Thursday, December 29, 2011

Rindu, kecewa, sedih..

Kenapa ni? Aku tak tau .. Asal ada perasaan macam ni? Sensitif betul aku ni.. aku pening kepala nak fikir.. tadi kau ok je.. asal bila tengah on9 mesti rasa pelik.. kenapa dowh kau ni.. kat blog je la, kau luahkan.. kat blog je la, kau mampu cakap apa kau suka, makan x selera, n selebih nya, ayat pelik2 tu.. rasa gak kowt.. nak mengadu, mesti face to face, tapi tak tau siapa, Sabar je la.. 


Sabar? Sabar? Mampu ke bertahan? waallahualam..


Rasanya, dengan Allah, tempat aku boleh mengadu.. dengan Allah aku mampu bercerita apa yang pedih yang terasa sekarang ni, nak nangis? nangis je puas2! tak de siapa nak tengok pun.. Aku nak bertahan? berapa lama tu? bila agaknya boleh terhenti? Macam mana tiba2 aku akan terbuat kerja gila? ya allah, tolong la jgn terjadi.. memang rasa risau pon ada sekarang ni.. memang betul2 aku menagih fikiran yg tenang, x nak sakit kepala, tapi dengan kudrat jiwa yang kau ada, mampu ke bertahan? boleh ke bertahan!


Mintak simpati ke sekarang ni? tak! tolong r.. buat apa aku nak mintak? mengharap orang lain yang x beberapa kenal or rapat, tolong kita?diorang faham ke? perlu ke mintak orang macam tu? ya allah, serabutnya..


Rasanya sampai sini sahaja nak bercerita, or senang cakap nak luah perasaan.. azan asar sudah berkumandang, jgn lambat2 solat, setiap saat kalau dilambatkan, makruh ke dapat dosa? tak pasti.. yang pastinya x elok kalau dilambatkan.. kan bagus dia baca..

Diari Sufi


Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.

“Aku akan mencipta gunung-ganang,” Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?”

“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat selain air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa padaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi] 

by Siti Munazakiah

Lepas baca benda ni, x sangka rupanya doa lebih kuat dari segalanya, kalau kita mohon, insyaallah dimakbulkan, kalau ada usaha dan banyak bertawakkal kepada NYA untuk mendapat hasil yang kita mahukan.. Allah akan mendengar dan sekelip mata permintaan hambaNYA dimakbulkan, insyaallah.. Sesungguhnya, janji2 Allah akan DIA tunaikan.. 

Kenapa kita perlu berdoa? Dalam kandungan buku ni, banyak menerangi kenapa doa tu penting.. 
So? Belilah! haha.. gurau2 je.. kalau ada masa nanti update..

Again, aku jugak la jadi promoter yg tidak dibayar, haha.. X kesah la, bukan rugi pon, kalau ikhlas dapat pahala, kalau nak bongkak, x dapat apa2.. dapat dosa ada la... rugi, rugi, tu je la nak cerita sekarang ni.. memang bagus la buku ni, 
seriously.. :)