Tuesday, December 27, 2011

Andai itu takdirnya..

YES! akhirnya! habis gak aku baca novel ni! 


Pergh.. lama gak aku baca novel ni.. igtkan nak habis 3 hari je.. rasanya berapa lama ye aku baca?


Bapaklah! 2 minggu kowt! lama betul tu.. ye la nak buat macam mana.. mmg serious busy pergi sana la, situ la.. x de masa nak baca sangat.. hhhhmmm... tapi seriously novel kali ni aku baca, sedih yg teramat! Setiap bab dalam novel ni mmg rasa sebak nak nangis.. hehe.. maybe aku je kot yg sensitif.. x tau la.. XD


dulu, dalam novel biarlah ia pergi aku memang tabik betul watak alissa n kali ni lak aleeya! (mesti ada orang terasa..) hihi...

Perempuan ni, masyaallah, hati dia sangat kental w'pun difitnah, dianiaaya, dan dicemuh oleh orang sekeliling dia even suami dan keluarga menantu pun sama sekali! dia masih kuat dgn pertolongan sahabat baik dia umairah, kalau umairah x de disisi dia, x tau la apa jd kat dia.. umairah selalu bagi sokongan pada dia untuk kuatkan diri dia tanpa rasa sikit nak putus asa, 


tp umairah hanyalah penyokong, dan realitinya, aleeya, w'pun seteruk mana derita dia alami, dia mampu bertahan.. dan the best part, dia sanggup kasi peluang ketiga pada suami dia! w'pun seteruk mana suami dia pada dia, dia bagi jugak peluang tu utk dia bertaubat..


benda aleeya x suka adalah minta simpati kat orang lain.. dia lebih suka berusaha sendiri, mencari duit sendiri w'pun dia ada suami yg kaya..cuma umairah dan suaminya ikram yg banyak menolong dia sbb berasa simpati dekat aleeya, aleeya xmintak pon, tapi sebab umairah merasa kehidupan aleeya sudah sebati dalam kehidupan dia, umairah sanggup berkorban apa sahaja utk melihat kawan dia bahagia.. 


ya allah, masa part ni la yang aku rasa terharu sangat tindakan umairah sbg sahabat baik..dah la time tu aku baca sorang2 sambil baring kat katil berselimut kesejukkan, ye la waktu subuh la kan..dgn nyaman wktu pagi lg tu, pergh.. mmg feeling betul baca novel tu, haha..  aku rasa la kan aku dah alami tapi cuma tak sedar je.. alhamdulillah kalau ada.. 


Macam2 suami dia dah buat.. seorang yg bongkak, mentang2 la anak orang kaya.. igt smua ke boleh dapat? tolong la.. bongkak ni kan x bawak ke mana2.. sape la kita nk bangga2 kan diri.. bukankah Allah yg mencipta kita? DIA lah yg menurunkan nikmat pada kita.. nikmat tu.. jgn la fikir nikmat tu dalam aspek makanan dan minuman sahaja.. nikmat tu amat LUAS! mcm bumi ni DIA yg cipta, segala tubuh badan kita, DIA yang cipta, ok, kalau DIA yang mencipta tubuh badan kita, layak ke kita nk bangga2 yg kita ni kaya ? ye la betul jugak, sbb tu usaha kita.. tapi kalau Allah tarik nikmat kesihatan dari kita.. mampu lagi kita nk teruskan kekayaan tu.. mampu lagi kita nk usahakan? mampu ke? 


So, based yg aku dgr ceramah ustaz kat surau malam semalam, yg layak untuk ada perasaan bongkak hanya 1 sahaja.. Siapa rasanya? ALLAH.. tuhan kita.. memang x de lain la.. manusia mmg x layak sikit pon nk ada perasaan bongkak.. macam ustaz tu cakap, ibadah kita tidak diterima w'pun ada sekecil bijih sawi? (x tau la besar mana bijih sawi tu) ;P perasaan bongkak tu, mmg x diterima.. jd kene byk berusaha la.. kalau ada usaha dan doa serta tawakkal.. insyaallah..ibadah itu diterima..yakin, iman perlu mantap..


OK.. back to the topic.. mcm suami dia plak, si aizril ni, ya memang dia mmg bongkak.. tapi manusia boleh berubah kan? pada part ni la.. byk betul watak dia, kadang2 dia elok, kadang2 tak.. sampai isteri dia aleeya dah kasi peluang kat dia sampai tiga kali! Macam2 dia dah buat kat aleeya, mmg pedih.. mmg sayu sungguh apa yang telah terjadi pada aleeya.. nk tau cerita dia? bacalah! 


ceh.. promoter ni.. biarlah x dpt duit pon.. mmg kena baca novel ni.. best gila! kalau sedih, sedih sangat.. kalau part happy2 tu.. rasa terharu betul la!


tu jela nak diceritakan.. yg bnda baik dijadikan iktibar, yg benda buruk dibuangkan..


hihi.. tazkirah2 :)