Sunday, March 18, 2012

Bani Israel

Assalamualaikum, pagi tadi ceria sangat lepas balik daripada masjid, :D

Alhamdulillah, ada peringatan terbaru yang saya terima lepas solat subuh brjemaah, untuk pengetahuan sebenarnya ada hadis mengatakan bahawa kalau kita amalkan solat subuh berjemaah, umpama kita mendirikan ibadah tanpa henti pada waktu malam dan sekiranya solat isyak berjemaah pulak, umpama kita mendirikan ibadah tanpa henti separuh daripada waktu malam. :)

Biasanya kalau pagi hari ahad mesti ada tazkirah mengenai sirah2 islam.. hari ni kan penceramah pagi tadi sampaikan sirah Bani Israel.

Ustaz tu buat persoalan, kenapa Israel yang bermaksud hamba Allah, berkait rapat dengan kaum yahudi laknatullah? Sedangkan Bani Israel merupakan golongan hamba yang dikasihi Allah, pelbagai nikmat yang Allah turunkan pada mereka sebab sayangNYA pada kaum ini.

Akibat mereka tidak bersyukurlah, orang yahudi laknatullah jauh terpesong dari agama Islam dan mengamal agama sendiri. “ Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segalanikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dansempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengankamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu Yang lain). 
( Al Baqarah : 40 )

Bani israel asalnya daripada keturunan Nabi Yaakob dan yahudi laknatullah pula daripada nama anaknya yahudza, Nabi yaakob ada 11 orang anak daripada isteri pertamanya, dan 2 orang anak (Yusuf dan Bunyamin) daripada isteri keduanya. Malangnya, isteri nabi yaakob, ibu kepada nabi Yusuf meninggal dunia. Oleh itu, bapanya memberi perhatian yang lebih kepada nabi yusuf dan bunyamin, menyebabkan 11 abang nabi yusuf iri hati dan mencapai keinginan untuk  membunuh nabi yusuf walaupun mereka dalam usia kanak-kanak. 

Ayat ke-8 Surah Yusuf: Tatkala abang-abang Nabi Yusuf berkata sendiri, "Sesungguhnya Yusuf dan Bunyamin lebiih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu keturunan. Sesungguhnya bapa kita sangat tidak adil. Bunuhlah Yusuf ataupun buanglah dia ke satu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa tertumpu kepada kita semata-mata, dan supaya kita sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna kepadanya."

Nabi Yaakob tahu keinginan abang2 nabi Yusuf. Nabi Yaakob sentiasa menasihati nabi Yusuf supaya berhati-hati dengan abang-abangnya.

Ayat ke-4 Surah Yusuf: Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakanda bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari  serta bulan, tunduk memberi hormat kepada anakanda."

Ayat ke-5 Surah Yusuf: Bapanya berkata, "Wahai anakanda, jangan engkau ceritakan mimpumu kepada abang-abangmu, kerana ayahanda khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."

Kejahatan abang-abang Nabi Yusuf, terlaksana dengan mencampak Nabi Yusuf  dalam sebuah perigi. Mereka tidak hirau kebimbangan ayahnya kerana mereka ada bukti palsu iaitu baju nabi yusuf dengan lumuran darah binatang, menunjukkan nabi yusuf dibunuh oleh serigala tetapi Nabi Yaakob sedar rancangan jahat anak-anaknya sebab tiada kesan koyakkan daripada serigala. Nabi Yaakob tidak pernah putus berdoa kepada Allah, keselamatan anaknya, nabi yusuf.

Kisah Nabi Yusuf memang panjang, kisah baginda dengan zulaikha. tapi akhirnya abang-abang nabi yusuf bertaubat. Namun, sifat peribadi abang2 nabi yusuf diwarisi oleh orang yahudi laknatullah yang merupakan darah daging dengan abang2 nabi yusuf. Dan orang palestin merupakan cucu daripada nabi yusuf dan nabi bunyamin. Sampai sekarang mereka masih berpegang sifat hasad dengki yang melampau.
Kalau nak dikatakan mereka semua satu keturunan bani israel, kaum ni kuat bersengketa walaupun bersaudara. Nabi Musa juga bersabar dengan karenah Bani Israel. Dalam satu artikel saya baca diorang amalkan "kami dengar dan kami ingkari"

Itu je, nak cerita, assalamalaikum :)


Link jadi pautan :)


John Carter @ Brem Mall ;P


Assalamualaikum, haha nampakkan? best gila cerita ni, puas tengok dengan gambaran 3D! :) Semalam la, balik je dari office, terus rancang nak tengok wayang kat Mid Valley, tapi xjadi sebab hari sabtu en.. mesti ramai, tak pe la, pergi la yang dekat2 dekat Brem Mall, :) Tapi seriously best, part2 perang la.. suasana punya la besar,  kapal pun besar, orang yang berperang nampak cam semut je.. haha..

Jalan cerita pun best! Merepek.. tapi best! haha.. ada ke orang dari bumi boleh bernafas kat planet marikh.. yela.. yang john carter banyak lompat2 tu logik, boleh la.. logik la jugak. graviti lain2 en.. part cinta tu.. err.. best gak la, hero sanggup korban macam2.. standard cerita.. ;P ok, tu je.. asslamualaikum, :)  



hihi.. having fun with "mesin pengurut" with siblings ;P