Tuesday, April 3, 2012

Still alive!

Asslamualaikum..

Jelma sahaja bulan april ni, banyak sangat berlaku secara tiba-tiba.. KENA berhenti la yang paling utama, tak terjangka benda tu akan berlaku, tanpa surat apa2, terus kena buat notis 24jam..

Kalau nak ikutkan dah rancang duit belanja dan simpanan. Tapi itulah, manusia just rancang yang tentukan takdir itu allah. mungkin ada hikmah disebalik perkara yang terjadi ini. Walaupun pada awal memang susah nak terima., nak buat macam mana,  aku pun tak tau sama ada diorang berhak buat camtu, lagipun aku dah cakap aku nak berhenti akhir bulan 4. tapi diorang nak awalkan.

GERAM!!

hi3.. oklah,, hari ni ASYIK sangat melayan perasaan.. yela.. dah duduk rumah jadi penganggur, tak tentu hala la..pagi rasa stress, sampai keluar rumah merayau-rayau. Fikiran betul2 serabut masa tu..

Sebenarnya.. sama je.. keluar rumah pun masih dalam keadaan sama.. tetapi yang aku syukur sangat, tiba2 teringat balik masa aku baru lepas SPM, apa yang aku buat masa tu, perkara yang aku jadikan rutin harian disebabkan ingin mencontohi seseorang. Semua kenangan tiba2 datang tu membuat aku rasa nak patah balik pergi masjid yang selalu aku pergi dulu. tempat sepatutnya aku kata yang boleh tenangkan fikiran daripada masalah.

Kalau nak katakan, aku memang betul2 serabut, sampai terlupa bahawanya tuhan boleh dijadikan tempat untuk kita mengadu semua masalah. Alhamdulillah.. aku rasa ok sekarang nie.. sampai je kat masjid aku tidur sebab badan betul2 rasa letih lepas keluar rumah, sampai la azan zuhur berkumandang. lps solat zuhur, duduk releks sekejap sampai hujan berhenti, lepas 2 balik rumah..

ok 2 je, hi3.. sehari menjadi pengaggur ;P