. degil mesti jugak nak berontak. Terus perasaan sedih datang la.. mulalah rasa bersalah 2 ada lah.. dah mula nak blame diri sendiri.. kau lah punca awalnya dan kau sendiri merasa kesannya..x habes2 hati cakap benda sama.. lagi mengarat la perasaaan sedih tu, bagus2!!

tapi walau apa2 pun, otak pasti redha dengan ketentuan ilahi, bertawakkal yang tuhan tahu nak ubatkan hati yang suka berontak. itulah jalan nak mengelak fikir bukan2 macam nak bunuh diri. tapi itu yang dah tahap kritikal! sebelum berlaku.. biasanya xde mood nak makan, termenung memanjang. orang kata tu rindu. yela.. dah ikut cakap hati sangat. camtu la jadinya. Kalau tambah perasaan cemburu datang, kalau hati tiba2 kata " weh, aq cemburu kalau kau cakap dengan dia senang, tapi aq x.. apa masalahnya, apa kurangnya, aq tetap manusia jugak.. " haabislaaaa..SUSAH nak kawal..

itulah.. punca kalau otak ikut cakap hati, otak dah xnak berzikir lagi padaNYA. kalau dah tau xboleh nak share dengan orang lain sebab dah mula kehidupan tanpa kawan hostel,  nun jauh atas ketujuh-tujuh lapisan langit, ALLAH tempat kita ngadu masalah, itulah.. dulu xtau, sekarang dah sedar.. Allah maha melihat. nak banding kawan2 hostel.. diaorang melihat sekali pandang dan banyak dengar hebahan cerita daripada orang. Letakkan Allah yang utama, boleh tak kau?

biarlah hati nak berontak asalkan fikiran kau dapat kawal.. sebab itulah mencari ilmu itu penting.. kebaikkannya pun dapat memandu hati ke jalan yang benar..

itula perasaan sedih aq.. walaupun aq sendiri tau cara2 nak hilangkan cuma masalah malas. kat rumah asyik kata bosan, datanglah perasaan malas, tapi alhamdulillah, hati sahaja mahu berontak, fikiran masih waras dan dalam hati masih nak buat kebaikkan, sunnah.. sebab otak yang dah mengarah hati.. even kalau hati mahu brontak. otak tak nak layan lagi hati sebab dah menyampah layan perasaan lara tu.. cuma kekadang.. ada jugak, kalau setan dah start berkerumun, buat perhimpunan haram nak jatuhkan otak. terikut jugak otak. Doa2 la aq mampu mengharungi masalah aq sendiri

Betul ada sebuah hadis yang menyatakan, dunia bagaikan penjara kepada orang yang beriman padaNYA dan bagaikan syurga bagi orang yang tidak pernah sedar yang dunia itu sifatnya hanyalah sementara. nak keluar bebas? bebas nak melakukan semua benda? Balas la cintaNYA. itulah jalan keluar.

ADUUHH..




Tuesday, April 3, 2012

Still alive!

Asslamualaikum..

Jelma sahaja bulan april ni, banyak sangat berlaku secara tiba-tiba.. KENA berhenti la yang paling utama, tak terjangka benda tu akan berlaku, tanpa surat apa2, terus kena buat notis 24jam..

Kalau nak ikutkan dah rancang duit belanja dan simpanan. Tapi itulah, manusia just rancang yang tentukan takdir itu allah. mungkin ada hikmah disebalik perkara yang terjadi ini. Walaupun pada awal memang susah nak terima., nak buat macam mana,  aku pun tak tau sama ada diorang berhak buat camtu, lagipun aku dah cakap aku nak berhenti akhir bulan 4. tapi diorang nak awalkan.

GERAM!!

hi3.. oklah,, hari ni ASYIK sangat melayan perasaan.. yela.. dah duduk rumah jadi penganggur, tak tentu hala la..pagi rasa stress, sampai keluar rumah merayau-rayau. Fikiran betul2 serabut masa tu..

Sebenarnya.. sama je.. keluar rumah pun masih dalam keadaan sama.. tetapi yang aku syukur sangat, tiba2 teringat balik masa aku baru lepas SPM, apa yang aku buat masa tu, perkara yang aku jadikan rutin harian disebabkan ingin mencontohi seseorang. Semua kenangan tiba2 datang tu membuat aku rasa nak patah balik pergi masjid yang selalu aku pergi dulu. tempat sepatutnya aku kata yang boleh tenangkan fikiran daripada masalah.

Kalau nak katakan, aku memang betul2 serabut, sampai terlupa bahawanya tuhan boleh dijadikan tempat untuk kita mengadu semua masalah. Alhamdulillah.. aku rasa ok sekarang nie.. sampai je kat masjid aku tidur sebab badan betul2 rasa letih lepas keluar rumah, sampai la azan zuhur berkumandang. lps solat zuhur, duduk releks sekejap sampai hujan berhenti, lepas 2 balik rumah..

ok 2 je, hi3.. sehari menjadi pengaggur ;P