Friday, May 6, 2016

Mahu mencerita tetapi tak tahu dimana

Assalamualaikum diriku. Sekian lama tidak bercerita dalam blog ni.

Kali ni diriku rasa lain dari sebelum ni. Untuk pengetahuan awak, tika ini aku telah menyertai pelbagai kem "muhasabah diri" yang dianjurkan perbadanan Islam. Aku rasa bersyukur dan tika ini aku rasa beremosi sangat, nak menangis sebenarnya sebab banyak aku belajar daripada insan-insan yang aku kenal dan masa yang sama aku belajar apa nafsu aku inginkan.

Maksud aku nafsu adalah kehendak diriku dalam menyukai orang. Iya, untuk pengetahuan awak, kita songsang. Dululah.. dulu tu tika aku masih keliru kenapa aku minat lelaki. Tapi sekarang bukan lah aku tiada langsung keinginan itu tetapi aku mampu mengawalnya.

Aku bersyukur insan-insan yang aku kenali setiap kem, setiap program anjuran perbadanan Islam dan NGO yang ingin bantu komuniti seperti aku. Untuk pengetahuan, mereka juga ada masalah songsang seperti aku dan sememangnya mereka ingin berubah dan kembali kepada fitrah asal. Mungkin orang diluar sana pandang kami hina dan cuba mengelak sebolehnya tetapi kami tidak ambil peduli kerana kami tahu apa kami inginkan.

Harap awak tak salah faham, kita tahu bukan semua ingin berubah dan ada golongan seperti kami masih tidak puas dengan dunia mereka, dunia yang pastinya yang tidak diredaiNYA. Untuk pegetahuan awak ada yang sudah puas dan ingin mencari kebahagian yang hakiki bukannya sementara.

Bukanlah kita tak tahu, kehendak diri bukan semuanya betul walaupun banyak petikan nasihat dari media seantero dunia, yang mengajar untuk jadi diri sendiri, untuk jadi diri yang merdeka yang boleh bua tapa sahaja tanpa ikatan daripada padangan keluarga dan masyarakat, ikatan undang-undang, dan pastinya ikatan dengan tuhan kita sendiri. Tapi apabila sampai satu tahap memudaratkan kita pastinya akan menyesal suatu hari nanti.

Aku kenal ramai insan yang mempunyai zaman silam yang menyeramkan diriku kerana kita tahu itu perkara salah dan berdosa kita lakukan.Mereka sebenarnya sedar pada hakikat itu tetapi akibat daripada keinginan yang membuat diri ingin memilikinya menjadi punca hakikat itu dilupakan hari demi hari.

Terima kasih pada tuhan kerana makbul doa yang aku hajati. Terima kasih pada insan-insan, hamba Allah yang aku kenali kerana bantu aku terutamanya abang Fadhil. Insan yang pertama bantu aku dalam jihad ini. Terima kasih pada JAKIM, MAIS, dan PAFI merealisasikan program yang sebenarnya ambil risiko iaitu pergaulan antara kami. Walaubagaimanapun, pastinya ada sebab program itu diadakan dan mereka perbadan Islam tahu tujuan mereka.

Cukuplah dengan kebahagian yang sementara. Carilah kebahagian yang hakiki. Aku bersyukur sangat dan aku yakin aku mampu kawal dan mampu hilangkan sebahagian identiti diriku yang tidak sepatutnya wujud dalam naluri lelaki.