Wednesday, August 12, 2015

Sebulan hanya sekali

Assalamualaikum..



Post kali ni, aku cuma mahu katakan aku ada rutin sendiri. Tak sangka aku ada sebab aku ni pemalas dan suka tangguh kerja haha. Tak sangka pula yang aku ada rutin sendiri.

Rutin tu adalah potong rambut dan sebenarnya waktu dulu, aku memang tak minat nak potong. Bukan apa cuma malas aje. Tapi, sejak akhir-akhir ni aku potong sebab aku rimas rambut panjang, lagi2 asyik tengok cermin. Nak buat style tu, style ni. Kesannya, aku akan buang masa aku dengan melihat cermin. Lagipun, aku dah sedar yang aku xmampu simpan sebab sememangnya rambut aku tak sesuai panjang kerana ia akan jadi kerinting haha

Aku dah la gelap. Lagi2. kalau rambut dah kerinting pastinya nampak macam negro haha. Sebab tu lah aku lebih selesa jika rambut aku pendek. Handsome pun handsome. Pastinya mesti ada orang suka aku :P

Entahlaaa.. haha. Jadi, ini lah rutin aku. Aku harap selain dapat buat sebulan sekali mampu dijadikan seminggu sekali atau sekali sehari. Bukan potong rambut! haha.. Perkara lain yang baik yang boleh dibuat setiap masa tanpa bosan atau terfikir mahu mengeluh.


Tuesday, August 11, 2015

Masalah masalah masalah... Problemsss ses..sessssss sess,,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sebab sekarang ni aku banyak kongsi masalah aku yang besar kepada pihak lain. Pihak ni aku boleh katakan yang aku percaya pada mereka bila aku kongsi masalah aku. Selain tu, aku cuba jadi diriku dengan mereka, kata apa yang aku tak boleh kata dengan orang lain.

Orang kata, masalah sendiri kenalah selesaikan sendiri. Aku setuju dengan perkara tu. Tapi, masalahnya macam mana selesaikan? Dari dulu sampai sekarang, walaupun aku kongsi masalah aku tu dengan pihak lain , aku tak pasti itu jalan yang betul atau salah, Aku baru sahaja kenal mereka, dan mereka bukan berdekatan malah jauh dari padangan. Mereka boleh dikatakan sahabat aku, tapi sebahagian daripada diriku cakap, aku tak boleh percaya mereka mampu menyelesaikan masalah aku tu. 

Sebaliknya, disebabkan pihak lain itu ada yang masalah yang sama, aku lebih selesa dengan mereka kerana aku menyalurkan penyelesaian aku itu melalui mereka. Aku cuba lebih "open" dengan mereka supaya sedikit demi sedikit dapat ringankan beban masalah ni, Bukan kami tidak ada pengawasan, kami sebenarnya ada. Mereka ni juga main peranan besar kalau sekiranya aku mahu nasihat. Pada masa yang sama, sedikit demi sedikit dapat selesaikan. Kami bersosial, belajar dari kesilapan, mendidik diri dengan ilmu agama dan berazam mahu bantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama suatu hari nanti. Sangat membantu.

Munkin kadangkala, bila ada masalah dalaman yang timbul dalam kumpulan ini, tidak bermakna kita akan berpecah. Bukan semua boleh diceritakan. Tapi, kalau itu timbul pada diri aku, aku mengharap doa daripada mereka. Aku berharap mereka akan cuba doakan masalah dalaman tersebut dapat diselesaian. Diam tidak bermakna orang itu tidak buat apa-apa. Aku yakin, mereka akan doa kebaikan aku dan antara mereka semua. Sekiranya masalah serius ni tiada lagi yang mampu ditolong sesiapa, kepada Allah kita kembali. Bukan mudah nak terlintas kalau kita bermasalah. Sekiranya Allah di ingatan kita, penyelesaian akan bermula dari situ. Usaha kedua dan berpisah bukan penyelesaian.


Sunday, August 9, 2015

Tolong cepat kahwin!

Assalamualaikum,

Perkara pertama aku nak cakap sekarang ni keadaan aku jadi runsing dan keliru. Aku cuba bertahan, tapi aku tak tahu berapa lama lagi yang aku mampu. Kebetulan aku dah lama x update blog ni, jadi aq guna tinta ni sebagai medium aku nak luah perasaan aku.

Tolong cepat kahwin! tu sebenarnya tajuk pertama aku nak cakap sekarang ni. Wahai awak, sebenanarnya aku mengharap kau cepat kahwin. Bukan apa, aku takut perkara yang tak elok akan terjadi. Munkin kat atas diriku ataupun kau. Aku memang tak nak benda tu terjadi. Yang aku tahu pasti kau xkenal aku, tapi aku je kenal kau. Aku cuba nak katakan, kau memang bukan dekat sini tapi kau sebenarnya kau jauh, dan sebenarnya perkara yang  mengeratkan kita adalah media sosial awak lah. Aku bukan xnak unfriend ke, block ke, aku nak kau jadi rival aku. Tapi masalah aku, bila kau dah post gambar tuut tuut. Aku jadi keliru balik. Terlupa niat sebenar kenapa aku biarkan diri aku x unfriend bagai semuai tu.

Kita ada persamaan, tapi aku nak cuba jadi mcm kau, sebab tahap kau lebih tinggi dari aku. Cuma naluri yang asyik terusik dgn gambar xsenonoh daripada kau, buat aku hampir terlupa. Tolonglah.
Harap cepatlah kahwin. Bukan aku xnak beritahu hadapan kau. Aku boleh je beritahu. Tapi siapa aku, kau bukan kenal aku dan kita bukan kawan pon.

Harap2 aku sediri mampu bertahan sampai waktu matlamat aku dah sampai, aku akan berhenti dari mengambil tahu lagi daripada kau. Sebenarnya, aku nak cuba ucap  berterima kasih sebab xsangka sebabkan kau, aku mudah naik semangat aku cuba bersabar dan bertahan. Tambahan pula, tingkatkan lagi prestasi aku.

NotaKaki: Post pertama tahun ni, dan cuba elaklah post nak luahkan perasaan je. Umur dah 21 kot. Matang lah sikit.