Tuesday, January 17, 2012

Kerja?

Assalamualaikum,

Ok sekarang ni aku dah start handle file aku sendiri! YEAH!

yeah? haha, apa benda nak yeah nya banyak betul file boss kasi, sampai 200 lebih -__-" serious sangat, sangat penat.. tak larat aku nak habiskan, semalam dapat buat 36 file, hari ni 39 file... pergh.. maybe ahad ni baru habis! (Ahad pun kerja ke?)

Haha, minggu ni je.. 2 jam je kerja, lepas tu balik.. :) 

Aku pun tak sangka call orang pun dah penat dah, hmm.. berapa ramai aku rasa aku dah call? sumpah banyak! "hello, selamat pagi, boleh saya cakap ni, ni, ni, saya dari syarikat peguaman ambank. Bila nak buat payment ya?" XD ok, kalau cakap benda sama berulang-ulang kali naik muak aku.. dari pagi sampailah petang duduk kat dalam office, kejanya CALL, CALL, CALL 

Haha, kalaulah semua customer yang aku call cakap sopan santun, tak de nak marah, marah, ALLAH.. sejuknya hati mendengarnya.. hilang sikit rasa bosan tu.. :) OKlah, aku bersyukur gak diorang masih lagi mahu angkat telefon, yang tak angkat tu n yang dah angkat tapi tak nak cakap (bajet macam tak dengar la fon tu dah angkat..) PERGH.. betul2 naik darah!

Ok Ikmal Danial.. SABAR, SABAR.. dah ini kerja kau.. :)

Tapi tak kesan pun.. asalkan dapat menimba pengalaman baru.. sekarang ni dah macam2 aku belajar hal-hal ekonomi ni.. macam belajar akaun lak, kenapalah tak ambik subjek akaun dulu time SPM.. haha..ok, nak prepare diri pergi surau, penat2 gak.. tapi tuhan tak boleh lupa.. masa2 macam ni la peluang kita nak dekatkan diri kepada Allah, bila lagi nak buat?

Ok, tu je nak cerita.. siapa lagi lah nak aku  luahkan kalau bukan blog ni.. aku sebenarnya macam2 lagi nak cerita, susah kalau nak pendam je.. lagi2 hal sedih.. semakin tak bermaya aku kalau sedetik je terfikir..