Friday, December 30, 2011

Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 2)

Ok.. sambung balik.. sampai tu je la.. aku rasa last time aku rapat dengan luqman.. memang time tu aku tak kesah sgt pon.. jumpa kawan baru, buang kawan lama.. tu la aku.. sejak aku start lepak kat dorm third intake, aku BETUL, BETUL, buang kawan lama.. budak dorm aku dah start pulau aku sebab suka tidur dorm c6.. dorm third intake.. ya allah.. ingat lagi diorang kunci pintu dorm aku, dorm c3, sebab x nak kasi aku masuk.. x tau la kenapa, then lama2 tu dah oklah.. x ingt la macam mana.. tp aku dah tak lepak sangat kat c6, just kadang2 je..

Then, just teruskan je sampai akhir f4, memang dah lupa langsung luqman.. jumpa kadang2 kat bilik prep, kat kawasan sekolah, kat surau, tu je la.. yang aku tau luqman jadi naib pengurusi surau, dan amin pengurusinya pada akhir tahun f4.. aku cuma ajk surau je..

Lepas lembaran baru tahun 2011, yeah! dah jadi senior! -__-" huh.. apalah best jadi senior.. lagi ramai pelajar kat sekolah ni, wat sakit kepala je.. aku lagi suka masa junior x de lagi.. Dewan Makan luas je.. time tu nak jalan senang tak de tersekat langsung sebab x ramai orang..haha.. tu pada awalnya la.. ckp je lebih.. hihi.. masa f5, jr. jugaklah paling kau rapat.. XD

Tapi masuk sahaja dunia baru, aku rasa, aku memang seorang yang tamak, tak kenang budi, kuat mengumpat, selalu ckp kesat, apa lagi? panjang lagi ni.. oh! yg satu lagi x nak cerita.. memang betul, betul, betul berDOSA..walaupun aku AJK SURAU dan tambahan pula, Amin naikkan pangkat aku jadi SIAK...

you get what i meant right, luqman, amin, faiez and naeem? korang je tau benda ni..

tu la aku.. walaupun aku rajin belajar (ceh!) kat sekolah je la.. kat rumah x.. MALAS.. tapi apa gunanya kalau tak ingat tuhan? astaghfirullahala'zim..memang tu la aku.. nk cerita family? derhaka? x payah la.. perkataan derhaka pun dah fahamkan? .. tapi yang benarnya.. tuhan memang x lupakan umatNYA.. disinilah bermulanya perubahan hidup..

16 Sept 2011, bermulanya pendedahan kehidupan baru aku, ingat tak luqman? buat pertama kalinya insan yang dipanggil sahabat baik tidur di rumah aku.. memang belum pernah lagi ada kawan aku tidur di rumah aku.. ni la first time.. sebenarnya x terlintas pun dia nak tidur rumah aku,

macam mana nak cerita ya? flashback! :)

Masa tu dekat bilik prep kat sekolah, aku just singgah je tempat luqman belajar, x tau la.. x ingat sangat, sama ada terlintas dalam hati ke.. atau nak kasi barang.. then kita orang ada terbual tentang cikgu rooslina, guru seni dia, terlintas lak dalam fikiran aku nak tanya tempat tinggal cikgu tu, kebetulan! rumah cikgu tu x sangka dekat sangat dengan rumah aku..dulu dia ada cakap, masa tahun lepas, yg cikgu tu ngajar kat sekolah dekat kawasan rumah aku, kenapalah nak tunggu setahun, fikiran tu baru nak terlintas? hhmmm..

 ok, so, luqman ada cakap yang dia nak pergi rumah cikgu tu nak jawab kertas peperiksaan percubaan SPM, P.seni.. so, aku ajak la luqman dtg rumah aq sekali, lgpon time tu hari raya belum habis lagi.. apa salahnya kan?

Jadi, bermulalah 16 Sept 2011, titik mulanya sejarah persahabatan yang lebih erat, aku dah mula risau yang dia masih x dtg lagi igtkan dia pergi rumah cikgu tu..rupanya tak, tgok2 lps isyak baru sampai .. hhhmm.. so, nasib baik, laksa johor dan nasi goreng yang paling top! yang dimasak oleh ibuku.. x abes lagi.. nasib baik!

Ok, jam pun dah pukul 9 lebih.. dia ckp nak balik.. hah? balik? Stay la luqman.. lepak2 jap dalam bilik aku.. sekejap sangat kau datang, lepas tu nak balik.. x sampai 1 jam.. So, aku yang jahat sangat, sembang2 kosong dengan kau.. supaya kau leka jap.. kau pun orang warak kan? pakai kopiah sana, sini, jadi aku tau kau suka buku2 agama lama aku kat sekolah menengah agama aku dulu.. so, aku tunjuk la buku2 tu.. then bercerita pasal ehem, ehem tu.. dan cerita ehem, ehem aku pulak, tik tok, tik tok.. pukul 10.45! YES! Kau ckp kat sekolah yang LRT tutup pukul 11 kan?.. hihi.. Sori bebanyak ;P

17 Sept 2011, pagi2 lagi kita orang pergi jogging, gambar2 yg ada ni la..  dan tu jugaklah first time tempat aku jogging kawasan perumahan cikgu tu.. n rumah orang kaya tu sekali..then habis je jogging, kita pergi buat lawatan sekitar BBS.. dengan peluh2 nya, bau-bauan yang harum tu.. boleh lagi pergi rumah cikgu tu lps tu!.. just nak jawab paper! hahaha.. x tau la sama ada cikgu tu tahan ke tak.. XD

Lebih kurang pukul 11.00 pg, kita balik rumah aku, time tu jugak la baru nak breakfast.. haha.. then lepak2 jap kat ruang tamu, tgk DVD Harry Potter, x silap aku la.. lepas tu family aku  ajak pergi 1 restoran ni kat sekitar kl, nak makan kari kepala ikan.. hhhmm.. tapi.. tak bukak la restoran tu.. sedih, sedih.. So, pergi la, kat kawasan Sogo tu.. cari tempat makan.. aku time tu dah lapar gila! Kau pulak, mcm mane?

Tempat mana ya kita makan? Oh! A&W! Baru teringat.. ingat lagi tak ada orang mintak derma? then dia kasi 1 kertas kecik laminated dengan doa? ingat x? dah hilang rasanya.. hahaha.. then kau cakap kau nak balik rumah atuk kau kan?.. ada majlis apa ya time tu? x ingat lak.. ya allah,time tu punya la ramai orang.. aku pun dah rimas sebenarnya.. Then, dah lama2 tu.. aku pun balik kampung kat cheras ni.. time tu x rasa pape lagi.. tapi sampai je kat rumah..relaks2 kan badan, then, aku masuk je bilik aku...Ooo.. luqman x de rupanya.. itulah first time rasa rindu, dan sedih kat kawan baik.. tiba2 je ada.. aku x de mood nk keluar bilik, so aku terus masuk tidur, dan sekarang ini baru aku sedar yang aku tgh rasa benda sama sekarang ni..

aku cuma nak ucap terima kasih, kerana kau la dah banyak ubah hidup aku..anjakan paradigma.. terima kasih kerana bagi pengalaman yang manis ni, terima kasih kerana kerana jadi kawan baik aku.. thanks for everything.. aku memang terhutang budi dekat kau, kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi.. insyaallah..



Bermulanya hubungan sahabat baik tererat (part 1)

Ada part pula ya? pelik nya.. -__-"
Sempena Luqman nak pergi PLKN, nak kongsi sikit cerita, How I met him and how we become best friend.. 
Luqman ingat tak awal f4 dulu? masa kau baru masuk? haha.. kau kena pulau en dgn budak dorm sendiri.. kelakar, kelakar.. lebih kurang beberapa hari lepas tu, kau datang dorm aku bersama Zaki, time tu aku x de la kesah sgt, aku ingatkan kau geng diorang, tak nak la aku layan.. 

tu la yang aku fikir.. tapi pada malam tu, rakan2 dorm aku ajak tidur kat lantai dengan letak semua tilam kita orang kat bawah dalam satu barisan, dorm aku kecik, nak buat macam mana :) 

Allah.. kenapa la aku dapat hujung sekali, hhmmm.. biarlah.. then, kau pulak x de tempat nak tidur.. nak tidur dorm sendiri, kena pulau, nak tidur dorm aku x de tilam dah.. So, kesian la tengok kau x de tmpat nak tidur, member2 dorm aku ajak tidur sama2 kat bawah, ingatkan kau nak tidur sebelah kanan aku, yang paling hujung sekali, kau pergi la menyempit kat kiri aku, hhmm.. tidur lantai la maknanya.. MEMANG BETUL PON! hahaha..

Masa kau dah turun tu, dorm aku sumpah bising gila! bercerita je memanjang, nak tidur pun x boleh.. rugi lak turunkan tilam tidur sama2 dgn diorang.. haha..So x dpt nk tidur, aku bukak la cerita dgn kau.. first2 x de la rasa nk cerita rahsia ke apa ke.. tiba2 dah khusyuk sgt bersembang, kau pun open cerita ehem, ehem, tu XD

Time tu, barulah aku tahu pasal hidup kau yang pelik.. (haha..sori, sori..) ;P sebab tak pernah lagi aku dengar ada budak f4 sebaya aku ada cerita macam tu... disitu la aku start kenal kau.. dan selepas tu, aku rajin gak la dtg dorm kau, lepak2 sekejap dengar lagi cerita ehem, ehem tu.. XD 

PROGRAM AYUH JADI CEMERLANG!!


Ingat lagi program ni? x kan dah lupa kowt..yang buat orang nangis2 tu.. haha.. yang pakai baju kurung merah tu.. ingat lagi? Fe-C kita Kak Nur Asyikin, dan nama kumpulan ni group 13-teen.. memang best gila program ni bersama kakak ni.. 

Aktiviti isi air dalam botol, jgn bagi tumpah! ye la tu.. memang hasil dapat sikit je.. teamwork konon, hahaha..








Ni la hasil dia! haha..

Aktiviti ini ingat lagi x? kena teka apa entah? x silap aku kena bgtau, then kau yang lukis.. ye kowt? x pasti.. yg pasti pendeknya kau! haha.. cepat betul kau nak hampir sama tinggi dengan aku.. terkejut gak aku tengok gambar ni.. haha.. sori sekali lagi.. ;P asal aku muncung bibir aku? haha.. maybe kakak tu ambik gambar kowt? hahaha.. kelakar, kelakar..




Then, yang ni ingat lagi? kena potong kertas, tapi x boleh terputus, supaya semua orang dalam team muat masuk dalam potongan bulatan kertas tu.. aku dah pelik dah, boleh ke?dah la sehelai A4, macam x betul je..


tapi dah buat, tak sangke boleh.. hahaha.. kau bajet posing konon.. eh, aku peace lagi smart la! XD


yang ni aku x pasti, aku pon x igt sangat aktiviti apa ni, letak je la..  :)

Yang sedihnya, habis program ni, kena berpisah dengan kakak pada malam tu, lepas slot yg diorang nak buat nangis2 tu.. kena tutup mata la.. aku tertidur kowt? ngantuk.. hahaha.. then, semua f4 yang ada time tu.. buat bulatan dekat ruai, dan bersalam-salaman, tu je aku ingat.. 


yang other part yang aku ingat, yang aku rasa bersalah sangat, lepas program ni, aku dah stop datang dorm kau.. entah.. aku x pasti kenapa? lps third intake baru masuk..aku terus start lepak kat dorm diorang, tu rasanya aku ingat..